Seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan itu di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berkata beliau tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal ketika perhimpunan tersebut memuncak.
ASP Ahmad Jais Usang, yang mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, semua 1,000 pegawai itu memakai tanda nama ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April.
"Pada waktu pagi semasa taklimat semua mereka memakai tanda nama," katanya kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam inkuiri yang dijalankan pagi semalam.
Bagaimanapun, pakaian seragam itu hanya menunjukkan nama anggota dan tidak menunjukkan nombor anggota terbabit.
Ahmad Jais menjelaskan bahawa sesetengah tanda nama itu dijahit di pakaian seragam tertentu manakala yang lain menggunakan kancing velcro yang boleh dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa.
Inkuiri yang masuk hari ke-13 semalam bertujuan untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0.
Tuesday, August 14, 2012
MISTERI - 1000 Tanda Nama Polis Disorok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang ada yang menyamar jadi anggota polis waktu perhimpunan Bersih 3.0.
ReplyDeletemungkinkah polis yg menyamar jd org awam n memulakan kekacauan???
ReplyDeleteIni yang kita tidak mahu berlaku. Penyamaran ini yang memburukkan nama baik polis sebenarnya.
ReplyDeleteBagus kalau semua nama dan nombor anggota dijahit ke atas baju seragam mereka supaya tidak mudah ditanggalkan.
ReplyDeleteHarap-harap perkara yang sama tidak akan diulangi lagi, susah jika ada orang yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai polis.
ReplyDeletekena siasat kenapa ramai tak mempunyai tanda nama?
ReplyDeleteSiapa yang menyamar sebenarnya ni? Tolong jangan menipu ya.
ReplyDeletePerbaiki kelemahan ini supaya tidak berulang di masa akan datang.
ReplyDeleteBagaiamana boleh tertanggal? Banyak spekulasi yang timbul menyebabkan keadaan semakin rumit.
ReplyDeleteItulah perhimpunan ini hanya akan memyebabkan keadaan semakin parah.
ReplyDeletesebenarnya tugas SB utk memulakan sesuatu insiden dlm mana2 perhimpunan membabitkan Pakatan Rakyat. Tugas penting supaya bila ada kekacauan, itulah peluang BN nak heboh 1Negara kata pambangkang suka kekacauan. Sabanarnya berok mat yeh mereka punya angkara. Peserta demo pula bukan semua 'professional' sambil diberi peringatan agar jgn buat kacau pun, mereka tetap brtindak bila ada org yg mulakannya.Mareka tak sadar yg 'pemula' itu sebenarnya SB. Itu peluang yg sengaja dicipta utk TV 3suku amik peranan seterusnya.
ReplyDelete-bekas Kor Risik
Siatan harus dilakukan dengan teliti.
ReplyDeletekita tidak tahu apa sebenarnya terjadi, so. tunggu saja la hasil siasatan.
ReplyDeletetanya directornya.. siapa lagi kalau bukan Anwar.. kalau bab2 berlakon ni, Anwar paling hebat..
ReplyDeleteKalau siapa yg tak tau nilai siapa yg sebenarnya timbulkan keadaan haru biru,itu lah org yg otak tumpul. Kalau Anwar direktornya...aman negara tapi masalahnya ada org yg tak tau yg dia bukan direktor. Kenapa dok kacau DS Anwar tengah buat 'drama' ( sebenar bukan Anwar pun ). Kalau nak tau siapa direktor sebenar, tanya geng TARIAN PUNGGONG.
ReplyDeleteapa pun kita harap PRU 13 nanti tumbangkan BN. Tangkap ketua yang terlibat, masuk tahanan ISA habis cerita.
ReplyDeletenik aziz sendiri cakap, beliau sanggup keluarkan dana negeri untuk membiayai perhimpunan jalanan asalkan tujuannya adalah untuk menumbangkan kerajaan..
ReplyDelete