Tuesday, March 19, 2013

Anwar : Kit Siang tanding Gelang Patah

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah.

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.

NONEIa merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

Anwar (kanan) dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.
"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.
Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng. -MK

65 comments:
Write comments
  1. Di saat ini, pimpinan pakatan pembangkang sedang ‘pecah kepala’ memikirkan pelbagai cara dan kaedah terbaik bagi memastikan rakyat dapat ditipu lagi dengan janji manis di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang telah di bentangkan ketika konvensyen baru-baru ini.

    ReplyDelete
  2. Ini kerana kegagalan mereka dalam memastikan rakyat terpedaya dengan tawaran ‘manifesto bukan janji’ itu bakal menyebabkan percubaan mereka merampas Putrajaya gagal di realisasikan.

    ReplyDelete
  3. Namun di masa yang sama, mereka masih merasa gentar apabila melihat kehadiran yang hadir ke konvensyen tersebut tidak seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
  4. Ia secara jelas memberikan mesej bahawa perjuangan dan ideologi pakatan pembangkang belum diterima masyarakat secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  5. Konvensyen yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini, dikatakan hanya dihadiri sekitar 1000 – 1200 orang sahaja.

    ReplyDelete
  6. Berbanding laporan yang dikeluarkan oleh portal rasmi DAP, The Rocket yang mengatakan ia di hadiri oleh hampir 3000 orang.

    ReplyDelete
  7. Dan sudah menjadi resam, buat portal dan media pembangkang untuk ‘bermain’ dengan angka kehadiran setiap kali program pembangkang diadakan

    ReplyDelete
  8. a bertujuan bagi menunjukkan kononnya setiap kali pembangkang mengadakan program ia mendapat sambutan yang hebat dari rakyat, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. Lebih menarik perhatian, bila portal pembangkang Malaysiakini langsung tidak melaporkan jumlah kehadirin pada program tersebut dan hanya memfokuskan kepada ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang yang dilancarkan sejurus selepas konvensyen tersebut diadakan.

    ReplyDelete
  10. Sekiranya benar, pendekatan dan ideologi pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati sebilangan besar pengundi dan masyarakat di negara ini, masakan program yang begitu penting ini gagal menarik kehadiran puluhan ribu orang.

    ReplyDelete
  11. Ia mungkin juga antara sebab mengapa pakatan pembangkang enggan mengumumkan calon perdana menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan persekutuan kelak.

    ReplyDelete
  12. Ia bagi mengelakkan kemarahan pengikut dan penyokong mereka khususnya dari Pas terus menolak Anwar sekaligus memberikan undi sabotaj kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Seperti kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang di Malaysia, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah menggunakan pendekatan U-Turn dalam ‘menyerang’ BN apabila mendakwa Kerajaan BN telah meniru manifesto Pakatan Pembangkang menerusi model “Negara Berkebajikan”.

    ReplyDelete
  14. Semua ini adalah penipu dan cuba untuk memutar belitkan cerita untuk mengelirukan rakyat bagi menutup kelemahan mereka.

    ReplyDelete
  15. Ini semua disengajakan memandangkan ramai rakyat kini mula percaya bahawa Manifesto Pakatan Pembangkang tidak boleh dipercayai dan wajar ditolak kerana janji tidak ditepati.

    ReplyDelete
  16. Manifesto pilihan raya BN sejak sekian lama adalah satu manifestasi akujanji kesungguhan kerajaan BN untuk membangun negara secara realistik.

    ReplyDelete
  17. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang hanya mahu menipu rakyat dengan mengemukakan Manifesto yang tidak masuk akal hingga mampu menyebabkan negara bankrup dan muflis.

    ReplyDelete
  18. Boleh dikatakan Pakatan Pembangkang kini hanya mahukan kuasa dan bukannya menjaga kebajikan biarpun terpaksa berlakon untuk mendapatkan sokongan dan undi daripada rakyat.

    ReplyDelete
  19. Tambahan lagi Anwar tidak menunaikan janji manifesto 2008 di Selangor dan beberapa negeri lagi menyebabkan kemungkin besar ini membuka minda rakyat dengan penipuan yang dibuat.

    ReplyDelete
  20. Ini membuktikan yang mana PR cuma menjerat undi untuk menyokong mereka tapi tidak mampu memberikan apa yang mereka janjikan.

    ReplyDelete
  21. Perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang memperlihatkan mereka sebenarnya tidak sepakat dan hanya mementingkan agenda politik masing-masing, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    ReplyDelete
  22. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata masalah tersebut berlaku di seluruh negara.

