Minggu lalu, saya diundang berbicara tentang politik oleh dua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Pada hari Selasa, saya di forum anjuran MPP Universiti Malaya (UM), bertajuk “Dimensi politik baru mahasiswa”, bersama Bukhairi Sufian, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Marwan Kahar, Presiden Karisma. Moderatornya Izham Ismail, Yang Dipertua MPPUM.
Keesokannya pula, saya di program bedah buku saya, Politik Baru, anjuran MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Moderatornya Yang Dipertua MPPUKM, Ahmad Shukran Shaharudin.
Kehadiran mahasiswa di kedua-dua program itu amat menggalakkan, iaitu hampir memenuhi tempat-tempat yang disediakan. Kedua-dua mahasiswa yang menjadi ahli panel di forum MPPUM itu telah mengutarakan penghujahan dengan begitu baik dan beretika.
Begitu juga kedua-dua moderatornya. Soalan-soalan hadirin di kedua-dua program pula banyak dan berkualiti.
Kedua-dua buah universiti ini antara universiti tertua negara dan terkenal dengan sejarah dan tradisi gerakan mahasiswanya. Justeru, perbincangan di kedua-dua program di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran akan pemikiran mahasiswa terhadap PRU tersebut.
PRU13 ialah PRU pertama yang berlangsung setelah kita meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa dalam politik.
Kini, mahasiswa bebas berpartisipasi dalam PRU13 dan tiada siapa boleh menggunakan Auku untuk menakut-nakutkan.
Pertama, mahasiswa boleh bertanding sebagai calon bebas, calon gerakan mahasiswa, calon gerakan masyarakat sivil dan calon parti politik.
Kedua, mahasiswa boleh menjadi pencadang, penyokong dan wakil calon bagi mana-mana calon yang bertanding, tidak kira calon itu mahasiswa ataupun tidak.
Ketiga, mahasiswa boleh berkempen. Mereka boleh melakukannya dengan turun padang, iaitu berceramah, bertugas di bilik gerakan, menjadi jentera di pusat daerah mengundi, menemui pengundi secara bersemuka dan sebagainya; atau berkempen melalui media, terutamanya media sosial.
Keempat, mahasiswa boleh menjadi pemerhati PRU13. Mereka boleh mendaftar dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), atau dengan Bersih dan badan-badan lain, atau secara gerakan mahasiswa sendiri.
Kelima, berperanan dalam media, iaitu sebagai penulis, wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menganalisis, melapor dan merakam perjalanan PRU13.
Keenam, sebagai penyelidik atau pembantu penyelidik yang membuat kajian tentang perkembangan, perjalanan dan keputusan PRU13.
Dan akhirnya, ialah sebagai pengundi. Umumnya, kebanyakan mahasiswa dianggarkan bersikap non-partisan. Mereka dianggap pengundi atas pagar. Saya menggunakan istilah “golongan pertengahan”.
Apabila dicampurkan dengan kumpulan-kumpulan lain, contohnya, mereka yang berpendidikan tinggi, pensyarah, guru, profesional, usahawan dan aktivis masyarakat sivil, maka, golongan pertengahan membentuk kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi.
Bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti kecil dalam PRU12, kali ini, undi golongan pertengahan amat menentukan.
Satu daripada kerusi itu ialah Parlimen Temerloh. Ia saya menangi pada PRU12 dengan majoriti 2,441 undi. Pada masa itu, jumlah mahasiswa yang mengundi di kerusi ini tidak dapat dipastikan. Untuk PRU13, dianggarkan terdapat lebih 1,200 pengundi mahasiswa. Jadi, bayangkanlah kuasa mahasiswa dalam PRU13.
Oleh SAIFUDDIN ABDULLAH (DD)
Tuesday, March 19, 2013
Kuasa mahasiswa dalam PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa pun yang pasti kita inginkan PRU13 ini akan dilaksanakan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteJika kita lihat sendiri sekarang ini pelbagai isu mula dipermainkan namun tidak pasti akan kebenaraannya lagi.
ReplyDeleteBahan pilihan raya umum yang sudah lama dirasakan dan semakin hangat, kerana dijangkakan PRU13 sudah hampir.
ReplyDeletetidak dapat mengelak daripada membicarakan tentang integriti calon yang bakal menjadi pemimpin.
