Pilihan raya akan datang kami generasi muda akan mengundi perubahan. Kami ingin memberi peluang kepada Malaysia untuk ditadbir oleh pemimpin baru. Kami akan mendesak kerajaan yang baru menurunkan harga barangan keperluan, turunkan harga minyak kenderaan, dan berikan pendidikan percuma serta biasiswa pelajaran kepada rakyat."
Demikian antara isi kandungan risalah 'Surat dari Mahasiswa untuk Pengundi Pekan' yang cuba diedarkan kepada masyarakat setempat di Parlimen yang dikuasai Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada 12 sehingga 15 Februari lalu.
Namun, usaha kumpulan mahasiswa bergelar Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) tersebut dibalas oleh golongan samseng Umno-BN dengan ugutan dan tengking sergah malah dibelasah dan ditarik tudung.
Pertemuan sekumpulan pelajar terbabit dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman baru-baru ini, di rumahnya, di Bukit Ampang, mendedahkan cabaran berdepan dengan rakyat yang sebahagiannya dibelenggu takut dan fanatik Umno-BN sehingga tidak mampu berfikir waras.
Sambil menikmati nasi Arab kambing yang disediakan isteri Ahmad Lutfi sendiri, anak-anak muda itu ghairah berkongsi pengalaman dan harapan. Kisah menarik dari Pekan menjadi topik utama perbincangan.
Menurut Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, sepanjang tempoh empat hari di Pekan, mereka yang terdiri daripada kira-kira 40 orang aktivis mahasiswa dan mahasiswi berjaya memberikan penerangan dan mendengar suara hati masyarakat setempat di empat Dun di situ iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini.
Safwan Anang yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) barangkali sudah 'masak' dengan sepak terajang manusia tidak berhati perut 'asuhan' Umno-BN.
Beliau pernah dibelasah teruk oleh polis sehingga terlantar di Hospital Slim River ketika himpunan aman di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, pada malam tahun baharu 2012 lalu.
Bagi Safwan, keputusan GM13 menghantar mahasiswa sebagai calon bertanding di Pekan sebagai suatu isyarat jelas warga universiti sudah bersedia membawa suara mereka seterusnya tuntutan rakyat di Parlimen kelak.
"Selama ini kami (mahasiswa) bersuara melalui rundingan dan menghantar memorandum tetapi sayangnya tidak nampak penyelesaian diambil berdasarkan pandangan kami," tegasnya.
Selain itu, jelasnya, kewujudan anggota Dewan Rakyat dari kalangan mahasiswa sendiri sebenarnya ingin mengisi kelompangan yang barangkali terlepas pandang hatta dalam Manifesto Pakatan Rakyat sekalipun.
"Misalnya, dalam isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Kebebasan mahasiswa selepas Auku mati itu mahu diganti dengan apa?
Laporan Khas ARIF ATAN
Thursday, March 14, 2013
GM13 nekad rehatkan BN dari takhta kuasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ibu bapa kepada mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam kejadian di Dataran Merdeka tempoh hari, berhak merasa cemas terhadap serangan oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali terhadap anak-anak mereka. Simpati masyarakat terhadap ibu bapa dan mahasiswa terbabit tentunya boleh difahami.
ReplyDeleteSemua tentunya bersyukur kerana tindakan cepat polis memastikan kecederaan yang dialami ringan dan serangan itu terbatas. Selepas ini, proses undang-undang akan mengambil alih demi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.
ReplyDeleteInsiden subuh Khamis lalu menzahirkan kebimbangan bahawa mahasiswa yang menjaja isu Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka semakin diperkudakan oleh pembangkang.
ReplyDeleteKeghairahan pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu menyalurkan bantuan kepada kumpulan mahasiswa ini supaya mereka terus berkampung di Dataran Merdeka menunjukkan kesungguhan Pakatan Rakyat memperalatkan pelajar demi keuntungan politik.
ReplyDeleteMahasiswa dijadikan saf utama untuk menuntut pemansuhan PTPTN. Persetankan jika pemansuhan itu bermaksud negara akan kehilangan sumber RM43 bilion ringgit yang diberikan sebagai pinjaman kepada pelajar.
ReplyDeletePedulikan nasib pelajar yang sudah pun menjelaskan pinjaman mereka. Tidak apa jika rakyat terpaksa menanggung cukai yang lebih tinggi, untuk negara membiayai pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.
ReplyDeleteOleh kerana slogan "Pendidikan Percuma Hingga Universiti" sedap didengar - Pakatan Rakyat tidak bermasalah untuk membuat janji sedemikian bagi meraih undi, walaupun ia bermaksud menghasut mahasiswa secara halus untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan.
ReplyDeleteDalam memberikan sokongan bulat kepada golongan mahasiswa itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Anwar dan Penasihat Dap Lim Kit Siang tidak rasa terpanggil untuk menjelaskan kenapa mereka menyokong PTPTN apabila ia dilancarkan pada tahun 1997 tetapi membantahnya sekarang.
