Tentera dan polis perlu lebih berwaspada di perairan dan persisiran pantai negara berikutan pencerobohan pengikut-pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan militan Barisan Pembebasan BangsaMoro (MNLF) memasuki Sabah.
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata insiden itu adalah suatu amaran bahawa bukan semua orang dari selatan Filipina yang memasuki timur Sabah berniat murni.
Ketika menyampaikan wacana bertajuk ‘Insiden Lahad Datu’ anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4 Mac lalu, Zaini berkata walaupun Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan Sultan Sulu terhadap negeri Sabah, negara mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau menganggap tuntutan ke atas Sabah sebagaimana dibuatnya kini amat lemah dilihat dari faktor sejarah dan undang-undang.
Tuntutan oleh Sultan Sulu itu adalah berdasarkan pemilikan tanah di Sabah bukannya mengenai kedaulatan negeri itu.
Kedaulatan, katanya, adalah kuasa yang kekal dan mutlak negeri - dan bukan individu - bagi ketaatan kepada pemerintah dalam wilayahnya. Kuasa ini dijadikan hakikat melalui perlembagaan dan undang-undang negeri. Apabila diperlukan polis negeri dan tentera boleh dipanggil untuk menyokong penguatkuasaan kedaulatan itu.
Beliau berkata hak pemilikan, terutamanya ke atas tanah dan sumber, dikawal dan diselia oleh kerajaan dan bukan oleh mana-mana individu atau tokoh. Maka jelas tuntutan sultan itu tertakluk kepada kuasa berdaulat Malaysia dan undang-undang negara. Penyusupan masuk pengikutnya ke Sabah baru-baru ini melanggar undang-undang imigresen Malaysia dan lain-lain peraturan. Dengan itu mereka harus di pertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap tindakan pencerobohan mereka.
Apatah lagi, kedudukan Sultan Jamalul Kiram III sendiri dipertikaikan di kalangan ahli keluarga besarnya, kerana terdapat sekurang-kurangnya lapan orang lagi saudaranya yang turut menuntut takhta Sulu di Filipina.
Zaini berkata terdapat fakta-fakta tertentu yang ramai rakyat Malaysia baru sedar apabila mendapat maklumat dari media asing ketika serangan bersenjata di Sabah baru-baru ini menarik perhatian antarabangsa.
Pertamanya, Malaysia membuat pembayaran kecil tahunan atau “pajak” kepada waris Sultan Sulu selaras dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Syarikat British North Borneo, disamping menolak sebarang tuntutan Filipina terhadap wilayah di Sabah.
Malaysia menganggap bayaran itu adalah bagi kesultanan untuk menggugurkan tuntutan ke atas pemilikan wilayah itu. Pembayaran dibahagikan antara sembilan anggota keluarga yang menuntut kesultanan Sulu. Walaupun pembayaran pajak itu dianggap sebagai bukti pemilikan, kerana pajakan dibayar “selagi ada bulan dan bintang di langit”, pihak sultan, sebagai pemberi pajak, tidak boleh menggunakan alasan itu untuk menceroboh masuk secara keganasan.
Dalam pada itu adiknya yang juga pemimpin militan bersenjata di Lahad Datu itu, Agbimuddin Kiram adalah seorang pesara kakitangan kerajaan negeri Sabah yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kudat. Agbimuddin hanya boleh menjadi kakitangan kerajaan jika beliau warganegara Malaysia.
Lebih mengejutkan lagi, ada di kalangan penceroboh bersenjata itu sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia melalui MyKad biru atau status pemastautin tetap di Lahad Datu dan Semporna. Apabila mereka mendarat di daerah Tawau dan memasuki perkampungan di Lahad Datu, mereka sebenarnya bertemu sanak saudara atau pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berkata pencerobohan itu menjadi satu pengajaran kepada negara. Yang paling utama ialah pertahanan pesisiran pantai perlu ditingkatkan dan risikan diperbaiki lagi supaya lebih mantab.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah isu pendatang tanpa izin. Terdapat beribu-ribu orang dari selatan Filipina yang kini tinggal di Sabah.
Serangan oleh militan Filipina ke Sabah menunjukkan bahawa Malaysia perlu berhati-hati terhadap pendatang haram yang telah diberikan kewarganegaraan, walaupun ada Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan yang mereka diberi MyKad supaya boleh mengundi.
Maka tidak hairan kenapa rakyat tulen Sabah marah terhadap pihak berkuasa kerana agenda tertentu yang menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan negeri sekarang.