ReplyDeletemahupun parti politik, dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
ReplyDeletePelbagai hujah politik sama ada daripada anggota parti Barisan Nasional, pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas bahkan parti kecil seperti Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sudah didengar dan kini rakyat diserahkan untuk membuat keputusan serta bijak membuat penilaian terhadap integriti individu dan parti terbabit.
ReplyDeleteBerbicara mengenai bidang politik, yang akan dikaitkan dengan urusan pemerintahan khususnya tadbir urus, maka integriti pastinya menjadi nilai yang mesti menjadi amalan untuk membina tamadun bangsa Malaysia yang sempurna dan utuh.
ReplyDeleteSemua orang tahu, integriti yang intipatinya berkisar mengenai kejujuran dan ketulusan, sangat penting dalam seluruh urusan kehidupan.
ReplyDeletePersoalannya, adakah integriti politik ini difahami dan diamalkan dengan begitu penuh kebertanggungjawaban oleh pendukungnya iaitu pemimpin politik dan organisasinya?
ReplyDeleteRakyat Malaysia umumnya tahu, memberi dan menerima rasuah itu salah, bukan sahaja dari sudut perundangan tetapi juga dari segi moral.
ReplyDeleteTanpa segan silu, demi mengekalkan kuasa, habuan dan cita-cita, rasuah terus berlaku.
ReplyDeletePresiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata IIM saban tahun mengadakan sesi perjumpaan dengan parti-parti politik di negara ini bagi menerangkan pentingnya mengamalkan integriti.
ReplyDeleteDari segi maklumbalasnya (parti politik) OK. Cuma kayu pengukurnya terletak di tangan pengundi untuk memilih calon yang (benar-benar) berintegriti, berwibawa, mempunyai kredibiliti dan mengamalkan nilai-nilai murni.
ReplyDeleteKuasa memilih di tangan pengundi, dan kalau sudah salah pilih, jangan salahkan orang lain pula. Ini mempamerkan sikap yang tiada integriti.
ReplyDeleteJelas sekali bahawa rakyat Malaysia, yang menjadi pemilih berdaftar, mestilah menggunakan kuasa membentuk pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat dari kalangan mereka yang berintegriti dengan akal fikiran dan bukannya dipengaruhi emosi.
ReplyDeletePemilih berdaftar sendiri mesti ada integriti. Ini kerana integriti adalah satu sifat jati diri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang merangkumi aspek keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.
ReplyDeleteJika begitu, bagaimana hendak membudayakan integriti di Malaysia? Beliau berkata pada masa ini, tahap pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat adalah baik tetapi ada sebahagian sasaran yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan lagi kerana jika tidak, ia akan mendatangkan masalah di masa hadapan.
ReplyDelete"Contohnya, institusi keluarga. Di Malaysia banyak kes melibatkan institusi keluarga yang berlaku dan kes seperti pembuangan bayi, khalwat dan jenayah tidak sepatutnya berlaku andainya ada pembudayaan integriti.
ReplyDelete"(Bagaimanapun) saya tak setuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat di negara ini semakin menurun.
Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, kita di tahap yang baik," katanya.
ReplyDeleteDari segi pembanterasan rasuah, Mohd Tap berkata Malaysia serius memeranginya apabila tangkapan demi tangkapan serta pendakwaan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dihebahkan kepada masyarakat.
"Ini bukan bermakna bahawa jumlah kes itu meningkat tetapi kini semakin ramai yang berani tampil memberi maklumat tentang perlakuan rasuah yang dijamin di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010," katanya.
ReplyDeleteBeliau juga memuji langkah SPRM yang giat menangkap dan mendakwa pihak yang memberi rasuah berbanding suatu ketika dahulu, hanya penerima sahaja yang didakwa di mahkamah.
Penurunan perlakuan rasuah di Malaysia adalah satu realiti yang seharusnya diterima baik banyak pihak. Dalam kalangan penjawat awam, misalnya, aduan dan tindakan disiplin kerana meminta dan menerima sogokan semakin berkurangan.
ReplyDeleteTindakan tatatertib dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012 sudah berkurangan. Penjawat awam sedang melakukan transformasi mengikut keadaan semasa dan lebih bertanggungjawab. Tidak banyak Cuepacs terima panggilan disebabkan tatatertib dan rasuah.
ReplyDeleteMelihat kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kedudukan negara bertambah baik sejak tiga tahun kebelakangan ini. Pada tahun lepas, Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-54 berbanding 2011 dengan kedudukan ke-60.
