Wednesday, March 20, 2013

PM: BR1M akan deteruskan setiap tahun



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan awal tahun lalu, akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.

Justeru kata Najib, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

"Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya.

Najib berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza.

"Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju," katanya.

Beliau berkata, ada negara pula tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun dan ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.

Najib berkata, kini masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan tentang halatuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, pilihan itu adalah tentang kebolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan ceritera kejayaan Malaysia dan janji ditepati.

Justeru, katanya, rakyat perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, mendukung harapan, berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya.

"Atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah," katanya.

Najib berkata kerajaan bukanlah seperti mereka yang menerbitkan manifesto apabila musim pilihan raya, tetapi setelah menjadi kerajaan, janji itu dimungkiri.

Beliau berkata sudahlah manifesto yang dibuat tidak tunaikan, mereka terbitkan pula janji baharu dalam bentuk buku jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

"Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen buku jingga, dikeluarkan pula manifesto baru. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan.

"Maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baharu mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik?" katanya.

-sinarharian.com

87 comments:
Write comments
  1. Kalau masih berkuasa bolehlah cakap macam tu... Ada org yg kena saman aes on the way pg amik br1m. Bak kata PM rm500 cukup belanja 1 tahun. Mungkin rakyat kita nie masak pakai kayu api kot.. haha... Bila lagi nak bubar parlimen? Dah x sabar nak menunaikan kewajipan nie....haha...

    ReplyDelete
  2. KENAPA SEJAK NAK BUBAR DEWAN NI BANYAK PULA JANJI BN TAKUT KALAH KOT JGN RISAU KALAU RAKYAT RASA DENGAN BRIM 500 DAH JADI SENANG HIDUP MAKA UNDI LAH BN/TAPI KALAU NAK RASA SENANG BERPANJANGAN UNDILAH PAKATAN RAKYAT SEPERTI MANIFESTO PR

    ReplyDelete
  3. Aku nak CR1M le sebab baru kahwin nih...

    ReplyDelete
  4. CR1M = cuti rakyat 1 malaysia ke? Haha..mcm2 ada

    ReplyDelete
  5. Pada ketika kelompok masyarakat yang memerlukan di negara ini tidak mampu mengharapkan apa-apa untuk meringankan beban hidup, tiada siapa yang peduli, tetapi kini bila mereka dihujani dengan pelbagai bantuan kerajaan, yang mengejutkan, ada pula yang berkata langkah ini tidak betul!

    ReplyDelete
  6. Pemberian kerajaan ini bermula dengan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah, yang dibayar November lepas, baucar buku RM200 untuk pelajar Tingkatan 6 dan pelajar Institusi Penganjian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, pada Januari.

    ReplyDelete
  7. BR1M terutamanya menarik perhatian negara kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Rakyat beratur panjang di seluruh negara untuk memohon bantuan itu dan sekali lagi berbuat demikian ketika menerima baucar tunai pembayaran.

    ReplyDelete
  9. Apapun ramai juga yang begitu yakin bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu sebagai muslihat untuk memancing undi dan tindakan yang tidak pernah dilakukan kerajaan ini dianggap penunjuk jelas bahawa Pilihan raya Umum ke-13 sudah begitu hampir.

    ReplyDelete
  10. Abdul Ghapa Harun, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menegaskan bahawa tindakan kerajaan itu patut diterima secara objektif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Persoalan yang memerlukan jawapan ialah sama ada pemberian itu bermotifkan politik dan bagi saya; “Memanglah mungkin boleh dikatakan ada unsur politik tetapi itu soal kedua kerana ia merupakan bantuan yang wajar dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat.

    ReplyDelete
  12. Walaupun RM500 bukanlah satu jumlah yang besar, tetapi ada faedahnya kepada golongan yang memerlukan iaitu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana sedikit sebanyak dapat menampung keperluan kehidupan.

    ReplyDelete
  13. Abdul Ghapa berkata kos sara hidup yang tinggi ketika ini tidak dapat dielakkan bagi setiap negara termasuk Malaysia yang kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada negara maju menjelang tahun 2020.

    ReplyDelete
  14. Ia berikutan ketidaktentuan harga barang peringkat global disebabkan faktor cuaca, bekalan, krisis ekonomi dunia termasuk penggantungan beberapa sumber makanan di negara lain, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  15. Abdul Ghapa menarik perhatian bahawa dalam merealisasikan matlamat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi penekanan kepada transformasi politik dan ekonomi untuk membantu rakyat melalui proses peralihan ini.

    ReplyDelete
  16. Namun begitu, ia merupakan satu proses jangka masa panjang untuk melihat hasil daripada dasar berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Ditambah pula, dengan kemelut kos sara hidup yang meningkat, sedikit sebanyak proses peralihan ini memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    ReplyDelete
  18. Memahami akan keperitan golongan itu, Najib merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperolehi semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses menuju negara maju.

