Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibahim berkemungkinan akan meninggalkan kerusi Parlimen Pauh untuk ditandingi dan akan memilih salah satu daripada mana-mana kerusi di Perak mahupun Selangor.
Anwar dalam pengumumannya hari ini bagaimanapun masih tidak menamakan calon yang bakal menggantikannya di kerusi tradisinya itu.
“Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.
“Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Ketika ditanya pemberita Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan menggantikannya di kerusi berkenaan, Anwar (gambar) berkata anaknya itu sedang berusaha di kawasan tersebut dan tiada sebab untuk “mengacau” Nurul Izzah.
“Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.
“Biar (Datuk) (Raja) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah,” katanya lagi.
Kerusi Permatang Pauh menjadi milik Ketua Umum PKR itu menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar juga turut mengumukan pada sidang media hari ini lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak.
Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar). -TMI
Wednesday, March 20, 2013
PRU 13 : Kemana Anwar Nak Pergi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gasak dia ler nak pergi mana pun!
ReplyDeleteAku stuju sgt la kalu Anwar nak ke parlimen lain. Prmtang Pauh tu beri le pd Datin Seri...tujuan bg mnambahkn lg kerusi parliment ygbole menang.
ReplyDeleteANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeletePengunjung setia laman ini, Sman yang baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam mengesahkan kebenaran sumber yang mengatakan perkembangan terbaru adalah para pengundi Melayu-Islam kawasan Permatang Pauh menolak Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Saya baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam atas urusan politik, nampaknya penolakan orang Melayu terhadap Anwar sudah agak meluas di sana. “Saya mendapat kerjasama yang cukup baik dari jiran dan saudara mara Anwar sendiri semasa di sana. Saya juga diberitahu bahawa kenduri orang kuat Anwar Pulau Pinang pun sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat, kehadhiran sangat tidak menggalakkan, walau pun persediaannya agak mega dan cuaca cukup baik.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Sekarang saya tahu mengapa ada ura-ura Anwar terpaksa beralih tempat untuk bertanding, beliau mungkin khuatir, imejnya akan terjejas, walau pun beliau boleh menang tapi majoritinya akan merosot teruk,” lapornya.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteSman membuat laporan di atas ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang mendakwa ahli akar umbi Pas menolak Anwar di Permatang Pauh kerana kecewa dengan pendirian Ketua Pembangkang itu dalam isu kalimah Allah.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteMenjawab soalan dari Azizah Ahmaf yang mendakwa kes liwat dan video seks Anwar tertolak kerana tiada empat saksi, Sman berkata, Islam adalah agama yang adil kepada semua penganutnya. Katanya, hukum Islam bukan semata-mata bergantung kepada surah An Nur tentang 4 saksi, tetapi juga bergantung kepada kaedah-kaedah lain.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Perdalami ilmu ugama kamu, apakah itu satu-satunya hukum Islam yang patut dipatuhi?. Bagaimana dengan Hukum takzir sebagai alternatif dalam keadaan ketidaan 4 org saksi. “Dalam isu video seks-Islam adil dan sesuai pada setiap masa, apakah tidak boleh diterima jika 4 orang pakar Muslim boleh mengesahkan bahawa video seks yang ditayangkan adalah tulin dan pelakunya ada benar orang yang berkaitan?.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Kalau pun, kita tidak dapat menghukum dengan hukum Hudud, bolehkah setidak-tidaknya kita menjauhi individu yang di ‘syaki’ melakukan perbuatan maksiat tersebut supaya terjauh dari dosa bersubahat?,” katanya. Tentang tuduhan meliwat 2, Sman mendakwa beliau antara orang yang ‘dekat’ dengan Anwar dalam kes tersebut.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Dalam kes sodomi 2, saya adalah org ‘dekat’ dengan kes ini, dan saya mengetahui dengan jelas perkara ini dari sebelah ‘mangsa’. “Saya juga mendengar sendiri penjelasan Anwar dalam perkara ini, kerana beliau tahu saya tahu isu ini.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete“Akhirnya saya membuat kesimpulan saya lebih percaya kepada mangsa dari Anwar. Apatah lagi setelah isu video seks terbongkar, ianya cukup jelas mengenai aktiviti sebenar Anwar. Bukan fitnah dan bukan konspirasi,” katanya lagi
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeletePada kebiasaannya, seorang panglima perang tidak akan meninggalkan kubunya walau apa pun terjadi, ibarat kata pepatah 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata'. Namun apa yang terjadi kepada panglima perang pakatan pembangkang yang dikatakan akan meninggalkan kubu beliau di Permatang Pauh?