    ReplyDelete
  23. “Dari dulu lagi saya sudah tahu pakatan antara mereka hanyalah untuk menjadikan Umno sebagai sasaran, sedangkan masing-masing mempunyai perjuangan sendiri, ideologi tersendiri dan tidak mungkin akan dapat bersatu sebagai sebuah pakatan yang kuat seperti Barisan Nasional,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Masalah pembahagian kerusi yang berlaku di Pulau Pinang seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa parti itu masih belum boleh duduk semeja dalam menentukan hala tuju mereka bagai menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti S

    ReplyDelete
  25. “Bukan sahaja di Pulau Pinang, malah beberapa negeri lain turut mengalamai masalah serupa seperti di Johor, Sabah dan Perak, masing-masing cuba mendapatkan jumlah kerusi melebihi pilihan raya lalu, alasannya mempunyai ramai pengundi yang menyokong mereka dan yakin boleh menang berbanding parti lain.

    ReplyDelete
  26. “Seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, DAP ingin jumlah kerusi yang lebih kerana yakin dapat mempertahankan Pulau Pinang tanpa bantuan daripada parti lain dan sudah tentu kawasan pengundi bukan Melayu menjadi hak milik DAP.

    ReplyDelete
  27. “Kini mereka tumpukan perhatian kawasan pengundi Melayu dengan menganggap pengundi kaum lain sebegai penentu, di sini mereka berhasrat untuk meletakkan calon Melayu untuk menunjukkan bahawa DAP parti berbilang kaum,” katanya

    ReplyDelete
  28. Zabariah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar dalam laporan media yang menyatakan masih terdapat permasalahan dalam menentukan jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan oleh pekatan pembangkang

    ReplyDelete
  29. Menurutnya, selain Pulau Pinang, Perak juga turut menjadi tumpuan kepada DAP sebab itu mereka ingin meletakkan calon Melayu bertanding dengan harapan wakil mereka boleh menjadi Menteri Besar bagi mengelak kejadian yang berlaku pada 2008 yang terpaksa menyerahkan kepada Pas walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang banyak daripada parti lain

    ReplyDelete
  30. “Kemelut pembahagian kerusi ini bukan sahaja berlaku di peringkat DUN begitu juga dengan isu kerusi parlimen, masalah yang sama untuk menentukan siapakah yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  31. “Selain beberapa isu panas yang melanda pembangkang, malah pembahagian kerusi juga telah membantutkan hasrat mereka untuk menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan sebelum ini,” katanya.

    ReplyDelete
  32. PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA. tak syok kalu ada pemimpin mcm ni. nant kang, terrorist ble2 je msuk.

    Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.

    ReplyDelete
  33. PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA. tak syok kalu ada pemimpin mcm ni. nant kang, terrorist ble2 je msuk.

    Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).

    ReplyDelete
  34. PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA. tak syok kalu ada pemimpin mcm ni. nant kang, terrorist ble2 je msuk.

    Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

    ReplyDelete
  35. PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA. tak syok kalu ada pemimpin mcm ni. nant kang, terrorist ble2 je msuk.

    Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka semua kena tangkap dan dikesan.

    ReplyDelete
  36. PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA. tak syok kalu ada pemimpin mcm ni. nant kang, terrorist ble2 je msuk.

    ahli-ahli politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili “SUARA” rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  37. PEMBANGKANG SEDANG DIPERGUNAKAN

    Ahli perniagaan (mereka yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain.

    ReplyDelete
  38. PEMBANGKANG SEDANG DIPERGUNAKAN

    Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk sistem NCO bagi pihak tentera?

    Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara terbuka kerana ia berkait rapat dengan kerahsiaan ATM.Atau Nurul Izzah telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa beliau sedar.

    ReplyDelete
  39. PEMBANGKANG SEDANG DIPERGUNAKAN

    Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak keselamatan tidak akan didedah.jika projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak luar yang berminat

    ReplyDelete
  40. PEMBANGKANG SEDANG DIPERGUNAKAN

    Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.

