Thursday, March 14, 2013

Pembangkang Mahu Cetus Huru-hara?

Dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan porak peranda hanya omongan bohong. kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, Mohamad atau Mat Sabu, sebaliknya berkata, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini.

(Pihak yang satu lagi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional atau Umno).

Menurut Mat Sabu dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu tidak memberi sebarang nilai.

“Kita (pihak Pakatan) patuh kepada undang-undang. Mereka mengacau ceramah, buat sekatan, baling batu dan telur selama ini.

‘Depa (mereka) pembohong (merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin). Dia (pihak satu lagi) yang datang buat kacau segala ceramah kita. Apa yang beliau cakap tiada nilai dan membohong tentang dokumen yang kata kami akan mengagalkan pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dakwa ada maklumat

Semalam Muhyiddin mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

Muhyiddin mendakwa pembangkang gementar dengan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat,” dakwa Muhyiddin.

Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.

Sambil mengulangi dakwaan Muhyiddin itu sebagai bohong, Mat Sabu percaya ia hanya kenyataan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semata-mata. -FMT

60 comments:
Write comments
  1. Memang betul pembangkang nak cetuskan huru-hara TAPI huru-harakan UMNO bukan negara.!!!

    ReplyDelete
  2. The Opposition could affect Malaysia’s good relationship with other foreign countries if they become the next Government said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

    ReplyDelete

  3. He added that over the last few years, Malaysia’s economic growth had achieved 5.7% which is the highest among Asean countries.

    ReplyDelete

  4. Dr Koh, who is also Gerakan president, blasted a prominent Opposition leader who visited various foreign countries trying to tarnished the Government and Malaysia’s image by alleging that the country is going bankrupt.

    ReplyDelete

  5. “If the country is going bankrupt then why are we able to attract many foreign investors to our come here.

    ReplyDelete

  6. “The recent agreement between Singapore and Malaysia to build a high-speed rail (HSR) between Kuala Lumpur and the island republic is a good sign of understanding and working relationship between both Governments,” he said.

    ReplyDelete

  7. He pointed out that the Singapore Government had full confidence in Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s leadership.

    ReplyDelete

  8. Dr Koh also said that Iskandar Malaysia is a good model to show that the Government’s Economic Transformation Programme had succeeded.

    ReplyDelete
  9. Dr Koh was speaking at the Gerakan’s Chinese New Year open house held here recently.

    ReplyDelete

  10. Meanwhile, Johor Gerakan chief Datuk Teo Kok Chee said the party was confident of winning back the seats that it has lost in Johor during the last general election.

    ReplyDelete
  11. He added that the people should not be influenced by the promises made by the Opposition, as it can never be fulfilled.

    ReplyDelete
  12. Teo also blasted the Opposition leaders who only became active when the general election loomed closer.

    ReplyDelete
  13. “The spat between DAP and PKR leaders over the Gelang Patah parliamentary seat shows that they are fighting among themselves for power,” he said.

    ReplyDelete
  14. Dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jemu untuk terus mendapat perhatian masyarakat membabitkan karier politiknya.

    ReplyDelete
  15. Bekas Pegawai Khas Anwar, Rahimi Osman menyifatkan kenyataan Anwar untuk bersara daripada politik itu tidak lebih daripada untuk mendapat simpati bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  16. Itulah karektor Anwar, yang sentiasa bijak bersandiwara untuk mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat, Anwar akan mempergunakan apa sahaja kaedah yang difikirkan boleh menagih sokongan kepadanya.

    ReplyDelete
  17. Kita jangan lupa dengan apa yang pernah dilakukan Anwar sebelum ini, ketika kes perbicaraan kes liwatnya dahulu membabitkan bekas pemandu isterinya (Azizan Abu Bakar), Anwar berkerusi roda dan berbekung di leher ketika ke mahkamah.