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteSudah pasti semua pembaca dapat mengagak siapa orangnya bukan? Anwar Ibrahim dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan Permatang Pauh yang dulu menjadi kubu kuat baginya dan disitu juga tempat dimana Wan Azizah bertanding pada tahun 2004 buat kali pertama.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteKini beliau akan meninggalkan pasukan beliau sendiri dan akan berpindah untuk bertanding di tempat lain. Tapi persoalannya kenapa? Adakah orang Permatang Pauh sudah tidak lagi mahu menerima beliau sebagai ahli parlimen mereka ekoran dari tuduhan tuduhan salah laku yang dihalakan terhadap beliau selama ini dan Anwar sudah merasakan bahawa tempat itu tidak lagi selamat untuknya.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteApa akan jadi dengan segala janji yang pernah ditaburkan oleh Anwar kepada para penyokong beliau di kawasan tersebut? Inilah Anwar Ibrahim, begitu mudah meninggalkan sesebuah kawasan dan tidak mustahil nanti beliau akan meninggalkan negara jika berlaku sesuatu.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteMenteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak hairan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak kerana pakatan pembangkang sememangnya dianggotai pemimpin politik 'touch n go'. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Lim Kit Siang berhak bertanding di mana sahaja mereka suka kerana itu dibenarkan dalam sistem demokrasi.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete"Kalau rasa mereka adalah pemimpin 'touch n go', mereka buatlah apa yang disukai. Tidak mendatangkan kehairanan kepada saya kalau itu keputusan yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteDitanya sama ada peluang BN untuk menang di Perak akan terjejas jika Anwar bertanding di sini, Zambry berkata, pihaknya tidak gentar langsung. Katanya, tiada istilah gentar dalam dunia politik, apatah lagi apabila berada dalam suasana pilihan raya.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete"Sepatutnya soalan gentar itu tidak ditanyakan kepada saya tetapi ditujukan kepada Anwar. Kenapa beliau tidak kekal di kawasannya di Permatang Pauh. Apakah beliau gentar?," soalnya.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDeleteZambry berkata, tindakan Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin menjadi pengakhiran kepada perjalanan karier politik Penasihat DAP itu.
ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH KERANA SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BELIAU DI KAWASAN ITU KIAN MEROSOT
ReplyDelete"Mereka rasa tidak akan alami masa surut. Mereka perlu faham, apabila tiba masanya, air pasang akan surut juga dan ada sebab musababnya. "Kamu pernah menamatkan karier politik orang lain dan siapa tahu karier politik kamu juga akan ditamatkan dengan cara sama," katanya.
Anwar Ibrahim terpukul dengan kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahu bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak memandangkan PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk bertanding di Kerusi Parlimen Pekan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang itu sebenarnya telah melukakan hati Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteParlimen Marang merupakan kawasan kubu kuat Hadi Awang. Hadi Awang memenangi DUN Marang (sebelum persempadanan semula) semenjak dari tahun 1982 lagi walaupun kali pertama bertanding di kerusi tersebut pada tahun 1978.
ReplyDeletePerebutan untuk bertanding di Parlimen Pekan berlaku antara PAS dan PKR.
ReplyDeletePKR yang bersungguh-sungguh mahu memalukan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, telah menyatakan dari awal lagi bahawa kerusi tersebut adalah 'hak' mereka.
ReplyDeleteSedangkan PAS yang melihat majoriti kerusi yang mereka tandingi, begitu jauh berbeza dengan PKR, sungguhpun PKR yang lebih banyak menggunakan jentera PAS, sudah pun menyatakan keazaman untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan.
ReplyDeleteOleh kerana Hadi Awang sendiri yang menyatakan bahawa dia akan bertanding di Parlimen Pekan, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS memang bersungguh-sungguh hendak bertanding di kerusi berkenaan, mahu tidak mahu, Anwar terpaksa membalas bahawa dia sanggup bertanding di Marang dan Permatang Pauh.
