Wednesday, March 20, 2013

Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan

Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.

Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan.

Menurut Bala, Razak telah tunjukkan sms Najib itu kepada beliau. Disebabkan pendedahan berani Bala, Najib telah mengarahkan peguam senior, Cecil Abraham menderaf akuan bersumpah Bala yang palsu dan Bala telah diperdaya dan diugut untuk menandatangani akuan bersumpah palsu tersebut dan kemudianya dilarikan ke India.

Bala mendedahkan nama Deepak dan adik Najib, Nazim sebagai pihak yang terlibat mengugut, melarikan beliau dan keluarga beliau dan memberikan wang kepada beliau.
Menurut Bala semasa beliau berjumpa Nazim, isteri Nazim iaitu bekas pengacara Nona di Tv3 yang ketika itu sedang hamil juga hadir bersama-sama.

Baru-baru ini isteri Nazim tersebut menelepon peguam di firma saya bagi mendapatkan khidmat nasihat kes syariah beliau.

Deepak mengesahkan pendedahan Bala dan sebagai tambahah Deepak mendedahkan pula penglibatan Rosmah Mansor dan peguam senior Cecil Abraham. Peguam Bala, Americk Siddhu pula mendedahkan pengakuan Cecil Abraham baru baru ini bahawa Najib terlibat dalam isu akuan bersumpah palsu Bala yang kedua.

Sehingga kini peguam Cecil Abraham dan Najib masih berdiam diri - tidak mengiya atau menafikan.

Pendedahan telah dibuat . Isunya mengapakah tiada sebarang tindakan dari polis untuk menyiasat pihak yang terbabit?

Adakah polis telah menyoal siasat Deepak, Nazim, Rosmah, Cecil Abraham, Americk Siddhu dan Najib sendiri? Jika sudah mengapa sehingga kini tiada pendedahan tentang status penyiasatan tersebut? Jika belum siasat mengapa tidak disiasat?

Adakah Bala, Deepak dan Peguam Americk Sidhu membuat kenyataan palsu atau menipu atau memfitnah? Jika mereka menipu atau membuat kenyataan palsu atau memfitnah, mengapa Deepak dan Americk Sidhu tidak ditangkap dan didakwa? Jika mereka membuat kenyataan yang benar mengapa pula Nazim, Rosmah, Cecil Abraham dan Najib tidak ditangkap dan didakwa?

Jika Deepak dan Americk Sidhu memfitnah Najib, Rosmah, Cecil Abraham dan Nazim mengapa mereka yang kaya raya ini tidak mahu membersihkan nama mereka dengan menyaman Deepak dan Americk Sidhu di Mahkamah sivil atas tuntutan fitnah?

Pokoknya salah seorang daripada penama-penama itu boleh didakwa atau disaman berdasarkan senario yang saya bentangkan di atas. Ketiadaan pendakwaan ke atas mana mana individu itu adalah suatu yang amat pelik dan ganjil.

Adakah Negara ini tiada pendakwaraya atau tiada undang-undang? Adakah polis dan Ghani Patail juga tidak dibenarkan menyiasat dan mendakwa mana mana penama tersebut?

Sekiranya Deepak Dan Americk Sidhu memberi kenyatan palsu atau menipu atau memfitnah adakah Kerajaan BN merasakan pendakwaan ke atas mereka ditakuti akan mendedahkan lagi banyak pekung isu Altantuya sekaligus meranapkan impian Najib dan Umno untuk terus berkuasa di Putrajaya?

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya?

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana.

Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa. -HD

47 comments:
Write comments
  1. Kilang fitnah PKR sejak akhir-akhir ini punyai masalah, sejak dari dulu lagi mereka tidak pernah gagal mengeluarkan pelbagai produk fitnah untuk sajian menjadi halwa telinga kepada para penyokong dan menghasuti rakyat. Propaganda mereka mudah, pembohongan yang diulang-ulang hingga ia akan kelihatan benar.

    ReplyDelete
  2. Cuba kita lihat bagaimana kes Altantuya, dahulunya kembali senyap dan sudah basi apabila Raja Petra orang yang pertama membuat dakwaan kononnya pembabitan Rosmah dan Najib membuat pengakuan bahawa kesemua ceritanya adalah rekaan semata-mata. Malah beberapa individu didalam ceritanya juga tidak wujud.

    ReplyDelete
  3. Kemudian puak haprak ini mendakwa Rosmah berada dilokasi pada tarikh dan waktu Altantuya dibunuh. Heboh satu negara ceramah-ceramah pakatan bagaikan sarkis menjadikan modal untuk membuat fitnah. Pembohongan diulang-ulang lagi.. Ramai yang percaya fitnah ini..

    ReplyDelete
  4. Tarikh dan masa seperti yang didakwa oleh Raja Petra dan SD Bala pada ketika itu ternyata satu pembohongan besar dan fitnah. Rosmah berada di satu majlis menghargai anak anak yatim. Malah Najib secara terbuka melakukan sumpah laknat beberapa kali di masjid dan di dewan PWTC bahawa dirinya dan Rosmah langsung tidak mengenali Altantuya dan terbabit didalam isu ini.