ReplyDeleteMalaysia memerlukan masa untuk memperbaiki kedudukan CPI. Bukan mudah untuk semua itu.
ReplyDeleteMemang kita hendak jadi seperti Singapura, tetapi kita mesti realistik. Kalau meningkat ia satu kejayaan dan kalau boleh kita hendak Malaysia menjadi 10 teratas dalam CPI.
ReplyDeleteKajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.
ReplyDeleteKajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.
ReplyDeleteDaripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.
ReplyDeleteWalaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.
ReplyDeleteKit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.
ReplyDeletePenemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.
ReplyDeleteSecara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.
ReplyDeleteApa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.
ReplyDeleteMemandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.
ReplyDeleteUntuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.
ReplyDeleteJelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.
ReplyDeleteSudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut.
ReplyDeleteTidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang. Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.
ReplyDeleteSOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Datuk Seri Najib Tun Razak, arkitek pelbagai program transformasi kerajaan dan konsep 1Malaysia, adalah pilihan rakyat Sabah untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, sambil mengulangi bahawa "tidak akan berlaku tsunami politik yang akan melanda Sabah dalam pilihan raya umum ke-13".
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Beliau berkata ini terbukti daripada sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan kehadiran sejumlah besar yang hadir bagi menyambut Najib semasa lawatannya ke Sabah baru-baru ini bagi menarik sokongan menjelang pilihan raya umum yang digelar "ibu segala pertempuran".
Salleh berkata ia adalah konsisten dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre baru-baru ini dengan meletakkan pemeringkatan populariti Najib pada tahap yang selesa iaitu lebih daripada 70 peratus.
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
"Dengan sentuhan ajaib konsep 1Malaysia oleh Najib dalam mentransformasikan negara untuk masa depan yang lebih baik, saya percaya pengundi akan memilih BN untuk terus memerintah Sabah dengan majoriti selesa dalam pilihan raya umum ke-13.
"Dengan menyatakan demikian, saya tidak fikir tsunami pilihan raya akan melanda Sabah," katanya dalam syarahannya bertajuk "Malaysian 2013 General Election: Will Polls Tsunami Hit Sabah?, di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, hari ini. Teks penuh syarahannya dikeluarkan kepada Bernama Sabah.
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Salleh berkata pilihan raya umum ke-13 adalah pilihan raya yang penting bagi BN kerana ia "dianggap satu ujian kepada populariti Najib memandangkan beliau memerlukan mandat yang kuat untuk terus memerintah Malaysia".
Bekas ketua menteri itu melahirkan keyakinan bahawa walaupun parti-parti komponen BN negeri -- PBS (Parti Bersatu Sabah), LDP (Parti Demokratik Liberal, UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) MCA dan Gerakan berkemungkinan berdepan cabaran sengit dengan pembangkang di sesetengah kawasan, BN akan memenangi pilihan raya negeri Sabah, dengan "UMNO dijangka mengekalkan kesemua 32 kerusi yang disandangnya".
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Menurut Salleh, seorang saintis politik yang terkenal, keyakinannya berdasarkan beberapa faktor termasuk kegagalan pembangkang di Sabah membentuk pakatan yang kuat dan ketiadaan seorang pemimpin Cina yang kuat dalam pembangkang.
Salleh mendapati bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga kekurangan pemimpin Kadazandusun yang berwibawa dan "tiada pemimpin Bumiputera-Islam berwibawa bagi menguatkan sokongan orang Islam dalam PKR".
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Selain Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP), terdapat dua parti pembangkang iaitu SAPP (Parti Maju Sabah) yang berpangkalan di Sabah dan Parti Reformasi Negeri Sabah yang berpangkalan di Sarawak (Star), dan buat masa ini, ia kelihatan Pakatan Rakyat dan SAPP atau Star akan berbalah antara satu sama lain daripada satu lawan satu ke atas parti gabungan yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya pada masa ini 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Sabah, daripada 25 kerusi Parlimen itu 20 daripadanya disandang BN dengan lima lagi oleh pembangkang.
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Salleh berkata daripada 25 kerusi Parlimen itu, 11 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, lapan kerusi Kadazandusun Murut (KDM), masing-masing dua Cina dan empat kerusi bercampur manakala daripada 60 kerusi DUN itu, 31 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, 17 majoriti KDM, lapan majoriti Cina dan empat kerusi bercampur.
