Tarikh PRU13 hampir tidak teranjak lagi. Episod hitam di Lahad Datu dan Semporna juga sukar menjarakkannya. Najib Razak memang tiada pilihan, tersepit dalam dilema, petanda kurang yakin dan gelabah untuk mendapatkan semula mandat rakyat.
Beliau merupakan Perdana Menteri paling lama bertakhta melalui sokongan ramai kepada pendahulunya (Abdullah Ahmad Badawi). Sebelum ini setiap perdana menteri baru berusaha seawal mungkin mengadakan pilihan raya seawal bagi mengesahkan kedudukannya.
Sepatutnya Najib memanggil sidang khas Parlimen, menunjukkan setiakawan seluruh rakyat menyokong penuh pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, mengutuk pencerobohan, sekali gus memberikan perhargaan kepada perwira yang terkorban, serta membantu keluarga yang ditinggalkan, terutama memastikan anak-anak malang itu mendapat pendidikan sehingga ke universiti.
Dan bukannya terus menunjukkan kerendahan budi memainkan politik kebencian dengan mengekspolitasi kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chia secara cukup melampau. Walhal Naib Presiden KeADILan itu sudahpun membuat penjelasan di atas kenyataan awalnya yang menimbulkan kontroversi itu.
Reaksi Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Husein di rumah salah seorang balu perajurit yang terkorban jelas menyerlahkan dendam dan amarah tidak terkawal.
Begitu juga dengan respons melulu Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar terhadap siasaran ke atas Tian Chua, dengan menegaskan pihak polis tidak akan melepaskannya dengan mudah. “Mana boleh lepas?” katanya.
Melihat gelagatnya dalam berita TV, saya terasa cukup kurang selesa dan "menjengkelkan". Dan ini bukan kali pertama Khalid bertindak sebegitu rupa, berbeda sama sekali dengan perwatakan ketuanya, Ismail Omar. (Saya kira panglima angkatan tentera, Zulkifeli Mohd Zin juga dilihat terjebak dalam polemik "sandiwara) yang sengaja diperbesarkan media).
Sebenarnya, bagi saya, kritikan atau teguran kepada pasukan keselamatan, hatta membabitkan operasi kritikal seperti Ops Daulat di Lahad Datu, tidak boleh dianggap sebagai "memperlekeh, memperkecil apatah lagi menghina"
Dalam hal ini, saya tertarik dengan ulasan bekas profesor UIAM, Dr Abd Aziz Bari:
"Rakyat adalah pemilik sebenar angkatan tentera dan pasukan polis, bukan Umno-BN. Sebagai pembayar cukai rakyat berhak menilai prestasi kedua-dua angkatan tentera dan polis."
Tambahnya, keselamatan dan kedaulatan negara juga milik rakyat dan mereka berhak menyuarakan pandangan sekiranya mereka berpendapat Kerajaan Umno-BN yang memerintah dikira gagal mengendalikan isu berkenaan dengan baik.
"Prestasi angkatan tentera dan pasukan polis boleh dinilai dan kalau tidak memuaskan boleh dikritik. Kalau badan kehakiman sendiri pun boleh dikritik, apa alasan yang menjadikan kedua-dua organisasi yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam Persekutuan itu kebal daripada kritikan?" soal Dr Aziz.
Justeru, ramai bimbang jika pemimpin Pakatan Rakyat bakal "dikambing-hitamkan". Serangan berterusan terhadap Anwar Ibrahim dan percubaan mengaitkannya sebagai pengkhianat atau dalang penceroboh, termasuk memanipulasi lagu "Tanya Sama Najib" tidak boleh dipandang ringan, walaupun ia nampak seperti skrip "Maharaja Lawak".
"Mungkin insiden pencerobohan itu akan digunakan oleh anasir tertentu dalam Umno untuk memastikan Anwar sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan," kata Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli.
Sedangkan banyak pihak melihat insiden berdarah itu ada kaitan dengan "Projek IC", inisiatif pemimpin Umno sendiri. Pendedahan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman dalam wacana anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) di UKM, 4 Mac lalu sepatutnya mencerdaskan minda.