ReplyDeleteSekaligus kenyataannya itu menunjukkan dia tidak mahu kalah di tangan Hadi Awang. Kalau Hadi Awang boleh merampas 'kerusi PKR', mengapa pula PKR menerusi Ketua Umumnya tidak boleh merampas 'kerusi PAS'.
ReplyDeletePolemik terbaru yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim menunjukkan dengan jelas bahawa dia sebenarnya lebih takutkan PAS berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, Anwar yang diketahui sangat bijak bermuka-muka, sentiasa cuba menunjukkan bahawa PAS itu mudah ditekan dan dijinakkan.
ReplyDeleteBuat masa ini, tiada sebarang ulasan yang kedengaran dari mulut para 'ulama' PAS berhubung kenyataan balas Anwar Ibrahim itu. Besar kemungkinan para pemimpin PAS enggan membuatkan para penyokong PAS berpaling dan tawar hati kerana dari semasa ke semasa, PAS kelihatan semakin lemah dan sentiasa takut dengan Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng.
ReplyDeleteSAH! Datuk Seri Anwar Ibrahim pengecut apabila mengumumkan tidak akan bertanding di parlimen Permatang Pauh pada PRU ke-13, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
ReplyDeleteMenurutnya, Ketua Pembangkang itu terpaksa ‘melarikan diri’ setelah menyedari dirinya sudah tidak lagi diperlukan oleh pengundi di Permatang Pauh.
ReplyDeleteIni katanya, berikutan perlakuan politik Anwar yang semakin menjijikkan disamping sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan negara.
ReplyDeleteDosa politik Anwar terlalu banyak kepada pengundi di Permatang Pauh menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri mencari kawasan yang lebih selamat.
ReplyDeleteDakwa belau lagi, selama menjadi wakil rakyat Permatang Pauh Anwar ternyata telah mengabaikan kepentingan pengundi.
ReplyDeleteDia banyak menghabiskan masa berceramah di serata negeri untuk membersihkan dirinya yang terpalit kes liwat sehingga mengabaikan kepentingan pengundi Permatang Pauh.
ReplyDeleteAnwar memberitahu beliau terpaksa berbuat demikian kerana diminta bertanding di Selangor atau di Perak.
ReplyDeleteTersebar spekulasi bahawa Nurul Izzah akan melarikan diri ke parlimen Titiwangsa setelah menyedari kedudukannya di Lembah Pantai sudah tidak selamat.
ReplyDeleteSeperti biasa Anwar dengan segera menyatakan bahawa ini konspirasi jijik UMNO menjelang pilihan raya. Kalau Utusan Malaysia yang menyiarkannya, ia akan segera disaman tetapi tidak pula terhadap blog-blog lain yang menyiarkannya.
ReplyDeleteSesungguhnya Anwar sedang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jiwa yang gelabah. Ia tidak bersih dan kelihatan bersih dengan imej dan kredibiiti yang banyak menimbulkan persoalan.
ReplyDeleteIsu Lahad Datu juga ‘dikaitkan’ dengannya dan ternyata pihak keselamatan negara hampir berjaya menghadapi masalah yang berbangkit kerana pergolakan di Sabah tidak sampai memberi kesan kepada pilihan raya yang bakal mendatang.
Cara yang lebih demokrasi, jemput dan tanya DS Anuar di TV secara langsung, kenapa dia mau pindah tempat. Dengar jawapan dari yang punya diri. Terpulang kepada orang ramai mau percaya atau tidak. Ini kita dapat jawapan, andaian mengikut fikiran musuh politiknya. Seolah-olah lebih tau dari yang punya diri. Dalam BN pun pasal pindah-pindah ini perkara biasa, strategi politik apa salahnya.
ReplyDeleteKesian Najib...umno dah nak mamposs dan PR semakin mara dgn kmasukan ramaaiii bekas peg kanan polis dan tentera mnakala umno tak mampu nak tarik minat golongn professional kcuali Umngokmen yg bodoh
ReplyDeleteSebenarnya telah ada banyak peruntukan undang-undang berkaitan pilihan raya misalnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), peraturan-peraturan pilihan raya berkaitan perjalanan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos serta Akta Polis 1967.
ReplyDeletePersoalan yang timbul ialah penguatkuasaan dan juga ruang-ruang yang boleh dimanipulasi. Sebagai contoh, larangan penjamuan hanya kepada calon tetapi tidak kepada parti politik yang diwakilinya atau penajanya di kalangan individu, badan swasta atau badan bukan kerajaan.