Zaini Othman mendapat ijazah Sarjana muda Sains Politik di UKM pada tahun 1991 dan sarjana Sains Politik dari University of Manchester pada tahun 1995. Beliau berkhidmat di UMS sejak tahun 2004 dan pernah menyandang jawatan Ketua Program Hubungan Antarabangsa di Sekolah Sains Sosial. Beliau kini sedang menunggu mempertahankan tesis Doktor Falsafahnya.
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin (DD)
Thursday, March 14, 2013
Ada penceroboh dapat Mykad biru?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya sangat setuju, Kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius mengenai masalah PTI di Sabah. sudah dikira parah ni..tapi terus berdiam, atau buat tindakan dengan ala kadar saja...akibatnya PARAH!!
ReplyDeleteyg dikatakan penceroboh itu sudah sedia berada di sabah sbg warganegara palsu yg diberikan oleh rejim tembirang UMNgOk!!!
ReplyDeletesemuanya berpunca dari projek ic.gantung saja siapa yang terlibat dalam projek ic tu.
ReplyDeletePatut le Najib lambat sgt suroh ATM atau polis gempur tempat lokasi mndaratnya para penceroboh tu...suku sakat Umngok rupenya.
ReplyDeleteINI LAH KESAN DARI PEMBERIAN IC PROJEK OLEH UMNO YNG BERCITA-CITA TINGGI UNTUK MENAWAN SABAH DARI PARTI POLITIK TEMPATAN SABAH SEHINGGA IC DIBERIKAN KEPADA YANG TIDAK LAYAK SEMATA MATA UNTUK MENANG DALAM PILIHAN RAYA...... INI KALILAH ORANG SABAH BANGKIT KITA TUKAR
ReplyDeleteENCIK AZROY NAPA TAK KOMEN TENTANG PEMBERIAN KAD PENGENALAN PADA PATI.YANG BANYAK MEROSAKKAN DAN YANG MENDATANGKAN SUASANA YANG TAK AMAN KEPADA KITA
ReplyDeleteBeberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan dakwaan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.
ReplyDeleteMereka berkata kenyataan Tian Chua (kiri) itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.
ReplyDeleteBekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.
ReplyDeleteAntara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
ReplyDeleteJusteru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteBekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
ReplyDeleteMenurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
ReplyDelete"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
ReplyDelete"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.
ReplyDeleteMengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi.
Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan 'lorong-lorong tikus' yang memudahkan laluan mereka.
ReplyDeleteMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
pada masa ini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak baki musuh yang masih bersembunyi di situ serta mayat musuh yang belum ditemui.
ReplyDeletepihak polis juga sedang berusaha mengeluarkan mayat-mayat musuh yang terbunuh di Kampung Tanjung Batu.
ReplyDeleteKemungkinan besar terdapat 10 lagi mayat yang belum dikeluarkan di Tanjung Batu dan fokus kita kini di Sungai Bilis sahaja.
ReplyDeletejumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang
ReplyDeleteMengulas mengenai mayat-mayat yang dikeluarkan, Hamza berkata, pihak kerajaan akan menghubungi Filipina sama ada mereka akan mengambil mayat tersebut atau tidak.
ReplyDeleteVeteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
ReplyDeleteSetiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.
ReplyDeleteVeteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka. Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.
ReplyDeleteVeteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan,"
ReplyDeletePERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDelete“Pegawai perisikan berkata salah seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. “Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa memberi sokongan kepada Kiram untuk menuntut negeri Sabah,”lapornya.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteLaporan itu turut disokong news.abnxcess.com yang melaporkan seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah bertemu dengan Sultan Sulu akhir tahun lepas untuk memberi sokongan Pembangkang kepada tuntutan Kiram terhadap Sabah.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeletePada 15 Februari 2013, blog Mymassa membuat pendedahan tentang wujudnya ‘satu rundingan’ di antara Anwar dengan Nur Misuari kira-kira empat bulan lepas (sekitar November 2012).
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDelete“Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF (berdamai), kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim,” lapor blog itu yang memetik artikel dari blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa.”
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteTian Chua, Naib Presiden PKR juga turut dihantar Anwar menemui Nur Misuari, dedah blog itu dalam artikel bertajuk “TOP SECRET! Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?”