"Ada di kalangan penceroboh bersenjata itu sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia melalui MyKad biru atau status pemastautin tetap di Lahad Datu dan Semporna. Apabila mereka mendarat di daerah Tawau dan memasuki perkampungan di Lahad Datu, mereka sebenarnya bertemu sanak saudara atau pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Seorang rakan menelefon, sehingga Selasa lalu, jumlah kematian penceroboh dicatat 57, tetapi hanya 23 mayat ditemui. "Pelik, 'kan?" katanya.
Selain itu, demonstrasi tiga NGO mesra-Umno di hadapan ibu pejabat KeADILan, 11 Mac lalu hanya membuktikan peluang kebebasan bersuara gagal dimanfaatkan dengan baik. Secara peribadi, saya percaya aksi tunjuk perasaan adalah sebahagian daripada hak asasi yang perlu dipertahankan. Tapi usahlah merusuh sehingga sanggup membaling batu, telur dan kayu pula.
Ketika Pakatan dan masyarakat sivil lainnya dapat menganjurkan siri himpunan, termasuk demonstrasi, dengan aman dan tertib, penyokong Umno-BN bertindak sebaliknya. Majlis ceramah Pakatan diganggu secara tidak bertamadun sama sekali.
Padanlah ketua-ketuanya takut berdebat, juak-juak pula bertindak bacul mengamalkan politik rimba. Dan profesionalisme pasukan polis terus dipersoal kerana ada bukti berlaku "pilih kasih".
Sepatutnya ketika negara menginjak ke era "sistem dua parti", rakyat dapat menyaksikan setiap gabungan berlumba-lumba menawarkan khidmat, polisi dan prestasi terbaik, bukan terkepung dalam budaya politik kuno.
Dr Siddiq Fadzil menjelaskan situasi yang dihasratkan itu: "Kehadiran dua kekuatan politik yang seimbang adalah penting untuk memacu persaingan memberikan khidmat yang lebih baik untuk rakyat. Tanpa saingan dan tandingan yang bererti, parti yang berkuasa akan berasa terlalu selesa dan seterusnya akan mengalami penurunan komitmen dalam memberikan khidmat yang lebih baik."
Zaman BN mengambil sikap "taken for granted" disebabkan rakyat tiada alternatif memilih kerajaan baru sudah berlaku. Namun perangai hodoh parti yang berkuasa sejak merdeka itu tidak dapat diubah lagi.
Justeru, pengundi perlu proaktif merehatkannya dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula.
Dalam pada itu, SMS seorang rakan, profesor di sebuah universiti, agak mengejutkan saya: "Benarkah ada ura-ura Anwar Ibrahim akan ditahan kerana kes Lahad Datu?"
Rupanya ramai juga yang risau dengan kenyataan pihak berkuasa, seperti mahu mengaitkan "pihak ketiga" dalam negara sebagai dalang pencerobohan itu.
II.
Menekuni majalah Dian (Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd), yang sarat dengan paparan isu menarik dan titipan ilmu bermanfaat begitu mengujakan saya, apatah lagi menyedari ia diterajui rakan baik saya, Mohd Nasir Awang, dengan sokongan kolumnis yang berkaliber dalam kepakaran masing-masing.
Segera saya terkenang majalah Dian dalam tulisan jawi, koleksi kekanda Dinsman, yang menghiasi rak lama di kampung. Saya membesar dengan tradisi ilmu Dian yang cukup mantap. SUkar dibayangkan, sekitar tahun 70-an ada majalah dapat bertahan dengan tulisan semi-akademik.
Dan kini warisan itu berada di pasaran; sayang sekali, promosi agak kurang dan kehadirannya tidak dirasai. Rumusan saya, anda rugi jika tidak memiliki majalah Dian!
Oleh Ahmad Lutfi Othman (DD)
Thursday, March 14, 2013
Mencari kambing hitam di Lahad Datu: Anwar bakal ditahan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




YA ALLAH selamatkanlah WIRA-WIRA BANGSAKU yang BERJUANG DI BARISAN HADAPAN.