    ReplyDelete
  19. Menurut Abdul Ghapa, di sinilah terletaknya peranan BR1M sebagai satu mekanisme pengagihan.

    ReplyDelete
  20. Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat transformasi yang dialami semasa proses peralihan itu, dikendurkan.

    ReplyDelete
  21. Lebih-lebih lagi, bagi Najib, kejayaan transformasi politik dan ekonominya bergantung kepada sokongan rakyat dan oleh itu kerajaan harus mencari jalan untuk memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  22. Pendekatan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan usaha yang pernah dijalankan allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein dalam era 1960an dan awal 1970an semasa inflasi melanda negara.

    ReplyDelete
  23. Abdul Ghapa berkata seperti Najib, Tun Razak juga melaksanakan program transformasi ekonomi dengan pelaksanaan dasar pembangunan jangka panjang, dan untuk menampung kelemahan, di antaranya diperkenalkan tindakan pembetulan jangka masa pendek.

    ReplyDelete
  24. Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang dilancarkan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan ‘restoran rakyat’ yang diperkenalkan bapanya yang memberi jaminan harga makanan yang berpatutan.

    ReplyDelete
  25. Bagaimanapun, Najib melangkah jauh lagi dengan memperkenalkan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai program jangka pendek yang membolehkan faedah segera disampaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  26. Abdul Ghapa berkata sudah tentunya beberapa ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggunakan usaha murni kerajaan ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan mempersoal keikhlasan kerajaan, tetapi bantuan itu patut dilihat dari sudut pandangan yang positif.

    ReplyDelete
  27. Yang penting mereka seharusnya melihat kepada proses pengagihan bantuan itu supaya ia benar-benar sampai kepada rakyat dan memastikan tidak berlakunya penyelewengan

    ReplyDelete
  28. Selain itu, sikap sesetengah pemimpin dalam parti yang menjadikan bantuan sebagai medium untuk menonjolkan diri mereka, turut menyumbang kepada pendebatan mengenai keikhlasan kerajaan dalam meringankan beban rakyat ini.

    ReplyDelete
  29. Seeloknya elemen kepartian dalam proses pengagihan haruslah dielakkan kerana boleh memberi kesan sebaliknya kepada usaha murni itu.

    ReplyDelete
  30. Biar apapun spekulasi terhadap pemberian bantuan BR1M itu, hakikatnya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukannya dan kehadiran mereka beramai-ramai untuk menuntut pemberian itu jelas menunjukkan mereka menghargai bantuan kerajaan itu.

    ReplyDelete
  31. Ini sekali gus mendorong semua pihak kembali kepada perkara asas mengapa kerajaan dipilih, iaitu untuk membantu rakyat. Justeru, amat wajar bantuan murni seperti BR1M ini tidak dipolitikkan kerana rakyat berhak menerimanya.

    ReplyDelete
  32. Rakyat tidak salah untuk mendapat semua ini.

    ReplyDelete
  33. Ini bukannya rasuah dan sebagainyan seperti apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  34. Pihak pembangkang terdesak sehingga sanggup mengatakan yang bukan-bukan mengenai BR1M ini. Mereka sebenarnya sudah takut yang mana rakyat beralih arah kepada BN atas usaha yang berjaya dilakukan oleh kerajaan ini.

    ReplyDelete
  35. The government will consider implementing another round of 1Malaysia People's Aid (BR1M) payout if the country's revenue increases.

    ReplyDelete
  36. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this during question time at the Dewan Rakyat yesterday when he was asked by Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) whether BR1M will continue next year.

    ReplyDelete
  37. "The government's commitment with regard to BR1M is to hand out a one-off payment. However, if the country's revenue increases, we may consider continuing the aid, depending on the situation," he said.

    ReplyDelete
  38. On another supplementary question by Tiong on the government's effort to ensure that BR1M was enforced more efficiently,

    ReplyDelete
  39. Najib said the government was generally satisfied with the programme, and would conduct a post mortem to rectify weaknesses if it plans to implement it in the future.

    ReplyDelete
  40. Najib said a total of RM1.92 billion was distributed to 3.8 million or 59 per cent households in the country under the programme as at March 1.

    ReplyDelete
  41. "Up to March 1, some 4.78 million households registered for the aid. Some 3.74 million, or almost 80 per cent, were successful while 972,000, or almost 20 per cent, were unsuccessful.

    ReplyDelete
  42. "Some of the applications were unsuccessful because of numerous reasons such as overlapping applications, duplication, incomplete details or because the applicant was an income tax payer.

    ReplyDelete
  43. "Even so, of the 200,000 appeals received, almost 92 per cent were approved after the applicants submitted complete applications."

