Thursday, March 14, 2013

Harris dakwa polis musnah dokumen orang Suluk

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.

Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.

Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.

Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.

"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.

Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan. -MK

50 comments:
Write comments
  1. Taik kau Haris. kau pun pendatang.. patut pun

    ReplyDelete
  2. Si haris sama mahathir la kasi IC. Itu

    ReplyDelete
  3. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    Perasaan benci terhadap kumpulan pengganas yang menceroboh negara sejak 12 Feb lepas semakin menebal di hati masyarakat Felda Sahabat yang melabelkan mereka seperti ‘lanun’ dan ‘binatang’.

    ReplyDelete
  4. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    Keganasan yang ditunjukkan anggota kumpulan militan itu yang menyerang dan memukul orang kampung, termasuk kanak-kanak turut membangkitkan rasa marah penduduk, yang mengakui sanggup menggadai nyawa berdepan musuh yang telah mengganggu keharmonian hidup masyarakat di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  5. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    Lutong Atok, 67, berkata keluarganya benci dengan sikap pengganas dari selatan Filipina itu yang menyerang kampung di sekitar Tanjung Batu dan Kampung Tanduo kerana mereka tidak menghormati orang Suluk yang lain.

    ReplyDelete
  6. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    “Mereka bersikap macam lanun. Pukul orang, tembak rumah orang. Malah saya sendiri pernah lihat dari jauh di Kampung Tanduo, dua minggu lepas, mereka sanggup pukul sekumpulan kanak-kanak hanya kerana menghalang jalan mereka.

    ReplyDelete
  7. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    “Mereka ingat mereka berkuasa kerana pegang M-16, kalau kerajaan beri saya senapang, saya juga akan lawan mereka,” katanya penuh bersemangat sehingga menghentak meja makan, di sebuah kedai makan, Felda Sahabat 16, dekat sini.

    ReplyDelete
  8. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    Bercakap kepada Bernama, Lutong berkata keluarganya menetap dan menjadi peneroka Felda sejak 30 tahun lepas dan ada dalam kalangan menantu cucunya berketurunan Suluk. Bapa kepada lapan anak itu berkata, kaum Suluk yang dikenalinya bukan berperangai seperti pengganas terbabit, sebaliknya mereka lebih menghormati penduduk dan peneroka di kawasan Felda Sahabat.

    ReplyDelete
  9. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    “Mereka (pengganas) ini binatang yang ambil kesempatan menindas penduduk di kampung ini, merampas binatang ternakan serta memaksa kami menerima fahaman mereka tentang kesultanan Sulu,” katanya.

    ReplyDelete
  10. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    Saimah Mohd Jin, 61, pula berkata kematian 56 anggota pengganas yang ditembak di dalam Operasi Daulat sebagai ‘balasan’ terhadap kekejaman dan kesengsaraan yang dilakukan mereka kepada masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  11. TINDAKAN PENGGANAS-PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU TIDAK MELANGGAR HAK ASASI KA?? MEDIA FILIPINA PATUT JAWAB...

    “Mereka ingat mereka itu hebat…,” katanya dengan nada marah sambil berharap pasukan keselamatan dapat segera ‘menghalau’ penceroboh itu dari bumi Sabah. Katanya walaupun belum berani untuk kembali ke kampung, beliau sekeluarga merasa lebih selamat dengan kehadiran pasukan keselamatan yang sentiasa menjaga keamanan di kawasan timur Sabah.

    ReplyDelete
  12. ""Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.""

    INILAH PEMBOHONGAN PALING JIJIK ORANG SULU.. NAMPAK SANGAT SIKAP BATU API MEREKA.. SENGAJA MAHU MELAGA2KAN ORANG SULU DAN SABAH.. KENAPA BUKAN YANG BUAT STATEMENT TU SAJA YANG BERPERANG DI SABAH??

    ReplyDelete
  13. Orng sulu yang bukan rakyat tempatan, yg dpt ic atau ada pasport tu sememangnya samseng, org sulu tempatan pun tak suka.diaorng sendiri pun kalo boleh nak halau dari awal tapi sbb ada dokumen sah utk tinggal di sabah. Ntah betul ke tak dakwaan mereka, ntah dokumen yg dimusnahkan itu milik samseng dan pro pengganas atau yg bnyk sngat kes jenayah.

    ReplyDelete
  14. Tindakan polis tu betul... dokumen palsu patut dimusnahkan sahaja.... Kenapa juga ko haris bodoh... kamu mungkin yang berikan dokumen ini semasa memerintah dulu....