ReplyDeleteKita juga dapat mengesan beberapa perkembangan yang bukan sahaja anti demokrasi tetapi turut menggugat kelancaran proses pilihan raya. Kini sering berlaku kekacauan, keganasan, kekerasan, gangguan dan penggunaan kata kesat serta pelbagai tuduhan yang dibuat secara wewenang dalam kempen politik.
ReplyDeleteErti murni demokrasi dan realiti perbezaan sikap serta pandangan politik tidak lagi dihayati sebagai tunjang sistem negara kita.
ReplyDeleteLebih malang lagi apabila pimpinan politik melihatnya sebelah mata seolah-olah “tidak apa jika ia dikenakan kepada parti atau pimpinan parti lawan”.
ReplyDeleteTanya sama pokok nanti dia bagitau.
ReplyDeleteHe is pathetic and he is always be.
ReplyDeleteAnwar memang suka bersandiwara.
ReplyDeleteKita mesti tegas bahawa pilihan raya itu adalah cara praktikal yang aman untuk menunjukkan kuasa rakyat berbanding kudeta.
ReplyDeleteKita juga mesti tahu beza antara kebebasan berhimpun yang terkandung dalam perlembagaan negara berbanding rusuhan, keganasan atau kekacauan.
ReplyDeleteSekiranya ini gagal difahami dan ditegaskan, kita hanya akan membuka lebih banyak masalah dalam proses politik negara. Ahli politik mesti memberi gambaran yang tepat dan bukan menunjukkan peruntukan tertentu di dalam perlembagaan negara seolah-olah hanya tulisan tanpa pengertian.
ReplyDeleteOrang ramai mengharap proses pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dengan bebas, adil, aman dan lancar.
ReplyDeleteYakinlah bahawa proses pilihan raya yang berintegriti akan membawa negara kita ke hadapan, bukan sebaliknya.
ReplyDeletendakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah dianggap sebagai memperlekeh serta memalukan negara dan rakyat.
ReplyDeletebeliau memperlekeh kemampuan SPR dan menidakkan suara rakyat yang mengundi memilih kepimpinan negara.
ReplyDeleteANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteCalon pilihan "Demokrat" Malaysia yang juga calon unggul Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah di berada Washington, DC, dalam rangka ‘tour’ minggu lepas. Beliau sememangnya perlu banyak memohon kemaafan terutamanya: menjadi kesayangan para pembuat dasar Amerika dari kedua-dua belah pihak ( Demokrat dan Republikan) – yang nyata cukup bersemangat untuk mengenalpasti seorang muslim moderat yang boleh pihak kita melakukan perniagaan - dia telah memalukan teman-teman dan mentornya dengan kenyataan kasar Anti-Semitiknya. Kini beliau tidak boleh lagi menjadi rujukan Yahudi, sayangnya, untuk kepentingan dalam negeri di Malaysia: dan ia cukup meresahkan melihat seorang yang liberal ‘putative’ seperti Anwar terperangkap dengan mainan sendiri - dan lebih buruk lagi , keyakinan diri beliau.
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeletePenyebab kelesuan politik Anwar Ibrahim adalah disebabkan kebobrokan beliau bermain dengan kiasan Anti Semitik. Selama berdekad, dia sepatutnya menjadi pewaris pejabat Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin pembangkang - dan untuk tempoh yang sama waktu, nyawa politiknya menjadi pendek. Pada 2008, bahkan dijanjikan, ‘Namath-style’, bahawa beliau akan membentuk kerajaan pada bulan September 16. Ketika tarikh keramat telah berlalu, Anwar nyata masih gagal menjelaskan dalam cara ‘Milleris’ selepas ‘Great Dissappointment’. Bukan suatu kebetulan, beliau sememangnya cukup suka menyalakan api kebencian Anti Semitik, di mana dia mengatakan kepada Islam Online bahawa beliau "bukti menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit dalam memberi sokongan dan melobi Yahudi di Amerika Syarikat beserta beberapa pihak Israel."