    ReplyDelete
  18. Kini beliau mengatakan untuk bersara jika pembangkang tewas pada pilihan raya umum akan datang, itu semua adalah strateginya untuk mendapatkan sokongan apabila menyedari rakyat telah sedar dengan apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang

    ReplyDelete
  19. tindakan yang dilakukan Anwar itu sebenarnya menunjukkan beliau dalam keadaan terdesak sehingga bertindak sedemikian apabila menyedari pelbagai masalah dalaman yang dihadapi ketiga-tiga parti pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Masalah dalaman parti serta ketidak mampuan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri yang diperintah adalah mimpi-mimpi ngeri yang boleh merencatkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  21. Di samping itu, dengan pelbagai isu didedahkan membabitkan dirinya menyebabkan Anwar terpaksa mencari idea baru untuk menagih sokongan, Anwar tidak pernah putus idea bagi memastikan karier politiknya tidak tamat begitu sahaja

    ReplyDelete
  22. Anwar tidak akan berhenti berpolitik selagi cita-citanya untuk menawan Putrajaya tidak tercapai, baginya Putrajaya adalah segala-galanya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk direalisasikan.

    ReplyDelete
  23. Anwar tetap Anwar, beliau bukanlah seorang yang mudah mengalah, sandiwara dan lakonannya adalah sebahagian strateginya, kenyataannya itu juga adalah peringatan untuk ketiga-tiga parti pakatan pembangkang mencari penyelesaian masalah dalaman bagi menghadapi pilihan raya.

    ReplyDelete
  24. Menyedari suasana politik sekarang yang tidak berpihak kepada pembangkang, Anwar sebagai ketua terpaksa mencari idea baru yang tidak mengeluarkan modal besar untuk dapat sokongan, dan cara terbaik kepada dirinya adalah untuk mendapatkan simpati seperti yang pernah dilakukan sebelum ini

    ReplyDelete
  25. Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  26. Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.

    Dr Mahathir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum PKR itu menyertai kerajaan.

    ReplyDelete
  27. "Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  28. "Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc.

    ReplyDelete
  29. Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  30. Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.

    ReplyDelete
  31. "Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.

    "Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya.

    ReplyDelete
  32. Janganlah timbulkan huru hara semata-mata untuk mencapai kepentingan politik.

    ReplyDelete
  33. Kerajaan diminta menyiasat hubungan baik antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

    ReplyDelete
  34. Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.

    ReplyDelete
  35. “Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing,” katanya

    ReplyDelete
  36. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.

    ReplyDelete
  37. “Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu. Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya,” katanya.

    ReplyDelete
  38. Memang dah tak ada bukti bagaimana nak tunjuk..kalau adapun hanyalah bukti2 yg direka-reka sendiri. TPM tengah reka buktilah tu sbb tu lah lambat tunjuk bukti..Kami memang dah tak percaya dgn pemimpin UMNO(BN) ni..

    ReplyDelete
  39. selama ini pembangkang mmg byk timbulkan huru hara

    ReplyDelete
  40. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

    ReplyDelete
  41. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

    ReplyDelete
  42. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  43. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  44. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.” Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

    ReplyDelete
  45. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.

    ReplyDelete
  46. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

    ReplyDelete
  47. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

    ReplyDelete
  48. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

    ReplyDelete
  49. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

    ReplyDelete
  50. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

    ReplyDelete
  51. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan. Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.

    ReplyDelete
  52. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan. Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

    ReplyDelete
  53. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya. Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

    ReplyDelete
  54. SIAPA YANG AJAR MAHASISWA BERDEMO? HINGGA ADA ANTARA MEREKA SANGGUP MEMBUAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP PM?? MALAH PEMBANGKANG JUGA TERLIBAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU..

    Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

    ReplyDelete
  55. Huru-hara tidak membawa kebaikan untuk rakyat dan mana-mana pihak juga.

    ReplyDelete
  56. Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.

    Serahkan bukti jiak ada. Tuduhan tanpa bukti seolah fitnah juga.

    ReplyDelete
  57. Semalam Muhyiddin mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

    Apakah tujuan untuk menggagalkan PRU? Ini tidak memanfaat pembangkang juga.

    ReplyDelete
  58. Serahkan bukti jika ada. Dakwaan tanpa bukti seolah fitnah juga.

    ReplyDelete
  59. Saya rasa kalau BN/Umno kalah dalam pru13... huru hara akan lebih teruk disebabkan BN/umno mempunyai ramai pengikut yang berani mati...hehe....die hard fan gitu....bg yg menyokong BN/umno dah bersedia ke jadi penyokong pembangkang kalau kalah pru13? Bagi penyokong pembangkang sekarang kekalahan itu sudah menjadi kebiasaan...tp apakah penyokong tegar BN/umno dpt menerima kekalahan sekiranya kalah dalam pru13 nanti?

    ReplyDelete
  60. Anwar bijak mengeluarkan kata-kata untuk mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.