    ReplyDelete
  15. Aku sokong tindakan polis tu yg memusnahkn dokumen yg ada pd org Sulu' tu. Bukan kira kebenaran JPN ke sapa. Bagus jugak amik semua dokumen tu serah pd RCI. Dulu kan Harris ni kerjasama dgn Sulu atas arahan Mahathir utk tumbangkn PBS di Sabah??? Ingatkn UMNO jer nak jd giler..Harris Salleh pun sama.

    ReplyDelete
  16. semuanya berpunca dari projek ic dan janji najib kepaqda sulu.kita orang sabah buang saja bn ni ke laut cina selatan atau ke mogolia

    ReplyDelete
  17. Haris jangan kau halang tugas polis, mungkin kamu punya pasallah orang pelarian dapat IC

    ReplyDelete
  18. Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), MOHD. ZAKI HARRY SUSANTO , menegaskan seluruh masyarakat Suluk Sabah berasa amat terhina dengan pencerobohan itu yang dianggapnya suatu tindakan bodoh dan tidak bertamadun.

    ReplyDelete
  19. Kita dalam era moden ada undang-undang dan tahu sempadan negara," kata bekas Asisten Supritendan Polis (ASP).

    ReplyDelete
  20. MOHD. ZAKI: Daripada statistik yang pernah saya terima, terdapat lebih 300,000 yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Yang tidak berdaftar seperti pemegang dokumen IMM (dokumen pelarian selatan Filipina), yang masuk dengan pasport dan pendatang haram, sukar untuk kita dapat angkanya.

    ReplyDelete
  21. MOHD. ZAKI: Yang Dipertua Negeri Sabah sekarang, Tun Juhar Mahiruddin berketurunan Suluk, sebab itu kami kata apa lagi yang mahu dikejar bangsa Suluk dari selatan Filipina? Kami pun ada 'sultan' kami walaupun jawatan beliau ialah Yang Dipertua Negeri. Benar beliau bukan sultan tetapi kedudukannya adalah yang tertinggi dalam Perlembagaan negeri. Secara simbolik kami sudah ada 'sultan', kenapa kami mahu bersultan dengan mereka lagi.

    ReplyDelete
  22. Perlu dijelaskan bahawa masyarakat Suluk di Sabah terbahagi kepada beberapa kategori iaitu: warganegara Malaysia, bukan warganegara (pakai pasport), pelarian dan pendatang haram.

    ReplyDelete
  23. Bagi warganegara, saya berani cakap segelintir masih ada yang taat setianya boleh diragui. Walaupun warganegara, mereka ini masih ramai berulang alik ke selatan Filipina bertemu saudara mara. Saya pun ada keluarga di sana, saya hormati mereka tapi kesetiaan itu tidak berubah.-Mohd Zaki

    ReplyDelete
  24. Apapun, majoritinya tetap setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Kesultanan Sulu pada mereka sudah tidak relevan, cuma dalam setandan pisang tidak pelik kalau ada sebiji dua yang rosak. Yang rosak inilah yang memburukkan keadaan, mereka inilah jadi musuh dalam selimut. Kita tidak kenal kerana mereka juga orang kita dan untuk tahu isi hati manusia adalah sukar.

    ReplyDelete
  25. MOHD. ZAKI: Saya boleh jamin ada orang tempatan, warganegara Malaysia berbangsa Suluk yang memainkan peranan. Tapi segelintir kecil sahaja, mereka ini sama ada terpaksa kerana diugut atau rela hati. Bagi yang rela hati mungkin mereka terpengaruh dengan janji pihak tertentu.

    ReplyDelete
  26. MOHD. ZAKI: Untuk keadilan, begini saya katakan, keadaan itu terbalik. Ada segelintir daripada mereka mula tunjukkan taat setia kerana sudah lama di sini walaupun bukan warganegara. Saya pasti ada yang menyebelahi kita sebab mereka rasa sudah hidup senang di sini dan rasa adalah lebih baik jadi orang Malaysia.

    ReplyDelete
  27. Dari sudut lain, mungkin sesetengah pihak anggap bangsa Suluk tidak diberi perhatian, dipinggir dan terabai. Jadi ada yang cuba menaikkan balik nama Suluk walaupun dengan cara yang tidak betul. Mereka anggap kalau jadi sultan, ada hak menuntut sesuatu termasuk bayaran pajak RM5,300 setahun yang kerajaan kita bayar

    Tidak mustahil inilah yang menarik perhatian sehingga ada mengaku sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan Filipina, jumlah itu besar.