Semasa pilihan raya umum 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih dengan memenangi 59 daripada 60 DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimanapun, SAPP meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008.
SOKONGLAH UMNO DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin, yang amat dinanti-nantikan itu, yang diterima baik pemimpin politik dan orang ramai di Sabah, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah di landasan yang betul yang melambangkan betapa seriusnya kerajaan Persekutuan menangani masalah yang tidak berkesudahan itu.
Sambil melahirkan rasa optimis berhubung peluang BN pada pilihan raya umum, Salleh berkata pembangkang di Sabah nampaknya akan menjadi "organisasi dengan struktur yang lemah" seperti yang dibuktikan daripada kegagalan mereka membentuk satu pasukan yang bersatu padu untuk mengalahkan jentera gergasi BN.
SOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
“Agenda Semenanjung” menentang “Agenda Borneo” telah menambah permusuhan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Borneo Bersatu (UBF)," katanya.
Salleh menegaskan bahawa sokongan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) dengan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berkarisma kekal utuh dengan begitu ramai orang menjauhi pengerusi Star cawangan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang melaung-laungkan perjuangan “Sabah untuk Rakyat Sabah”.
SOKONGLAH BN DALAM PRU INI!
ReplyDeleteRAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK
"Sikap perpaduan yang ditunjukkan Pairin, Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Bernard Dompok (UPKO) baru-baru ini adalah simbol isyarat bahawa semua pemimpin Kadazandusun bersedia untuk mengetepikan perbezaan masing-masing bagi memastikan kemenangan besar buat BN," katanya sambil menambah bahawa pembangkang gagal untuk menunjukkan bahawa ia adalah sebuah parti alternatif kepada BN di Sabah.
Memang pun, mahasiswa memang superb bah.
ReplyDeleteMahasiswa negara ini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan fitnah pihak tertentu kononnya kerajaan menganaktirikan golongan belia di negara ini.
ReplyDeleteMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kenyataan tersebut terbukti tidak benar kerana kerajaan telah mewujudkan pelbagai produk dan inisiatif kepada golongan belia termasuk mahasiswa.
ReplyDeleteNong Chik berkata kerajaan sedia ada yang telah mentadbir negara selama 50 tahun sentiasa berpendirian realistik serta berbelanja mengikut kemampuan dalam menentukan segala bentuk bantuan dan inisiatif kepada rakyat.
ReplyDeletemahasiswa harus berhati-hati dengan 'janji-janji' pihak tertentu kepada mereka kerana kebanyakan janji mereka hanyalah sekadar janji yang tidak mampu mereka tunaikan
ReplyDeleteGolongan belia hari ini menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan, sama ada dalam bidang pelajaran atau perniagaan sekali gus menunjukkan kerajaan memahami kehendak dan keperluan mereka.
ReplyDeleteAnggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi golongan bujang, Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) dan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk golongan muda merupakan bantuan yang tidak pernah diberikan sebelum ini apatah lagi oleh pemimpin pembangkang.
ReplyDeleteShaziman berkata apa yang dilakukan oleh pembangkang sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan golongan muda walaupun mereka tidak mampu mengotakan janji membantu golongan itu.
ReplyDeleteShaziman yang juga Menteri Kerja Raya berkata pelbagai janji dan pujuk rayu sering dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan muda sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteBeliau berkata keberanian dan kebijaksanaan Najib memimpin negara hari ini seharusnya dijulang sebagai “hero negara” terutamanya oleh golongan muda.
ReplyDeletekini lebih ramai mahasiswa akan bertanding sebagai calon bebas, calon gerakan mahasiswa, calon gerakan masyarakat sivil dan calon parti politik..
ReplyDeleteya, tidak kira calon itu mahasiswa ataupun tidak, mereka boleh menjadi pencadang, penyokong dan wakil calon bagi mana-mana calon yang bertanding
ReplyDeleteseringkali kita melihat mahasiswa berkempen dan juga turun padang atau berkempen melalui media, terutamanya media sosial.
ReplyDeleteselain itu,memang ada mahasiswa yang lebih suka menjadi pemerhati di setiap PRU.
ReplyDeleteada juga mahasiswa yang mahir dan berperanan dalam media, iaitu sebagai penulis, wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menganalisis, melapor dan merakam perjalanan PRU13.