ReplyDeleteYA ALLAH TAJAMKANLAH MINDA panglima2 tentera kami dalam merancang KEJAYAAN demi MENDAULATKAN Tanahair kami.
MANA GAMBAR hj MUSA , semasa HIDUP dan SESUDAH MATI ? ? ?
RAKYAT TIDAK BERHAK MENATAP WAJAH PENCEROBOH LAKNAT si Musa ini????
Atau RELA TUNGGU media asing INTERVIEW Azzimuddie dan hj Musa di MANILA ?????
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteInsiden pencerobohan oleh kira-kira 180 pemberontak Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan merupakan titik hitam di dalam sejarah Sabah.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteWalaupun tiga tempoh masa telah berlalu, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu dan menjadi pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III terus degil sehingga memaksa pihak keselamatan bertindak.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteMalangnya dalam keadaan kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk mengelak pertempuran berdarah daripada berlaku serta menyelesaikan kemelut ini secara aman dan diplomatik, pembangkang pula cuba menangguk di air keruh.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteNaib Presiden PKR, Tian Chua menuduh UMNO menjadi dalang di dalam insiden tersebut kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pendatang asing di Sabah. Malah Tian Chua semakin celupar mulutnya apabila cubamengaitkan insiden Lahad Datu dengan insiden berdarah kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Sauk pada tahun 2000 yang didakwanya didalangi UMNO.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteApabila mereka tidak mampu untuk menjawab dakwaan agensi berita asing bahawa pihak pembangkanglah yang menjadi dalang kepada pencerobohan itu, PKR dengan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO tetapi fakta yang menjelas menunjukkan kepada jalan cerita yang berlainan.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeletePertama, portal berita Philippine Daily Inquirer melaporkan pihak perisikan Filipina telah mengenalpasti tiga kumpulan yang mendalangi insiden pencerobohan itu yang mana salah satunya adalah pihak pembangkang dari Malaysia.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeletePortal itu turut melaporkan bahawaseorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang intim dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah. Portal itu juga memetik sumber risikan kerajaan Filipina yang mengatakan pertemuan berkenaan telah diadakan pada November 2012.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteEkoran daripada perbincangan sulit itu Sultan Sulu Jamalul Kiram III telah mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo. Siapakah yang telah mewakili pihak pembangkang dan isu apakah yang telah dibincangkan dengan Sultan Sulu hingga menyebabkan kumpulan bersenjata bertindak menceroboh Sabah?
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteAgensi perisikan Filipina memberi jawapan dengan mengatakan bekas Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan adalah pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan sulit itu Sultan Muidzullail T. Kiram, salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteSekitar masa yang sama satu pertemuan lain telah diadakandengan Tian Chua diutus oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Nur Misuari, bekas pemimpin MNLF.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteKemungkinan besar kedua-dua perbincangan sulit itulah yang dirujuk oleh laporan portal Philippine Daily Enquirer yang menyatakan pihak pembangkang dari Malaysia memain peranan untuk mengapi-apikan kesultanan Sulu supaya menggunakan kekerasan berhubung isu tuntutannya ke atas Sabah.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteLaporan agensi berita Reuters pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang mengatakan kehadiran kumpulan penceroboh itu di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang untuk berbincang mengenai isu tanah.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteDua hari selepas itu, akhbar Manila Times pula mendakwa Anwar sememangnya terbabit sebagai dalang dalam insiden tersebut apabila beliau dikatakan mencadang kepada Sultan Sulu bahawa Sabah akan diberi status autonomi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteTidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Seperti biasa konco ketatnya, Azmin Ali dengan segera mempertahankan kewibawaan bosnya tetapi alasan yahng diberi amat dangkal sekali.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteAmat kelakar sekali dakwaan Azmin yang mengatakan UMNO telah mengguna media Barat untuk memburuk-burukkan pembangkang kerana bukankah selama ini media asing yang memberi gelaran 'darling of the West' kepada Anwar. Bukankah Anwar dan pembangkang yang sentiasa bercakap kepada media asing di luar negara memburuk-buruk serta memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteBukankah juga Anwar sering mendapat jemputan media asing untuk ditemuranah dan ditonjolkan di kaca televisyen negara luar serta mengambil peluang itu untuk menunjukkan pembangkang ditindas di Malaysia dan kerajaan adalah zalim dan sebagainya?