ReplyDeleteAnwar yang ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri merasmikan penubuhan tabung itu manakala Kit Siang selaku Ketua Pembangkang ketika itu, memberi sokongan penuh kepadanya di Parlimen sebagai usaha murni kerajaan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
ReplyDeleteKenapa, ketika itu Anwar dan Kit Siang tidak melihat PTPTN sebagai zalim dan menekan rakyat, sungguhpun ketika itu kadar faedah yang dikenakan di atas pinjaman empat peratus, berbanding satu peratus sekarang?
ReplyDeleteDalam konteks sama, mahasiswa juga perlu bertanya kenapa tidak ada rekod sama sekali Anwar cuba menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti ketika beliau Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri mahu pun Pemangku Perdana Menteri?
ReplyDeletePerlu juga difikirkan kenapa PTPTN tidak menjadi isu politik pada pilihan raya umum 2008 atau sebelumnya tetapi dibangkitkan sekarang? Mungkinkah kerana pembangkang semakin ketandusan isu panas?
ReplyDeleteAkta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda supaya pelajar boleh menjadi ahli parti politik dan macam-macam undang-undang lain yang dijaja sebagai anti demokrasi dimansuh atau dipinda. Sejajar dengan itu pelbagai insiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat diperkenalkan.
ReplyDeleteSemua ini tentunya menghakis dan mengecilkan simpanan isu-isu yang boleh dijaja oleh pembangkang untuk PRU ke 13 dan sekaligus ia meremehkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingganya. Justeru, PTPTN dicanang kerana ia memberi kesan kepada generasi muda dan juga golongan ibu bapa.
ReplyDeleteSifir politik Pakatan adalah jika ia berjanji untuk memansuhkan skim pinjaman mudah itu, sudah tentu ia akan mendapat sokongan meluas. Namun mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka harus berfikir sejenak, apakah PTPTN boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa menjejaskan segmen lain perbelanjaan negara, contohnya peruntukan untuk pembangunan luar bandar?
ReplyDeleteJawapan kepada persoalan-persoalan ini boleh dikupas secara beradab menerusi dialog dan wacana teratur di dalam dewan universiti mereka; bukan dengan mendirikan khemah dan berkampung di Dataran Merdeka dan melaung slogan anti-kerajaan. Sebagai golongan berilmu, mahasiswa harus waspada dan tidak membiarkan diri dipergunakan oleh mana-mana pihak.
ReplyDeleteSelepas menggunakan aktivis berhaluan kiri untuk menganjurkan siri tunjuk perasaan BERSIH, Pakatan Rakyat kini nekad menggunakan mahasiswa pula sebagai satu lagi aparatus untuk berkempen demi mengejar kuasa politik yang bernama Putrajaya.
ReplyDeletekenapa mahasiswa ini tidak berfikir dahulu sebelum berbuat apa2 tindakan...perubahan apa yg mereka mahukan??kerajaan dah bg yang terbai k kepada mereka...apa lagi yng mereka mahu
ReplyDeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that there is no room in Barisan Nasional for leaders clamouring for positions since the obsession was reflective of their hidden agendas.
ReplyDeleteThere is nothing wrong to want something, we are human and we all have our needs, but when you are want something so much, it shows you are not sincere. You have something up your sleeves.
ReplyDeleteA good leader is one who does not expect something in return, one who is sincere and is willing to work hard for the good of the people, rather than for his own interest
ReplyDeleteWhen we want something, we must not be prompted by lust. In our quest, in order for it to get the blessings of Allah, we must be sincere.
ReplyDeleteIf we expect our party to be a stepping stone for our own gains, do you think we are being sincere? Are we being sincere if we hassle for positions? If these are your aims, then you are not sincere
ReplyDeletea good leader would be one who was sincere and accepted by the people.
ReplyDeleteLeaders must be patient and bide for your time for you may not have the opportunity today but your time will come someday. It is God’s will, and you cannot question that
ReplyDeleteNajib also said the huge turnout at the event reflected that BN and Umno are still accepted by the people.
ReplyDeleteI believe BN and Umno, which have its root in Sabah for so long is unlike any other parties.
ReplyDeleteSabah BN is more solid now than it was before the defection of several leaders
ReplyDeleteAzroy belum tercuba sudah kau memprotes, cuba dulu tukar baju kalau tidak baik, balik ke baju lama only 5 years you know.
ReplyDeleteKeengganan pembangkang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi pilihan raya umum akan datang membuktikan pihak berkenaan takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak komited, kata bekas Presiden TI-Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
ReplyDeleteIroninya, kata beliau mereka yang selama ini sibuk memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan dijalankan di atas landasan keadilan.
ReplyDeleteMenurutnya komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan ikrar berkenaan dengan mudah dan rela hati sudah cukup membuktikan kerajaan yang dipimpin beliau telus.
ReplyDeleteMenurutnya pelaksanaan itu bukan sahaja membuka mata rakyat untuk menilai tetapi juga menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan Barisan Nasional sangat bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang diberikan.
ReplyDelete"Malah ikrar yang mudah pun mereka tidak boleh tandatangan apa lagi untuk memerintah negara? Ini membuktikan pembangkang tidak bersedia untuk mengota apa yang dikata seperti kerajaan lakukan. Bolehkah kita mempercayai mereka?" katanya.