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDelete“Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDelete“Anwar telah menghantar beberapa utusan kepada Nur Misuari dan wakil Sultan Sulu di Sabah dan Anwar berjanji akan memberikan beberapa perkara kepada mereka sekiranya dia berkuasa. Putera Raja Kiram dari Kesultanan Sulu ada di Sabah. Beberapa individu Sulu di Sabah dan di Kesultanan Sulu telah mengambil kesempatan atas Tawaran Anwar kepada mereka,” dedah blog itu lagi dalam artikelnya, bertajuk “bertajuk “Rundingan Anwar-Nur Misuari terbongkar.”
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteBlog mediapermatangpauh memberikan bukti-bukti foto yang menunjukkan perkaitan itu. “Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF (pimpinan Misuari) bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteterfikirkah kita akan hakikat perkaitan Anwar Ibrahim dalam agenda ini? Dia dikatakan terbabit bertemu dengan puak yang menyokong Jamalul Kiram III dan secara tidak langsung dilihat cuba membantu pihak ini untuk menggulingkan Ismail Kiram II.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteKeterpaksaan Anwar dalam hal ini terlihat jelas setelah dia nampaknya terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di Sabah dari kaum Bajau Suluk. Ini berlaku sejurus selepas dia dikritik hebat oleh segenap masyarakat Kadazandusun-Murud kerana penabalan dirinya sewenangnya akan gelaran tertinggi kaum tersebut, Huguan Siou tanpa adab.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteDia dilihat terlalu bodoh kerana tidak mengerti budaya mereka, asal langgar ikut suka dan kemaruk kuasa yang kronik. Oleh kerana kaum Kadazandusun Murud merupakan 19% dari penduduk Sabah, pemimpin kemaruk ini cuma mencari jalan untuk menguasai kaum Suluk yang berjumlah 20% sedangkan kaum Suluk sendiri mempunyai wakil kuat dalam kerajaan seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shapie Apdal dan secara institusi beraja tidak rasmi iaitu Sultan Ismail Kiram II.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteAnwar jelas dilihat mahu 'menabal' Kiram III dan menggulingkan Kiram II untuk menjadikan Kiram III sebagai pemimpin pro-Anwar di kalangan masyarakat Sulu di Sabah.
APA MOTIF ANWAR NYANYI LAGU "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF ANWAR MAHU ANJURKAN ARAB SPRING DI MALAYSIA? DAN BAGAIMANA MEDIA ASING BOLEH KAITKAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU?
ReplyDeleteKiram III juga dilaporkan akrab dengan Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina yang kini dihukum penjara kerana rasuah. Siapa tidak tahu pula hubungan Estrada dan Anwar? Sila flashback sendiri.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteSiapa kata Anwar tidak boleh diragui memainkan peranan mula dalam hal ini apabila kerajaan Filipina sendiri mendakwa macai bersenjata Jamalul Kiram III ini masuk setelah dijemput oleh pemimpin pembangkang Malaysia?
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteDan kini macai-macai Anwar , Bapa Pengkhianat Negara di dalam negara ini menuduh ini konspirasi UMNO sehingga dikecam hebat di laman sosial sehingga memungkinkan mereka kalah dalam pilihanraya yang semakin hampir. Adakah tindakan bodoh mereka oleh tangan sediri dengan menjerut leher sendiri itu salah UMNO? Maka merekalah kelompok paling bodoh dalam negara ini.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteKejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteSemasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.
PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU MEMBUATKAN MEDIA2 PRO PEMBANGKANG MENCARI JALAN UNTUK MENYELAMATKAN DAN MENGHALALKAN KERJA JIJIK ANWAR..
ReplyDeleteOrang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada.
APA MOTIF ANWAR NYANYI LAGU "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF ANWAR MAHU ANJURKAN ARAB SPRING DI MALAYSIA? DAN BAGAIMANA MEDIA ASING BOLEH KAITKAN ANWAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI L/DATU?
ReplyDeleteKedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.
Tuntutan yang menyebabkan kematian adalah tindakan yang amat keji dan tidak berkemanusiaan.
ReplyDeleteAda juag berkata pencerobohan ini berkait rapat dengan Anwar. Buatlah siasatan jika benar ada unsur berkenaan.
ReplyDeletePenceroboh ini harus dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDeletePeperangan yang menyebabkan lebih banyak kematian adalah tidak diperlukan.
ReplyDeleteSejarah Sulu harus dikaji juga walaupun tuntutan ini tidak berpatutan.
ReplyDeleteSiasat semua pendatang yang mendapat IC.
ReplyDeleteSesiapa saja yang sanggup menyerah Sabah kepada pembangkang harus di hukum.
ReplyDelete