ReplyDeleteAllocation of seats and finalising candidates' lists were likely some of the items discussed with Datuk Seri Najib Razak, who is also BN chairman.
ReplyDeleteIt is learnt that Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor were also present.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe first to turn up was Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, who arrived at 12.40pm. He spent about an hour in the Perdana Putra building.
Later, Perak MB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir was spotted passing through the security post of the PM's office.
ReplyDeleteHe also spent about an hour inside.
As at 7pm, several leaders, including Terengganu MB Datuk Seri Ahmad Said, Perlis MB Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Selangor BN deputy chairman Datuk Seri Noh Omar, Kedah Umno liaison committee deputy chairman Datuk Mukhriz Mahathir, Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and People's Progressive Party president Datuk Seri M. Kayveas were still inside the PM's office.
ReplyDeleteOther leaders believed to have met Najib were Sabah CM Datuk Seri Musa Aman, Pahang MB Datuk Seri Adnan Yaakob, Kelantan BN chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed, Negri Sembilan MB Datuk Seri Mohamad Hasan and Kedah Umno liaison committee chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
ReplyDeletemahasisiwa jg memainkan peranan dalam PRU
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon dan tempoh penarikan balik pencalonan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
ReplyDeleteTimbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemansuhan itu sekali gus dapat menjimatkan masa proses penamaan calon di seluruh negara yang dijangka selesai selewat-lewatnya jam 11 pagi.
ReplyDeleteMenurutnya, SPR akan mengemas kini data semua senarai calon yang bertanding di dalam laman portal PRU13 dari masa ke semasa sebaik saja menerima senarai penamaan calon daripada pengurus pilihan raya setiap kawasan.
ReplyDelete“Sudah tidak ada lagi penyokong yang tunggu di luar pusat penamaan calon sehingga jam 12 tengah hari kerana peruntukan undang-undang itu telah dimansuhkan kerana mulai PRU13 sudah tak ada lagi bantahan,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media selepas mengadakan Sesi Pertemuan bersama Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin dan Lawatan ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Rompin.
ReplyDeleteFormer Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today Barisan Nasional (BN) would do well in the 13th General Election despite the coalition being seen as not as strong as it should be.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe BN was recovering from the political “tsunami” of the 2008 General Election, he said, and added that it was not easy to make a comeback after losing many seats and states in the last general election.
ReplyDelete“For the first time, BN is not seen as strong as it should be. BN will still do well (in the 13th General Election) but the question is how many seats it will win,” he told reporters after the “Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir” (An Evening with Tun Dr Mahathir) at the convocation hall of the Al-Bukhary International University, here today.
ReplyDeleteHe said the 13th General Election was a very important election because the opposition was making a strong effort to unseat the BN government.
ReplyDelete“The opposition have come together so that they can challenge the BN ... but they come together not as a coalition, it’s just “pakatan” (pact). They don’t even have one single symbol nor do they have a proper agenda. I think the people will be able to make a good choice,” he said.
ReplyDeleteEarlier, in his talk, Dr Mahathir said the people should count their blessings and not fall prey to the intimidation of certain quarters to change the current government in the next general election.
ReplyDeleteHe said the people should not want to change a government when they were receiving various benefits.
ReplyDelete“We like to find fault. Some people do not appreciate what they receive. They allege that the government is cruel, that it oppresses the people and does not provide freedom, when we receive all kinds of benefits.
“They have no valid reason to change the government. They seek to do so just because of hatred. One must ponder carefully, give preference to those who serve, not those who cannot be accepted at all,” he said.
ReplyDelete
ReplyDeleteReferring to Kedah, he said the present PAS-led administration was inefficient.
“Much of the development has been undertaken by the federal government. One has to decide who can (bring development) and who cannot. There must be a credible government; otherwise, we will suffer. Do not vote with anger,” he said.
ReplyDelete
ReplyDeleteAt the news conference, Dr Mahathir was asked about the intention of the Philippine government to revive its claim to Sabah.
He said it was the right of the Philippines to do so but taking up the matter with the International Court of Justice (ICJ) required the agreement of both parties.
ReplyDelete“They can bring it to the court only if we agree to do so. They can appeal to the United Nations but whether the UN wants to support it is another matter altogether.
ReplyDelete“There is also no law to coerce us to abide by any decision of the UN which favours the Philippines if the appeal comes from only one party,” he said.
ReplyDelete