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteKali ini apabila pihak media asing menjalankan penyelidikan rapi dan mendapati Anwar serta pembangkang mendalangi insiden Lahad Datu, mengapa pula melenting dan meracau seperti orang gila?
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeleteHakikatnya semakin hari semakin jelas peranan yang dimainkan oleh Anwar dari belakang tabir untuk memporak-perandakan negara hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri.
KENAPA ORANG BAWAH ANWAR YANG JAWAB TUDUHAN MEDIA ASING?? KENAPA BUKAN ANWAR?? KENAPA TIDAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES?? RAKYAT WAJIB TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MELINDUNGI BAPA SEGALA PENGGANAS
ReplyDeletePembangkang sanggup menjadikan Sabah sebagai dadu dalam percaturan politik kotornya demi untuk meraih kuasa. Anwar kini bermain api yang amat merbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara tetapi sesiapa yang suka bermain api akan selalu terbakar dirinya sendiri.
Ingat tak Ops lalang di Memali tahun 70an dulu.? UMNO serang guru2 agama di Kg memali lepas tu ops lalang tu sapu ketua2 pembangkang/ pemimpin rakyat. Maknanya rancangan nak tangkap pemimpin rakyat alasan mnghasut rakyat. Walhal hasutan tu bukan apa nak minta petani bangkit dr penindasan org tengah yg diketuai oleh YB Umngok ,tu jer. Mngkin modus operandi sama dgn Lahad Datu dimana chance utk UMNO tahan Anwar begitu jelas. Atas alasan yg UMNO cipta sendiri trhadap Anwar dlm isu tentera Sulu,mereka sinang2 mbah tangkap DSAnwar. Biasak ,mbah UMNO nih.
ReplyDeletedakwaan Anwar terlibat masih dalam siasatan, belum apa2 dah Anwar takut ke? klu bersalah mmg takut
ReplyDeletesiapa dalang utama harus dikenal pasti
ReplyDeleteParti pembangkang tetap mempotretkan insiden pencerobohan dan kejadian tembak-menembak di Lahad Datu hingga mengorbankan 8 orang anggota keselamatan negara sebagai satu sandiwara kerajaan sahaja.
ReplyDeletePenzahiran fikiran pembangkang mengenai kejadian ini sama dengan kejadian yang pernah berlaku suatu ketika dahulu iaitu pemberontakan kumpulan Al-Maunah pada 2 Julai 2000 Bukit Jenalek, Perak.
Ketika itu, sekumpulan anggota Al-Maunah yang berpakaian tentera melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan.
ReplyDeleteKumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan Bukit Jenalik di Sauk, Perak.
ReplyDeleteMenurut laman web mereka ketika itu, al Maunah merupakan singkatan kepada Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam”.
Pada subuh 2 Julai itu, Mohamed Amin bin Mohamed Razali telah mengetua 29 orang ahli kumpulan Al-Ma’unah termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia telah melancar operasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak.
ReplyDeleteMereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut.
ReplyDeleteAtas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf ‘Z’, anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero.
ReplyDeleteMereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.
ReplyDeleteKumpulan ini kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjata api tersebut telah menarik perhatian polis.
ReplyDeleteKumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.
ReplyDeleteSepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma’unah.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma’unah.
Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.
ReplyDeletePagi itu mereka berjaya memperdayakan anggota tentera yang berkawal di situ dan melarikan 148 senjata menggunakan tiga unit kenderaan pacuan empat roda jenama Pajero.