    ReplyDelete
  41. Sebenarnya tiada isu yg mengatakan PKR mengalah. Ini yang dinamakan muafakat . Gelang patah memang asalnya secara tradisi di tanding oleh DAP cuma pada tahun 1995 di serahkan kepada PSRM untuk di tandingi oleh Arwah peguam Razak Ahmad. DAP bertanding semula pada 1999 dan di serah kembali pada PKR utk 2 penggal pada 2004 dan 2008. Terdapat perjanjian mulut antara pemimpin DAP dan PKR yang lepas bahawa kerusi ini akan diserahkan pada DAP pada PRU kali ini. Cuma dengan kedatangan Chua Jui Meng membuatkan sedikit pergolakan di sini bila dia seakan berminat di kerusi ini. Tapi alhamdulillah pergeseran ini telah berakhir. Kami pengundi Gelang Patah bersedia menerima siapa pun yang bertanding. Parlimen yang menjadi tumpuan. PArlimen yang diwakili LKS, Dun Nusajaya di wakili YB Salahudin dan DUN Skudai di wakili Dr. Boo. Beruntung kami org gelang patah dan Johor. Kami petugas2 parti pakatan dah lama bersiap sedia untuk menumbangkan BN dan merampas kerusi parlimen dan DUN Nusajaya dari wakil MCA dan Umno dan mengekalkan DUN Skudai. TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  42. YA MEMANG TEPAT DAN PADAT PERSOLANAN INI...AKU AMAT SETUJU DENGAN TINDAKAN PKR LETAKAN LING KIT SIANG DISINI...AKU SOKONG PENUH AGAR BN TERUS BERKUBUR DAN MENERIMA PADAH DI JOHOR. INI LAH MASA NYA KITA SEMUA AJAR BN SEPERTIMANA AJARAN AIR SETAKAT HIDUNG PADA 2008....HIDUP PKR.

    ReplyDelete
  43. Kit Siang menang ka?

    ReplyDelete
  44. Tian Chua is going to stir them up. LOL .

    ReplyDelete
  45. Let us see what will happen in the next few months.

    ReplyDelete
  46. Cakap cakap saja ni.

    ReplyDelete
  47. Dia tanding atas apa konon?

    ReplyDelete
  48. Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat meneruskan sokongan dan memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus meneraju negara pada masa depan demi kesinambungan pembangunan.

    ReplyDelete
  49. Perdana Menteri berkata, kesinambungan pentadbiran BN amat penting untuk memastikan kestabilan politik tanah air, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  50. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa 'kilang' Pakatan Rakyat (PR) bekerja 25 jam sehari untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  51. pembangkang membuka 'kilang' mereka setiap hari untuk melemparkan fitnah dan mengaitkan setiap kejadian buruk yang berlaku berpunca daripada BN.

    ReplyDelete
  52. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, rakyat tidak boleh percaya dengan manifesto PR yang tidak praktikal.

    ReplyDelete

  53. Sabah might end up having to import seafood some 50 years from now, if nothing is done to check the decline of marine biodiversity.

    ReplyDelete
  54. Issuing the terse warning was Prof. Dr Saleem Mustafa, Director of Borneo Marine Research Institute of Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    ReplyDelete
  55. He warned this while speaking to reporters at the launching of the ‘Annual International Seminar on Marine Science & Aquaculture: Ocean Health & Our Future’ by Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Yahya Hussin on Tuesday, stressing that over the last 200 years marine health has been declining.

    ReplyDelete
  56. “We expect that if seafood supply decline does not stop, we will have serious problem with food security. In about 50 years from now, most of the seafood will be history and if biodiversity continues to decline at rate which is taking place now, we will have serious problem,” he said.

    ReplyDelete
  57. According to Dr Saleem, fish that is served on the dining table are also a part of the world’s eco-system and depleting stock will take a toll on the eco-system.

    ReplyDelete
  58. The sight of menteris besar and chief ministers of Barisan Nasional-run states, including component party leaders, heading into Perdana Putra here from noon until 8pm yesterday, has fuelled speculation that they were meeting the prime minister on matters related to the 13th general election.

    ReplyDelete
  59. tgklah dia akan dt sokongan atau tidak

    ReplyDelete
  60. Datuk Nur Jazlan Mohamed hanya menggeleng kepala tanpa mampu mengulas secara spontan apabila dimaklumkan bahawa pembangkang terutama DAP bercita-cita besar menawan 15 daripada 26 kerusi parlimen di Johor pada pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Berfikir sejenak, anggota Parlimen Pulai itu berkata DAP silap besar jika gagal memahami sikap unik masyarakat Cina di Johor yang berdiri teguh memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  63. "Daripada satu kerusi (2008) kepada 15 kerusi parlimen? Saya tidak tahu dari mana mereka dapat benda ini (jangkaan kemenangan besar). Ia tidak realistik," kata Nur Jazlan, 47.

    ReplyDelete
  64. Terbaharu, penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, dan seterusnya mengepalai jentera pakatan pembangkang di Johor.

    ReplyDelete
  65. Keyakinan Nur Jazlan berasas. Ketika BN tidak begitu cemerlang di negeri lain pada tahun 2008, BN cuma tewas kerusi parlimen di Bakri kepada calon DAP tetapi terus menjadi kubu kuat BN, menguasai 50 kerusi dewan undangan negeri (DUN) berbanding DAP (4) dan PAS (2).

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.