PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati. Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada Ketua kampung, Ramlee Saraman (gambar sisipan di atas).
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
"Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.
"Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.
”Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya
Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas-pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
”Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
”Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.
”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
”Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
”Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
”Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
”Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya.
-Mynewshub.my
Wednesday, March 20, 2013
Pengalaman Ngeri Ketua Kampung Simunul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabar je lah Pak Ramlee...difikirkan semula, orang islam yang sejati x buat perkara macam ni...
ReplyDeleteSama2 kita berdoa dengan Allah supaya ditunjukkan kebenaran
Syabas pak ramlee..Allah bersama orang yg ikhlas..
ReplyDeleteRamlee semuga Allah mengampunkan dosa kamu amin
ReplyDeleteThe bodies of 28 Sulu militants kept at the Lahad Datu and Tawau hospitals will be buried as a temporary measure pending any claim by next-of-kin, Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said today.
ReplyDeleteThis was to prevent any health risk and also due to the lack of room at the mortuaries at the two hospitals, he told a news conference also attended by Chief of Defence Forces Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin at the Felda Sahabat 16 operations command near here.
ReplyDeleteKhalid said the decision on the “temporary burial” was made on Monday at a meeting attended by representatives from the Home Ministry, Foreign Ministry, Prime Minister’s Department, Attorney-General’s Chambers, Royal Malaysia Police and Interpol.
ReplyDeleteHowever, he did not say where the bodies would be buried.
Khalid said anyone from the country or abroad who wanted to claim the bodies would have to produce their DNA sample for matching purposes before the bodies were allowed to be taken away.
ReplyDelete“People from abroad who want to claim the bodies can register their intention with the Foreign Ministry while those in the country can go to the police,” he said.
ReplyDeleteKhalid said some of the 108 people detained under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 would be charged today at the Lahad Datu district police headquarters which, for security purposes, would serve as a magistrate’s court.
ReplyDeleteZulkifeli, meanwhile, said the “Ops Daulat” operation was still going on and a mopping-up exercise was in progress in the Tanjung Batu area.
ReplyDeleteHe said the security forces would require several more days for the search and mopping-up exercise to ensure that it was safe for the villagers to return to their homes.
“More time is needed because of the nature of the terrain, with swampy land, and the vegetation which includes oil palm and mangrove forests.
ReplyDelete“We will search every nook and corner to make sure that the enemy is not hiding anywhere before allowing the residents to return to their homes,” he said.
Zulkifeli said the security forces in Tanjung Batu found the body of a terrorist believed to have been shot dead on March 6.
ReplyDeleteSince the intrusion into Lahad Datu on February 12, eight policemen and a soldier have been shot dead by the terrorists who suffered 62 dead.
One soldier was killed in a road accident.
ReplyDeleteThe security forces have detained 265 people for having entered the prohibited red zone of the “Ops Daulat” offensive and for other offences as well.
pengalaman ini pasti sukar nak dilupakan
ReplyDeletepengorbanan wira2 negara harus kita hargai
ReplyDeletePastilah ngeri sebab sebelum ni mesti tak pernah nampak orang mati bergelimpangan depan mati.mungkin dlm movie ada la.
ReplyDeleteKalau memang tiada perikemanusiaan mesti mayat tu dibiarkan saja sampai reput tanpa disemandikan.memang terkutuklah mereka yang kata Malaysia perlakukan orang sulu tanpa perikemanusiaan.
ReplyDeleteMana ulama muda umno Ust Fathul bari yg nak beri fatwa syahid ke tidak. Sbab belliau prnah prtikai jihad pnduduk palestine nun. Palestine mmprtahankn tnh air mereka dr yahudi...bole ulama umno prtikaikn syahid atau ndak. Haaa..mnta keluarkn fatwa le pd isu LDatu
ReplyDeleteTuntutan mayat harus mengikuti prosedur yang betul juga.
ReplyDeleteMereka yang bertindak keras harus dikenakan tindakan undang-undang yang kuat juga.
ReplyDeleteKematian yang benar tidak diperlukan. Jelas ini kesilapan golongan yang mementingkan diri.
ReplyDeleteJika penceroboh ini terus keras kepala, sudah pasti kematian tidak hanya sebegini.
ReplyDeleteWalaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
ReplyDeleteSemoga mayat tersebtu dapat diuruskan sebaik-baiknya.