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteSetelah dua tahun berlalu, beserta masalah politik terkini Anwar Ibrahim . Dia masih belum mampu mengambil kuasa, dan kini sedang bergelumang denagn proses pendakwaan sodomi terbaru – disifatkan sebagai jenayah di Malaysia. (Bermula pada bulan Februari, berasal dari tuduhan yang dibuat pada tahun 2008) perbicaraan terakhir sodomi beliau ialah tahun 1998, yang mana beliau dipenjara, dilihat sebagai bermotifkan politik – kononnya suatu tindakan penganiayaan oleh bekas mentor, bekas Perdana Menteri, Mahathir bin Mohamad. Kes ini kelihatan agak kurang jelas, terutama mengingatkan kembali jurang di antara Mahathir dan dua Perdana Menteri berikutnya.
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteWalau apapun kekurangan merit ke atas kes beliau, yang nyata Anwar Ibrahim dan sekutunya menggunakan taktik yang boleh membakar semangat dunia Islam: Anti Semitik. Rachel Motte di The Ledger Baru telah menceritakan di dalam artikel terdahulu: "[Anwar telah memainkan] teori konspirasi gelap kawalan Yahudi, plot Zionis, dan subversif ... termasuk orang awam bahawa ada" pihak perisikan Israel di Unit IT Polis Di Raja Malaysia". Anwar bahkan pada sidang akhbar di London School of Economics menyatakan bahawa “Pihak Kerajaan Malaysia telah bersekongkol dengan orang-orang Yahudi yang jahat dan kebanyakan mereka adalah Zionis."
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeletePaling buruk dari perspektif Amerika – walaupun bukan dari perspektif moral – Anwar telah menikam belakang pihak Amerika Syarikat. Ketika Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama dalam rangka persetujuan bagi kerjasama AS-Malaysia bagi isu di Iran dan Afghanistan, Anwar telah membawa isu ini Parlimen dengan menyatakan terdapat bukti sahih Yahudi telah mempengaruhi dasar polisi di Malaysia. Dalam kejadian rampasan flotilla Gaza oleh Israel, " Anwar telah mengetuai ribuan pendemonstrasi dan media massa di Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur. Pada 4 Jun, Anwar menyatakan, "Israel boleh meneruskan pencerobohan mereka kerana ‘soft position’ yang di ambil oleh Presiden Amerika" Tiga hari kemudian, di Parlimen Malaysia, katanya, "Israel tidak akan berani untuk menyerang armada dan menubuhkan kepungan di Gaza tanpa sokongan Amerika Syarikat.
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteTidak menghairankan jika B'nai B'rith International pada bulan lalu telah membuat ‘public call’ kepada pembuat dasar AS dan para pegawai pilihan untuk segera menjauhi dan menghindari Anwar Ibrahim. Dan tidak menghairankan juga apabila Anwar lebih banyak menyalahkan pengaruh Yahudi – secara teknikalnya benar, - terbang terus meluru ke Washington, DC, untuk mengawal keadaan [damage control].
Jackson Diehl dari Washington Post menyimpulkan tujuan dan rangka lawatan Anwar ke DC dengan cukup baik:
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteAnwar ... dilihat terlalu banyak menghabiskan masa menawarkan penjelasan untuk teman-teman lama, juga terhadap Howard Berman (House Foreign Affairs Committee Chairman) dan juga kepada pemimpin pemimpin Yahudi yang lain. Anwar dikatakan cukup menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," seperti yang dikatakan oleh pelampau Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?" Katanya. "Saya perlu lebih berhati-hati." Mungkin itu dapat menutup suatu kelemahan beliau. Mungkin hanya secebis kecuaian, namun secara tiba-tiba kita dapati beliau telah menghabiskan masa berbulan bulan membuat penampilan Anti Semitik di seluruh Asia Tenggara. Apakah beliau fikir kita tiada di sana mendengarnya?
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteDiehl juga telah memetik kenyataan rakan lama Anwar, Paul Wolfowitz, "Apa Anwar lakukan adalah salah, tetapi kita perlu ingat bahawa beliau sedang berjuang bermati matian untuk karier politiknya ... kita harus mengendurkan keadaan untuk seketika." Yang sebenarnya Anwar tidak berjuang untuk hidupnya, "kecuali jika Wolfowitz menyedari terdapat ancaman terhadap Anwar di mana orang lain tidak mengetahui langsung - dalam hal ini, orang yang melaporkan kepadanya adalah Anwar Ibrahim. Lagipun, ini adalah hujah aneh tentang bahaya dan ancaman melainkan untuk memancing perhatian orang orang Yahudi. (Menarik dan mungkin jelas: ketika kekasih Wolfowitz Shaha Riza Ali ditempelak untuk meninggalkan Bank Dunia, Shaha Riza Ali akhirnya berada di Foundation For The Future, tak lain dan tak bukan dipimpin oleh Anwar Ibrahim.)