ReplyDeleteMalangnya dalam keadaan negara terkejut dengan insiden ini, Pas dengan selamba dan tanpa perasaan mendakwa ini merupakan sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk memburukkan gerakan Islam dan meraih sokongan politik.
ReplyDeletePKR vice-president Chua Tian Chang has been charged with sedition in a Sessions Court here for making statements linking the Government to the Lahad Datu shootings.
ReplyDeleteChua or better known as Tian Chua claimed trial to the charge before Sessions Court judge Mohamad Sekeri Mamat.
ReplyDeleteTian Chua, 50, arrived at about 10.40am to a packed courtroom yesterday.
ReplyDeleteHe was charged with making the statements claiming the shootings in Lahad Datu was a planned conspiracy by Umno to divert attention and frighten the people.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe also said it was a “drama” by the Government to scare the people and divert their attention in Sabah, particularly away from the RCI into the state’s immigrants issue.
Tian Chua, who is also Batu MP, was alleged to have committed the offence at Fraser Business Park here on March 1 at about 11am.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe charge under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 (Act 15) and punishable under Section 4(1) of the same act carries a fine of RM5,000 or three years’ jail or both for first-offenders and five years’ imprisonment for the subsequent offence.
ReplyDeleteTian Chua said from the dock: “This is a political allegation. I will answer this defamation to clear my name”.
ReplyDeleteDPP Yusaini Amir Abd Karim urged the court to impose bail at RM5,000.
ReplyDeleteCounsel N. Surendran said his client should be released on a personal bond without bail or surety.
Surendran said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had issued a statement on July 11 last year that the Sedition Act would be repealed.
ReplyDeleteHe added that he would file an application to the High Court to cancel the charge on grounds that it was an abuse of power and politically motivated.
ReplyDeleteJudge Mohamad Sekeri said the Sedition Act was still valid before granting bail at RM5,000 with one surety and fixed April 12 for mention.
ReplyDelete" Siasat juga hubungan Najib kerana telah bergambar dgn Sultan SULU "...!!
ReplyDeleteBukti ada dalam laman Facebook Sultan Kiram.... https://www.facebook.com/pages/Esmail-D-Kiram-ll/117934531594666?id=117934531594666&sk=photos_stream
Jangan buat2 lupa yer....!!!!
PRU 13, ASALKAN BUKAN UMNO....!!!
biasalah..Anwar je sasaran orng2 am NO ni...najib jumpa sultan sulu dn pemimpin pembangkang tempatan juga ada berjumpa pemimpin yg berkaitan namun Anwar juga yg jadi sasaran...kan tu afdal namanya..
ReplyDeleteIngat tak,mcm mana sejumlah senjata mampu di curi di kem askar wataniah dlm tragedi Sauk/ Al Ma'unah? Peg Bertugas pasukan pon nak masuk gedong senjata susah,inikan pulak org luar dtg dgn jip curi senjata,sinang2. Auta punya BN. Kini pencerobohn pulak di Lahad Datu,dah le 3 mnggu takde arahan utk askar tembak je penceroboh kedaulatan negara,tentera Sulu tu ada ic Malaysia dan kad UMNO lagi. Heboh suda iter ni ke Putrajaya..Najib ,mana kau nak sembunyi isu ni.
ReplyDelete**yassir arafat
Media asing yang mengaitkan Pembangkang di Msia, mungkin dapat sumber maklumat dari seteru politik iaitu penyokong Kerajaan sekarang. Jadi berita ini belum boleh dipercayai kerana mereka juga boleh sokong siapa yang mereke suka tidak semestinya Pembangkang. Kenyataan Saksi dalam RCI boleh dipercayai kerana keluar dari mulut yang punya badan sendiri dan yang buat kesalahan itu sendiri, walaupun sidang RCI belum selesai.
ReplyDeleteBiarlah pihak berkuasa membuat siasatan. Andaian yang negatif amat perlu dielakkan.
ReplyDeleteAnwar sering menjadi sasaran.
ReplyDeletepencerobohan ini berkait dengan PRU13?
ReplyDelete