ReplyDeleteBeliau yang juga bekas naib pengerusi DAP berkata pembangkang tidak seharusnya mempolitikkan isu menandatangani ikrar integriti itu kerana ia sebahagian daripada usaha menggalakkan pilihan raya yang bersih seperti diperjuangkan.
ReplyDelete"Adalah mengejutkan pembangkang tidak bersedia untuk memastikan pilihan raya bebas dan demokratik kerana pilihan raya umum adalah proses demokrasi dan tidak boleh terlibat dalam perkara yang dilarang. Meraka hanya mahu menimbulkan huru-hara," katanya.
ReplyDeleteIkrar Integriti Pilihan Raya TI merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
ReplyDeleteCalon yang menandatangani ikrar itu juga bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya serta memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
Dah 50 tahun lebih BN diberi mandat....hutang negara makin bertimbun, rasuah bermaharajalela, kezaliman terlampau, fitnah setiap waktu, budaya politik samseng berkembang pesat, Rakyat dipancing dgn sedikit goodies setiap kali nak pilihan raya dan pemimpin dan kroni mengaut kekayaan Negara, CUKUP, CUKUP SUDAH....Cukup sampai di sini saja....daripada lebih tersiksa..lebih baik UMNO/BN pergi saja...UNDIlah PR untuk kesejehteraan masa depan NEGARA.
ReplyDeletekita tgklah siapa akan menjadi pilihan rakyat pada PRU nnti.
ReplyDeletePeningkatan jumlah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyertai UMNO tahun lalu menolak tanggapan bahawa mereka cenderung untuk menyokong pembangkang, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
ReplyDeletePilihan raya kampus tahun lalu juga menunjukkan keputusan di mana pemimpin-pemimpin prokerajaan menguasai 18 daripada 20 IPT di negara ini.
ReplyDelete“Kita menghargai sokongan mereka bukan sahaja dalam kampus tetapi lebih penting mereka sudah bersedia membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti”, katanya.
ReplyDeleteMenurut Khairy, jumlah mahasiswa yang menyertai UMNO melonjak daripada 14,000 semasa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pertengahan tahun lalu kepada 27,000 orang pada suku keempat tahun yang sama.
ReplyDeleteBeliau berkata, sebelum ini ramai pihak bimbang pindaan AUKU yang membenarkan mahasiswa menyertai parti politik akan menyebabkan lebih ramai daripada mereka menyertai parti pembangkang.
ReplyDelete“Saya meyakinkan pucuk pimpinan bahawa ia tidak akan berlaku malahan sebaliknya membolehkan mahasiswa lebih cenderung menyertai UMNO,” katanya.
ReplyDeleteKhairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berharap, mahasiswa akan menjadikan KIBAR sebagai landasan untuk menyuarakan pendapat membina dalam sesuatu isu, bukan menyemai kebencian seperti dilakukan penentang kerajaan BN.
ReplyDeleteBeliau turut yakin matlamat untuk mendapatkan 5,000 penyertaan mahasiswa dalam Kelab IPT BN di seluruh negara akan tercapai lebih awal memandangkan bilangan mahasiswa yang menyertai UMNO kini sudah meningkat.
ReplyDeletePemuda-pemudi harus lebih bijak menilai.
ReplyDeleteBelia tahu apa yagn terbaik untuk masa depan mereka.
ReplyDeleteKami menantikan apakah yang mahasiswa ini akan memilih. Demi masa depan, harus menilai dan membuat undian yang tepat.
ReplyDeleteAdakah BN masih pilihan yang terbaik?
ReplyDeletekeputusan GM13 menghantar mahasiswa sebagai calon bertanding di Pekan sebagai suatu isyarat jelas warga universiti sudah bersedia membawa suara mereka seterusnya tuntutan rakyat di Parlimen kelak.
ReplyDeleteKerajaan memerlukan darah baru ini untuk memperjuangkan hak dan kepetningan untuk belia.
Simple je....suami staff aku seorang pegawai PGA. Dahlah belum mendaftar sebagai pengundi tapi masih diarahkan untuk mengundi secara pos...haha... agak-agaknya undi pos tu untuk siapa ek? Untuk pembangkang or Be End atau UMNgOk?
ReplyDeleteYang bagi tawaran terbaik untuk seluruh rakyat malaysia Pakatan Rakyat, yang cakap nanti cukai dinaikkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan, orang BN. Pakatan Rakyat tidak cakap pun pasal naik cukai, buat apa BN sebuk-sebuk mau tambah-tambah cerita. Kecendrungan sebahagian pelajar kepada pembangkang atas kesedaran dan kemahuan mereka sendiri, bukan diperkudakan, diorang sudah matang.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe Sulaman assemblyman also believed the coalition would regain its traditional two-thirds majority in parliament based on its overwhelmingly better performance over the last five years compared to Pakatan Rakyat’s administration in the states they held.
Sabah Umno treasurer Datuk Hajiji Noor said Barisan Nasional (BN) would most likely secure a bigger win in the soon to be held polling, both at state and federal levels.
ReplyDelete