Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.
Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.
Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin (gambar), 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.
“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?
“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.
Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.
Ops Daulat ialah operasi pasukan keselamatan menggeledah dan menjejaki pengganas Sulu yang menceroboh kawasan di Lahad Datu, Sabah bulan lalu sehingga mengorbankan 8 prajurit negara dan berpuluh-puluh anggota mereka.
Sementara itu ketua keselamatan PAS Dun Chenor, Ahmad Jamal Azian (gambar kanan), 44, berkata tindakan menaikkan bendera BN dengan Ops Daulat itu seolah-olah ada pihak yang mahu timbulkan suasana tegang dengan sentimen keselamatan.
“Apa maksud mereka naikkan bendera itu? Adakah mereka ingin mengatakan pembangkang itu seperti penceroboh Sulu? Adakah mereka mahu mengatakan menyokong BN itu syahid dunia seperti perajurit yang gugur? Apakah Ops Daulat itu sememangnya dirancang jadi modal PRU? Atau adakah mereka sekadar mahu menaikkan semangat pekerja pilihan raya Umno yg dilihat masih lena?
“Semua itu menimbulkan persoalan tetapi dilihat seolah-olah Umno sudah ketandusan isu sehingga sanggup mencemarkan perjuangan perwira negara di Lahad Datu,” katanya.
Sementara itu Penyelaras PAS Dun Chenor, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, tindakan Umno menyamakan kempen PRU 13 dengan Ops Daulat adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban dan tindakan menaikkan bendera itu amat tidak wajar.
Katanya, satu laporan polis akan dibuat jika bendera tersebut terus dibiarkan. -HD
Wednesday, March 20, 2013
Kempen PRU : UMNO Politikkan Ops Daulat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang menjalankan operasi itu ialah polis dan tentera. bukan bn. terima kasih polis dan tentera. ABU
ReplyDeletejgn coba sapa sapa nak libatkan POLIS DAN TENTERA dalam politik baik BN atau PR.Mereka adalh badan yang bebas dari politik.
ReplyDeleteTakde sapa nak libstkn tentra dn polis dlm politik tapi BN tu...hang tau ke, dah lama prlembukn pasukan tu utk survival politik mereka.
ReplyDeleteHABISLAH KAU NI KALI....
ReplyDeleteHABISLAH KAU.
Satu ciri khusus sistem demokrasi ialah adanya proses pilihan raya secara berkala untuk memberi peluang kepada rakyat memilih wakil-wakil mereka ke badan legislatif.
ReplyDeleteParti yang mendapat majoriti akan membentuk kerajaan dan yang selebihnya akan menjadi pembangkang atau duduk di kerusi perwakilan bebas di dewan rakyat atau dewan undangan negeri.
ReplyDeleteBerdasarkan ini, jelaslah bahawa pilihan raya adalah satu proses yang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan perkara yang lebih besar kemudiannya ― dasar, perbelanjaan negara dan sebagainya.
ReplyDeletePilihan raya adalah satu bentuk yang telah kita pakai sejak sekian lama, bahkan sebelum merdeka lagi.
ReplyDeleteJusteru, tidak sepatutnya timbul soal menjatuhkan kerajaan atau negara huru hara sekiranya rakyat membuat pilihan tertentu
Sesungguhnya, hampir semua daripada ahli jemaah Menteri atau ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri itu adalah mereka yang dipilih melalui proses pilihan raya.
ReplyDeletePencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
ReplyDeleteDalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.
ReplyDeleteBukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.
ReplyDeleteMereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan merampas kuasa politik.
ReplyDeleteDalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.
ReplyDeleteSecara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.
ReplyDeletePembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka.
ReplyDeleteTidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.
ReplyDeleteTindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.
ReplyDeletePengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka.
ReplyDeleteTindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.
ReplyDeleteRakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.
ReplyDeleteSejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara.
ReplyDeletePembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.
ReplyDeleteIni termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.
ReplyDeleteAnwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.
ReplyDeleteAnwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.
ReplyDeleteTerakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.
ReplyDeleteNamun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.
ReplyDeletepembangkang hnya tau mencari isu untuk dmanipulasi dan menjadi bahan politik
ReplyDeleteNahh..mampos le UMNO nak silisaikan masalah ini. Cuci le kamurang taik mahathir sama itu haris salleh ygbekalkn ic parcuma pd kaum Sulu. Yg pnting...ini kali lah.
ReplyDeleteDua belas perkara untuk renungan
ReplyDelete1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia.
Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
ReplyDeleteRupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.
2. Pencerobohan yang dilakukan penceroboh Sulu ke atas Sabah adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan beberapa nama seperti Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina menurut satu laporan dari The Philippine Star
ReplyDelete3. Portal ABS.CBN turut berpendapat- tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing.
ReplyDeleteKumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
ReplyDeleteJika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan BN.