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteKonsensus di Washington terhadap Anwar, berikutan dengan kenyataan antik beliau yang Anti Semitik, diikuti dengan deklarasi B'nai B'rith, dan setelah kunjungannya untuk memperbaiki keadaan, telah disimpulkan dengan baik oleh Jay Nordlinger di NRO: "[Ia] menunjukkan bahawa Ibrahim telah bertaubat, sekurang-kurangnya apabila berhadapan dengan Amerika. Jika, di Malaysia, beliau sememangnya begitu. Kita tidak harus menaruh harapan untuk sesiapa pun yang lebih baik "sentimen Nordlinger cukup difahami. – Nordlinger juga merupakan salah seorang dari ‘opinion makers’ utama yang benar-benar memberi perhatian serius terhadap Malaysia akhir-akhir ini - tetapi jika itulah keputusan hasil dari kunjungan Anwar, keadaan sudah menjadi tidak terkawal lagi.
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteJika dilihat dari segi moral, sememangnya dasar Amerika tidak mengira siapa jahat sekalipun dipilih untuk mewakilinya di Malaysia: perhubungan dengan Malaysia, dan peranan strategik, kita seperti dipaksa untuk bersekutu dengan mereka yang Anti Semitik. Secara pragmatik, faktanya Anwar Ibrahim sepertimana digembar gemburkan untuk menggantikan Perdana Menteri Najib Razak jauh di lihat tidak lebih baik dari Najib. (Kita tinggalkan sebentar berkenaan rakan sekutu Anwar, eksterimis PAS yang di lihat terbabit dengan pihak Taliban selepas 9 / 11). Anwar dilihat telah nyata memberi gambaran yang salah terhadap wartawan AFP berkenaan lawatan Najib dengan menyatakan semasa kunjungan beliau ke DC "Kita mempunyai Perdana Menteri datang ke sini dan bersetuju dengan apa yang Obama inginkan" Menerima hujah tersebut, bukankah itu yang di inginkan dari emimpin asing. Jika Anwar Ibrahim di lihat menentang kehadiran Najib, mengapa perlu pihak Amerika menyokong beliau?
ANWAR IBRAHIM IN BAD DECLINE
ReplyDeleteAnwar Ibrahim pernah di lihat sebagai ‘archetype’ yang bersinar sebagai seorang demokrat Muslim dan juga sebagai lambang kebebasan. Itu sebelum beliau menonjolkan dirinya sebagai bodoh seperti pelampau yang lain, sentiasa memutar belit dan mengeksloitasi teori konspirasi untuk diri sendiri yang cukup dilihat sebagai tidak berbudi dan dianggap tidak sopan di Barat sejak VE Day. Sekarang, hujah terbaik adalah beliau sememangnya paling buruk. Bahkan bukan itu sahaja, - beliau akan jatuh dan tersungkur di dalam lipatan sejarah. Anwar Ibrahim mungkin mahu menyalahkan orang-orang Yahudi untuk itu, tapi kebenaran yang menyedihkan adalah bahawa beliau melakukan itu semua ke atas dirinya sendiri.
Cehhh bodoh punya cai UMNO...Anwar Insya Allah pi mana2 pon selamat...yg x selamatnya calon UMNO HAPRAK nanti yg bertanding sama dgn Anwar...Sudah goyang kaaa cai UMNO
ReplyDeletePatutnya Najib juga ambil pendirian untuk bertanding diluar kubu kuat.. Kami cadangkan di kawasan berbentuk komposisi semua kaum. Najibkan suka 1Malaysia
ReplyDeleteNajib mana berani bertanding diluar pekan....nak bubar parlimen pun dah kecut....
ReplyDeletestrategi ni harus dipertimbangkan
ReplyDelete- kerusi2 selamat , spt KEPONG , IPOH TIMUR , PERMATANG PAUH , dll perlu di isi oleh pelapis2 PAS , PKR & DAP
- tokoh2 besar spt ,LKS , DSAI , TGHH dll perlu ditempatkan ke kawasan2 baru
- seharusnya ikon2 utama PR=PAS + PKR + DAP , spt TGNA , HM , KS , MS , LGE , TSKI , NI , DSWA , KS , dll diberikan kerusi DUN & PARLIMEN
- dgn strategi ini ,,,, semua negeri dapat disapu bersih disamping Putrajaya almost confirm jatuh
- insyaallah
Tindakan peserta himpunan pembangkang keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap membuktikan sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri semakin suram.