    ReplyDelete
  5. Kilang fitnah haprak pakatan konsisten melakukan pembohongan, pelbagai skrip dan drama dibuat untuk memberi persepsi yang buruk kepada pemimpin negara. Dr Setev Shaariibu juga mendakwa pemimpin pakatan berbohong. Bayangkan ayah kepada mangsa turut mempertahankan Ds Najib dan Rosmah.

    ReplyDelete
  6. Hari ni Deepak muncul dan beberapa portal pembangkang yang diketahui ramai terlalu banyak terbukti melakukan pembohongan menghidangkan kembali lauk basi. Skrip lama diulang …bohong lagi..fitnah lagi..

    ReplyDelete
  7. Banyak lagi skrip pembohongan dan fitnah digarap sebegitu rupa seolah para pemimpin Umno ini tidak tahu halal dan haram, seolah pemimpin Umno ini tidak tahu syurga dan neraka. Begitulah gambaran yang diberikan. Bagi mereka yang bebas akal pemikirannya sudah pasti dapat bezakan mana yang tipu dan benar.. mana yang logik mana yang tak logik.

    ReplyDelete
  8. Bagi mereka yang sudah dihasut,pemikiran yang penuh dengan kebencian amarah sudah pasti tidak mampu berfikiran dengan waras. Keling Karpet seperti Deepak kantoi beberapa kali, tidak konsisten dan dilihat gagal melaksanakan tugas.. Maka terpaksa lah haprak pakatan cari kaki putar belit seperti PI Bala..

    ReplyDelete
  9. Walaupun mengetahui P Balasubramaniam seorang pembohong, seperti biasa khidmat orang seperti ini amat diperlukan disaat kredibiliti jalan cerita skrip pembohongan sudah terpecah tembelang. Rakyat bukan bodoh dan buta, apa yang haprak pakatan cuba gambarkan seolah Najib dan Rosmah orang yang tidak ada agama.. seolah pasangan pemimpin negara ini tidak tahu dosa dan pahala..

    ReplyDelete
  10. Kepada jentera propaganda haprak pakatan.. carilah idea baru.. dah basi isu Altantuya tu.. bohong tak habis habis.. takkan korang suka sangat dengan lauk basi ni.. semua isu recycle.. mulanya Suaram panas kononnya Mahkamah Perancis nak dakwa Najib.. kemudian apabila kantoi berbohong.. timbul pulak Deepak.. nak bohong rakyat pun biar la nampak logik sikit.. Saifudin, Bardtuya dan barisan pemimpin PKR.. sudah sudah la bohong rakyat..

    ReplyDelete
  11. PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

    ReplyDelete
  12. Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  13. Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

    ReplyDelete
  15. Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

    ReplyDelete
  16. Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

    ReplyDelete
  17. Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

    ReplyDelete
  18. Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

    ReplyDelete
  19. Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

    ReplyDelete
  20. Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  21. Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

    ReplyDelete
  22. Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.

    ReplyDelete
  23. Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, yang menarik minat ramai dan kini dalam proses perbicaraan.

    ReplyDelete
  24. Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati (Altantuya) pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti.

    ReplyDelete
  25. Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

    ReplyDelete
  26. Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu.

    ReplyDelete
  27. Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

    ReplyDelete
  28. Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.

    ReplyDelete
  29. Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.

    ReplyDelete
  30. Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.

    ReplyDelete
  31. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.

    ReplyDelete
  32. Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya.

    ReplyDelete
  33. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar. Tapi sebenarnya semua itu palsu dan fitnah semata-mata.

    ReplyDelete
  34. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.

    ReplyDelete
  35. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.

    ReplyDelete
  36. Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.

    ReplyDelete
  37. Sebarang kenyataan daripada pihak eksekutif negara pasti mengundang salah faham dan dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah. Sehingga 1 Mei 2008, perbicaraan kes Altantuya masih berlarut-larut kepada isu-isu teknikal.

    ReplyDelete
  38. Pada 2011, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  39. Jadi bermakna ada pihak yang kurang senang dengan Datuk Najib dan cuba untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  40. Kes ini masih lagi digunakan oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan PM kita.

    ReplyDelete
  41. Semua ini tidak benar sama sekali. Ini hanyalah jerat daripada pihak politik demi kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  42. Dari dulu sampai sekarang tidak ada bukti diberikan. Jika benar tampil dan serahkan sendiri. Sampaikan RPK sendiri mengaku dia terdesak dan didesak oleh individu yang tidak mahu Najid menjadi PM. Jadi ini membuktikan semua itu permainan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  43. Jef ambuyat dan hidup disabah.... kamu suruhlah PM tu, saman Bala, Deepak dan Americk Sidhu untuk bersihkan nama dia dan kerajaan malaysia... tanya juga sama datuk T dan kawan2nya yang buat video anuar kalau mereka berani buat kenyataan kes antantuya nih.... kan senang... korang putar belit apa hal.... orang sabah akan undi PKR... ini kalilah...

    ReplyDelete
  44. kes ini dah lama, hingga kini masih belum selesai

    ReplyDelete
  45. Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, yang menarik minat ramai dan kini dalam proses perbicaraan.

    ReplyDelete
  46. Dalam kenyataan kepada sebuah blog, timbalan perdana menteri berkata beliau tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

    ReplyDelete
  47. "Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati (Altantuya) pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.