ReplyDelete4. Reuters, 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di Malaysia.
ReplyDelete5. Pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak- The Manila Times
ReplyDelete6. Wikileaks telah mendedahkan satu komunikasi dari Kedutaan Amerika di Manila ke Jabatan Negara di Washington (11 Mei 2007)iaitu mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
ReplyDeleteWikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002.
ReplyDelete7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu turut mencetuskan pelbagai persoalan.
ReplyDeleteJelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
ReplyDeleteTanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
ReplyDelete8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
ReplyDeleteJika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.
9.SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
ReplyDelete10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod buruk pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
ReplyDeleteMereka berusaha membebaskan wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.
11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan skrip lama pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
ReplyDeleteDulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki…satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.
12. Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses PRU bagi wujudkan kucar kacir.
ReplyDeleteUMNO telahpun mempolitikkan OPS Daulat sejak mula... dengar sahaja sewaktu ada forum kroni bn.... mereka kata pemimpin pembangkang yang rancang semua ini.... sampai sekarang tak adapun bukti... bodoh betullah... ini kalilah...
ReplyDeleteSejak bila pula Umno mempolitikkan Ops Daulat?
ReplyDeletelagu “Tanya Sama Pokok” sudah dijelaskan oleh Anuar... Sabah hilang dari BN sahaja dan bukan hilang dari Malaysia.... bodohlah kamu nih lagu budak2 pun tak tahu translate... bingung..
ReplyDeleteOps Daulat is meant for the Lahad Datu, why would you say so?
ReplyDeleteBah jadi? Apa masalah kau? Kami bodoh ka, tolol ka, apa kaitan sama kau?
ReplyDeleteThey just don't get it. Why bother explain?
ReplyDeleteA terrorist was shot dead by security forces during an operation in Kampung Tanjung Batu at 1.30pm yesterday, bringing the death toll to 63.
ReplyDeleteArmed Forces Chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin said the incident was a follow-up to a shootout at 11.30am which left a soldier with an injured finger due to bullet fragments.
ReplyDeleteThe Malaysian Bar at its annual general meeting on March 16, 2013 observed a minute's silence in remembrance of, and in respect for, the 10 fallen Malaysian heroes who gave their lives in the discharge of their duties in defending our territory.
ReplyDeleteThe Malaysian Bar reiterates its support for our security forces in their efforts in defending our territory; protecting the people; and re-establishing security and peace in the conflict areas.
ReplyDelete
ReplyDeleteEnsuring the security of our territory and borders, and doing so with observance of the law and human rights standards in accordance with our international obligations are not mutually exclusive or inconsistent propositions.
This would go towards putting an end to any unwarranted accusations and dispel irresponsible rumours.
ReplyDeletePEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeletePengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan. Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteTujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteSementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteBukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan. Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteKomplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah. Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeletePada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteAnwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara. Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteKini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah. Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeletePengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi. Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeletePembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu. Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteMalah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah 'syahid dunia'. Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteDengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteKenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteStrategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri. Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini.
PEMIMPIN2 PEMBANGKANG LEBIH DULU MEMPOLITIKKAN INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. MALAH PEMBANGKANG JUGA MENDALANGI INSIDEN ITU..
ReplyDeleteApa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi. Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka.
Jeff Ambuyat or Jeff Pembuyuk? Wakaka....
ReplyDeleteJeff Ambuyuk la...
DeleteThe opposition’s manifesto is only to fish for votes and is not rational.
ReplyDelete“It is only selling promises and the people should realise and know and should not fall for unrealistic promises.
“The manifesto that the opposition showed is not a promise that can be fulfill and we remind the people not to be blinded and not to be constrained,” said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Abdal, yesterday.
Shafie said how could the opposition say the government was a bankrupt government when the government was able to provide free school fees, petrol subsidy, BR1M, electricity, water and roads.
ReplyDelete“For example, oil royalty and then they want to give everything free. This will make the country bankrupt, because we know spending is more than income. Even for education we need RM10 billion in five years,” he said.
ReplyDeleteHe said the country’s income came from petroleum and when 20 per cent is given to Sabah and Sarawak, the government would not be able to cope with a RM200 billion expenditure, and according to the opposition’s calculation, spending will be more than RM400 billion.
ReplyDelete“So if they become the government how will they reduce the deficit? It is not right — everything free and no debts,” he said.
ReplyDelete“Though we spend, we are able to reduce more than five per cent of the deficit and it is a good sign as we spend more than RM200 million for development,” he said.
ReplyDelete‘They promise free things and reduce deficit; I do not know where the money would come from; please explain a little. If true that when they become the government the country will not go bankrupt, please explain everything in the manifesto,” he said.
ReplyDelete“Add all the promises from the manifesto and show the people how much is the spending, then we make a comparison because we know the country’s income,” he said.
ReplyDelete