ReplyDeleteDifahamkan, peserta yang bertindak keluar stadium ketika Anwar bersemangat memberikan ucapan tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pas.
ReplyDeleteKetua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ternyata penyokong Pas mahu meletakkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang majoriti pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya Anwar.
ReplyDeleteKatanya, penyokong dan ahli Pas seakan-akan sedar tentang masalah moral serta nafsu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merupakan liabiliti politik kepada pembangkang.
ReplyDelete"Ahli-ahli Pas juga sudah percaya dengan pengakuan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.
ReplyDelete"Sehingga hari ini, Karpal enggan menarik balik kenyataan itu daripada hansard Parlimen. Takkan peguam Anwar (Karpal) hendak berbohong dalam perkara sebegini," katanya
ReplyDeleteMenurut laman blog papagomo.com, dianggarkan sekitar 5,000 penyokong pakatan pembangkang bergegas keluar stadium ketika Anwar memberikan ucapan.
ReplyDeleteSehubungan itu, jelas Ruslan, Anwar seharusnya sedar dan bersara daripada dunia politik ekoran penolakan penyokong terhadap beliau.
Pertembungan antara Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan timbalannya, Azmin Ali bukan perkara baru, walaupun perkara itu cuba disembunyikan namun perkara itu terus menjadi bualan yang merimaskan penyokong kedua-dua pihak terutama dalam persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
ReplyDeleteTindakan berdiam diri, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai persoalan kerana sehingga ini tiada usaha yang dilakukannya untuk meredakan permasalahan antara kedua-dua tokoh besar parti berkenaan.
ReplyDeletePengarah Institut Wassatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din berkata sudah menjadi kelaziman kepada Anwar untuk tidak mengambil sebarang tindakan dan membuat pendekatan jalan selamat dengan mendiamkan diri terhadap apa sahaja isu yang mempunyai hubungkait dengan dirinya.
ReplyDelete“Anwar akan berdiam diri, itulah yang biasa dilakukannya jika ada sesuatu masalah, mengenai isu yang membabitkan isterinya dengan Azmin, sudah pasti dia tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana membabitkan orang yang paling rapat dengannya.
ReplyDelete“Masalah yang berlaku antara kedua-dua ini sudah lama dan Anwar sememangnya mengetahui perkara itu, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan, Anwar amat memerlukan kedua-duanya untuk memastikan karier politik terus hidup, sebarang tindakan yang diambil boleh membawa kesan besar bukan sahaja kepada PKR malah pakatan pembangkang,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan berdiam diri Anwar berhubung kemelut yang berlaku antara Wan Azizah dan Azmin, jika sebelum ini kemelut itu terbongkar membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
ReplyDeletePendedahan surat terbuka Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, Mohd Fareez Kamal turut menguatkan lagi pertembungan antara kedua-dua pemimpin utama PKR.
ReplyDeleteYusof berkata tindakan Anwar itu menunjukkan bahawa dia sebagai tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin kerana tidak berkemampuan untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku dan mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri daraipaad terus membicarakannya,
ReplyDelete“Macam mana nak jadi pemimpin negara, jika masalah yang kecil sebegitupun tidak mampu diselesaikan, takkan jika apa masalah yang berlaku dia nak berdiam diri sahaja, apa akan jadi kepada negara jika mempunyai pemimpin seperti Anwar,’ katanya.
ReplyDeleteJusteru itu, Yusof mengesa menolak pemimpin seperti Anwar yang lebih mementingkan dirinya sehingga sanggup mengambil sikap berdiam diri terhadap apa jua masalah yang berlaku untuk memastikan kepentingannya terus terjaga.
ReplyDeleteKetua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
ReplyDeletePengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times. Anwar Ibrahim yang kini telah berumur 65 tahun berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar.
ReplyDeleteNamun Anwar Ibrahim tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara. Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
ReplyDeleteDalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.
ReplyDelete“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.
ReplyDeleteKenyataan Anwar itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan.
ReplyDelete