    ReplyDelete
  28. Untuk mereka2 yg belot kepada negara kita .. tindakan itu patut ..

    ReplyDelete
  29. Putar bin belit= umno bin BN. Apa pun diminta pihak polis dan atm bertegas menangani isu lahad datu dan bertegas juga dgn pengkhianat yg bagi I/C.

    ReplyDelete
  30. projek hapuskan bukti..untuk selamatkan madey dan umno..itu saja...itu sebab rci sambung hingga sept.....

    ReplyDelete
  31. Kesihan si Najib cuci tahi yang ditinggal kan oleh mahathir dan haris salleh,disebabkan si Najib tidak dapat cuci tahi mereka ini dengan air yang diimport dari arab saudi,apa macam kalau kita minta air dari turki atau mesir dan kita suruh si Anwar yang cuci,saya rasa-rasa lah memang kalau kita guna air ini tetap bukan saja tahi mereka yang kena cuci tapi daki-daki dibadan pun kita berus guna dawai

    ReplyDelete
  32. Rasa2nyer warga asal Sabah banyak tapi tak termasuk Sulu',Iranum,Idaan. Begitu juga dgn Butun,Tidong,Bugis atau seumpamanya. Itu pulak dr Indonesia. Kiri kanan dpt ic yg mamposs nyer ialah Kadazandusun,Murut, Sungei,Melayu apalgi Iban dgn Penan,kat Merotai nun. Di Sabah ni,kalu bangsa yg dah kedepan tu..bukan pribumi.Semua pendatang tapi masalahnyer..org Malaysia nak dtg Sabah kena bawa passport atau yg pakai borang IMM,kena tinggal 3 bulan jer. Lebih kalu,masalah pulak. Giler. Tapi yg Sulu' tu..beranak pinak ndak apa2.

    ReplyDelete
  33. harris tak perlu nak reka cerita, Suluk2 di sabah mendapat layanan baik oleh kerajaan

    ReplyDelete
  34. melainkan pengganas sulu yang msti diburu

    ReplyDelete
  35. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.

    ReplyDelete
  36. Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan memang amat prihatin dalam hal ini dan apa yang kita lakukan, pertamanya memberi peluang kepada pihak penceroboh untuk berundur diri, adalah bersesuaian dengan kaedah dalam Islam.

    ReplyDelete
  38. Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak kita, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama

    ReplyDelete
  39. jangan ada sesiapa yang menidakkan usaha yang dilakukan itu, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun oleh pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  40. Bukanlah ini masanya, malah ini kewajipan di sisi agama untuk kita berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada pasukan keselamatan, kerana merekalah kita dapat mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk memberi apa juga pertimbangan yang boleh untuk menjaga kebajikan tentera dan polis dan pihak keselamatan kita, kata Najib

    ReplyDelete
  41. perwira negara yang gugur di medan perjuangan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini ditakrif mati syahid akhirat berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

    ReplyDelete
  42. keputusan Najib lima tahun lepas untuk menaik taraf pasukan Askar Wataniah kepada Rejimen Sempadan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan anggota tentera di negara ini.

    ReplyDelete
  43. langkah itu membolehkan anggota tentera terbabit menikmati kemudahan sebagaimana anggota tentera tetap yang lain, seperti layak menerima pencen selepas berkhidmat 21 tahun dan pinjaman perumahan.

    ReplyDelete
  44. Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  45. He has many things to complain about.

    ReplyDelete
  46. Why he can so many grouses?

    ReplyDelete
  47. Bah jadi Harris berpura2 la ni kan?

    ReplyDelete
  48. Saya memang tidak suka lelaki ni.

    ReplyDelete
  49. sudah samapi saatnya kerajaan harus lebih proaktif dalam menangani isu pendatang haram yang membanjiri negeri sabah. kes si kiram ngan militannya harus dijadikan iktibar agar kerajaan selalu waspada dari serangan dalam dari pihak tertentu.

    ReplyDelete
  50. si haris ni pon sebijik juga...tempoh hari dia suruh kerajaan bayar 200 juta selesaikan isu sabah...apa dia ingat rakyat pribumi sabah tiada hak keatas tanah nenekmoyang mereka...kalau si haris itu okelah asal dari pakistan bagus suruh dia blah saja...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.