    ReplyDelete
  44. Najib also clarified that the money distributed under the BR1M programme was derived from revenue collection and not from loans as claimed by certain quarters.

    ReplyDelete
  45. BR1M 2.0 - BN Bersama Rakyat 1Malaysia

    ReplyDelete
  46. kemampuan Kerajaan BN menyalurkan BR1M 2.0 adalah hasil kecekapan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah berjaya mengumpul kutipan cukai tertinggi mencecah RM 125 billion.

    ReplyDelete
  47. inilah membuktikan kejayaan program transformasi dalam sistem perkhidmatan awam menerusi kepelbagaian saluran 'atas talian' dan informasi mesra rakyat.

    ReplyDelete
  48. BN komited untuk transformasi dan impak positifnya, hasil diperoleh diagih untuk manfaat rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  49. Pemberian BR1M oleh Kerajaan BN bukanlah satu isu politik sebaliknya adalah komitmen dan tanggungjawab Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib. Tindak-tanduk kelompok PR lah yang mempolitikkan isu ini dengan menuduh pemberian BR1M sebagai ‘menggula-gulakan rakyat’.

    ReplyDelete
  50. pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

    ReplyDelete
  51. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.

    ReplyDelete
  52. kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.

    ReplyDelete
  53. BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik

    ReplyDelete
  54. rakyat tidak harus terus dipesongkan dengan cerita tidak berasas atau separuh benar oleh pakatan pembangkang untuk membuat mereka marah kepada kerajaan, sedangkan setiap pemberian atau insentif yang diumum adalah disebabkan kecekapan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara.

    ReplyDelete
  55. KOMITMEN kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang selesa untuk rakyat tidak mengenal sempadan politik dan kaum. Begitu jugalah dengan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 15 Januari lalu.

    ReplyDelete
  56. BR1M banyak menerima pujian dan kecaman kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah di negara ini.

    ReplyDelete
  57. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dalam satu temu bual menolak dakwaan kononnya bantuan di bawah BR1M itu diagihkan mengikut aliran politik.

    ReplyDelete
  58. Ini terbukti apabila Kedah di bawah pimpinan pembangkang menjadi antara negeri yang menerima bantuan BR1M terbanyak. BR1M benar-benar bermaksud untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup walaupun ia hanya merupakan pemberian satu kali.

    ReplyDelete
  59. Sementara itu, mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam permohonan BR1M, Mohd. Irwan Serigar berkata, pihak kementerian sudah bersedia dan telah pun mengambil langkah proaktif. Tambahan pula, ada suara mempertikaikan kejujuran pemohon apabila konsep pengisytiharan sendiri digunakan. Ada kemungkinan pemohon yang menerima pendapatan melebihi RM3,000 adalah hasil daripada pendapatan seperti rumah sewa turut memohon.

    ReplyDelete
  60. Kepada mereka yang menipu, tindakan mahkamah akan diambil. Sememangnya, bukan mudah menunaikan tanggungjawab dalam menyalurkan pemberian BR1M kepada rakyat dengan pelbagai cabaran termasuk tanggapan negatif terhadap niat dan keseluruhan proses pengagihannya.

    ReplyDelete
  61. Ada juga yang mempertikai sumber dana bagi BR1M terutama bila melihat pada keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan ekonomi negara. Selain itu, cabaran menilai keikhlasan rakyat dalam mengisytiharkan pendapatan mereka, pengedaran borang dan pengagihan baucar tunai RM500 ke kawasan pedalaman turut sama menguji.

    ReplyDelete
  62. Menyentuh sama ada kementerian sudah bersedia menghadapi senario ketidakpuasan hati masyarakat yang dibangkitkan oleh mereka yang gagal atau ditolak permohonan mereka, Mohd. Irwan Serigar berkata, rayuan boleh dikemukakan.

    ReplyDelete
  63. Sementara itu, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Ghapa Harun menegaskan tindakan kerajaan itu patut diterima secara objektif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  64. Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan pemberian itu bermotifkan politik? “Memanglah mungkin boleh dikatakan ada unsur-unsur politik tetapi itu soal kedua kerana ia merupakan bantuan yang wajar ketika kos hidup semakin meningkat.

    ReplyDelete
  65. Abdul Ghapa berkata, kos sara hidup yang tinggi ketika ini tidak dapat dielakkan bagi setiap negara termasuk Malaysia yang kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada negara maju menjelang tahun 2020. Ia berikutan ketidaktentuan harga barang peringkat global disebabkan faktor cuaca, bekalan, krisis ekonomi dunia termasuk penggantungan beberapa sumber makanan di negara lain, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  66. Abdul Ghapa menarik perhatian bahawa dalam merealisasikan matlamat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi penekanan kepada transformasi politik dan ekonomi untuk membantu rakyat melalui proses peralihan ini. Namun begitu, ia merupakan satu proses jangka masa panjang untuk melihat hasil daripada dasar berkenaan. Ditambah pula, dengan kemelut kos sara hidup yang meningkat, sedikit sebanyak proses peralihan ini memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    ReplyDelete
  67. Memahami akan keperitan golongan itu, Najib merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperoleh semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses menuju negara maju. Menurut Abdul Ghapa, di sinilah terletaknya peranan BR1M sebagai satu mekanisme pengagihan.

    ReplyDelete
  68. Pendekatan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan usaha yang pernah dijalankan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada era 1960-an dan awal 1970-an semasa inflasi melanda negara. Seperti Najib, Tun Razak juga melaksanakan program transformasi ekonomi dengan pelaksanaan dasar pembangunan jangka panjang dan untuk menampung kelemahan, antaranya beliau memperkenalkan tindakan pembetulan jangka masa pendek.

    ReplyDelete
  69. Najib kata beliau, melangkah jauh dengan memperkenalkan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai program jangka pendek yang membolehkan faedah segera disampaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  70. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap rakyat sedar dan tetap memilih Barisan Nasional pada pilihan raya nanti jika mereka menilai kebaikan yang dilakukan BN selama ini berbanding pembangkang yang hanya sibuk mengatur perhimpunan untuk mencemar nama baik negara.

    ReplyDelete
  71. Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata kerajaan BN lebih berketerampilan membantu segenap lapisan masyarakat dan menyelesaikan masalah mereka.

    ReplyDelete
  72. “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak sendiri turun padang bantu nelayan, mangsa banjir, pemandu teksi dan golongan rakyat lain. Ini yang kita sentiasa lakukan iaitu mentadbir dan membela rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat dengan berdemonstrasi,” katanya selepas merasmikan Tabika Berkembar Taman Wilayah Selayang di sini hari ini.

    ReplyDelete
  73. Terdahulu, pada majlis itu, Shafie berkata Tabika Berprestasi Tinggi akan diwujudkan dalam kalangan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tidak lama lagi dengan modul pengajaran dan pendidikan akan ditambah baik.

    ReplyDelete
  74. Menurutnya ketika ini pelaksanaan dijalankan secara berperingkat dengan menitikberatkan soal bakat, kecenderungan akademik dan sukan yang ada pada kanak-kanak terlibat.

    ReplyDelete
  75. Penambahbaikan dalam sistem pendidikan tabika itu diharap mampu membantu kanak-kanak untuk lebih bersedia menghadapi suasana pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah, katanya.

    ReplyDelete
  76. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  77. kerajaan telah mengambil keputusan melanjutkan program BR1M, selain memperluaskan skop program itu kepada individu bujang.

    ReplyDelete
  78. Ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM2.34 bilion dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia," ujar Perdana Menteri.


    ReplyDelete
  79. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 telah memberikan manfaat kepada 5.24 juta pelajar, melibatkan peruntukan RM524 juta.

    ReplyDelete
  80. Bagi para pelajar yang sedang menuntut di universiti serta kolej, pemberian RM250 sebagai Baucar Buku 1Malaysia telah memanfaatkan lebih 390,000 penuntut dengan peruntukan lebih RM95.7 juta,

    ReplyDelete
  81. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian yang mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion (bantuan).


    ReplyDelete
  82. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji untuk membela rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  83. Menurut beliau, BN merupakan kerajaan yang sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan melaksanakan pendekatan yang selari dengan keperluan semasa.

    ReplyDelete
  84. "Kita bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang peka dan sedaya upaya terus memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat.

    "Kesinambungan kepada dasar dan pelbagai transformasi yang dibawakan kerajaan harus diteruskan melalui sokongan berterusan rakyat kepada BN," katanya.

    ReplyDelete
  85. Musa berkata beliau berpuas hati pemberian BR1M di negeri ini yang berjalan lancar dan teratur.

    Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Musa berkata sambutan rakyat yang begitu meriah ketika lawatan Najib ke negeri ini baru-baru ini merupakan bukti sokongan dan keyakinan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  86. “Rakyat sedar akan kepimpinan Perdana Menteri yang prihatin, memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan telah memperkenal pelbagai dasar serta membawa transformasi,” katanya.

    ReplyDelete
  87. Menurutnya ia menunjukkan bahawa rakyat Sabah menghargai komitmen kerajaan pusat dalam membangunkan negeri khususnya membabitkan penyediaan kemudahan asas.

    Katanya kerajaan mengagihkan peruntukan yang besar kepada negeri ini kerana menyedari masih banyak diperlukan dalam memenuhi pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.