Wednesday, March 20, 2013

Skandal Anak Perdana Menteri Malaysia?

PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.

Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.

Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.

Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.

Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.

Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.

Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.

Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.

APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.

Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.

Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.

Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan

Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.

Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.

Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.

Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.

Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.

Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.

Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.

Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.

Salam Hormat,

WARGA PERSISIR PANTAI

-Sabahkini.net

53 comments:
Write comments
  1. Betul sewaan pejabat APMM di IOI Hotel,Putrajaya mahal. Cantik.Hotel 6 bintang katakan siap berada dlm kawasan Golf resort. Aku terkejut beruk tengoknyer. Lepas tu,kebanyakan anggota polis marin pun marah dgn wujudnya APMM dimana,perairan negara tidak lagi jadi t/jawab polis tetapi APMM pun tak mngawal jugak. Pernah aku 'kenen' seorg Ketua Penguatkuasa APMM ( satu daerah di sabah) dgn mnyatakan kenapa perairan negara gagal dikawal ( sebelum insiden Lahad datu pun) ,dia mnjawab dgn sedih dan malu kot..."Kita tak cukop kapal"...Nak trgelak aku. Kesimpulannya,kita terlalu banyak PIHAK BERKUASA sehingga tak tau sapa yg sebenarnya BERKUASA. Tak kira le di laut..udara atau jalanraya.

    ReplyDelete
  2. Hancur2...Kewujudan APMM telah merendahkan kredibiliti PDRM sebagai benteng negara selain dari ATM. Peruntukkan berjuta2 semakin menguntungkan kroni2nya sahaja...x perlu cakap berjela2... sesungguhnya APMM telah gagal! Gagal dengan cemerlang....!

    ReplyDelete
  3. Bagi saya Malaysia mempunyai terlalu banyakj Jabatan dan Agensi kerajaan yang bertindih yang memerlukan perbelanjaan bulanan yang cukup tinggi. Ini satu pembaziran yang amat ketara sekali. Sebagai contoh, di jalanraya, 'Roadblock', Polis buat, JPJ pun buat Di Laut ada Polis Laut, Tentera Laut, Jabatan Kastam, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan. Bagi saya tanpa JPJ dan APMM, penguatkuasaan boleh dibuat dengan menubuhkan cawangan atau pasukan khas bagi Agensi yang sudah ada tanpa ada Jabatan baru yang sudah tentu menjimatkan peruntukan kerajaan. Wang yang ada sepatutnya digunakan untuk membeli senjata moden yang mencukupi aset kemudahan dan penambahan anggota tanpa perlu menggaji Pengarah Baru, Bangunan Baru, Sewa Bangunan dan sebagainya yang boleh membazir wang kerajaan. Jika dibuat sekarang anggota APMM dan JPJ boleh diserapkan menjadi cawangan khas/unit khas Polis Laut dan cawangan khas Polis Traffict.

    ReplyDelete
  4. sepatut nya kerajaan malaysia harus memerbaiki sistem operasi kepada POLIS MERIN bukan memberikan kuasa pada APMM yang indah kabar dari rupa dari segi penugasaan pun alahai apalah erti nya hanya berani memeriksa bot bot nelayan tempatan yang menangkap ikan kemudiam membawa bot bot nelayan berkenaan untuk di tahan.mana pergi fungsi APMM dalam pencegahan dan pengawalan perairan negara dari di bolosi.saya sebagai warga malaysia amat berbanga dengan POLIS DIRAJA MALAYSIA masih ingat lagi kah peristiwa BUKIT KEPONG.coba lah datang kemana mana pengkalan polis merin di seluruh negara malang sekali sedih aku dengan kekurangan yang ada.HANYA LAH SEMANGAT YANG TINGGI TAHNIAH WAHAI PEJUANG NEGARA KU.

    ReplyDelete
  5. Aku sebenarnya masih rasa bengong lagi,apa tujuan APMM tu? malah diSabah ni ada satu lagi unit iaitu Markas Angkatan Bersama trdiri dr angg TLDM, TDM dan TUDM. Fening2 gua memikior kan nyer,yoepp!!

    ReplyDelete
  6. APMM = Angkatan Perdana Menteri Menipu....

    ReplyDelete
  7. wei, ko tahu tak sebelum APMM wujud, sempadan sabah dah lama bocor.. dah banyak dah lanun mendarat..merompak dan menculik. ko orang baru diberanakkan ke..atau duk luar negara lama sangat. Masa tu Polis Merin tak wujud ke..kalau nak tahan rakyat malaysia masuk malaysia.. atas akta apa yang nak pakai ni..

    ReplyDelete
  8. Tatkala pihak pembangkang mencari salah pihak kerajaan,kementerian,agensi dan jabatan atas ketegangan yang berlaku di Lahad Datu..Rakyat Palestin yang pernah merasai saat diserang negara luar sudah tentu mereka pun pelik dengan keadaan dan sikap pembangkang negara yang tidak sudah2 mencari ruang untuk memburukkan kerajaan kita...

    ReplyDelete
  9. Inilah sikap pembangkang yang sangat kejam dan zalim...sepatutnya bila diserang negara luar.kita bersatu untuk selesaikan..ini tidak..ada saja nak salahkan kerajaan..

    ReplyDelete
  10. Bayangkan jika pembangkang di negara ini kita letakkan di Palestin sudah tentu rosak dan punah ranah jadinya Palestin..Sebabnya..Israel serang Palestin maka mereka akan cari peluang untuk salahkan kerajaan Palestin biarpun tidak diiktiraf... Sikap para pembangkang dinegara ini memang sangat ortoDOG dan jumud..

    ReplyDelete
  11. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

    ReplyDelete
  12. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

    ReplyDelete
  13. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

    ReplyDelete
  14. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

    ReplyDelete
  15. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  16. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

    ReplyDelete
  17. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

    ReplyDelete
  18. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

    ReplyDelete
  19. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

    ReplyDelete
  20. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Tindakan Anwar menyanyikan lagu “”Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

    ReplyDelete
  21. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. ““Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

    ReplyDelete
  22. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  23. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

    ReplyDelete
  24. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    “Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu. “”Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

    ReplyDelete
  25. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    “Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

    ReplyDelete
  26. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Dua pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah.

    ReplyDelete
  27. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

    ReplyDelete
  28. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

    ReplyDelete
  29. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki… satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik...

    ReplyDelete
  30. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang. Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

    ReplyDelete
  31. DALIL PENGLIBATAN ANWAR/PAKATAN RAKYAT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

    ReplyDelete
  32. Keluar sedikit dari tempurung, BN tuduh Pemimpin Pembangkang yang ada kaitan dengan Ketua Pembangkang. Pembangkang pula tuduh Pemimpin BN. Sumber kita dapat dari Media Luar Negara. Macam dalam Malaysia, Media luar negara pun bukan semua betul. Cuba kita andaikan begini, Mood rakyat malaysia sekarang mood pilihanraya, kita dimain oleh Media Asing supaya bergaduh, tuduh memanjang. Jika ini permainan musuh, macam kata Jeff Ambuyat, 'Penceroboh mengambil kesempatan". Bila mereka berjaya menhuruharakan Negara kita, mereka lebih senang masuk. Jadi untuk masa hadapan jangan sampai kita mau lagi ditipu, macam pura-pura menyerah tu, itu satu cara menipu, cara lain banyak lagi termasuk Media.

    ReplyDelete
  33. BN nih Anwar nyanyi lagu Najib goyang,sabah nak hilang pun dia takut. Sabah nak hilang tu maksudnya sabah jatuh ketangan pembangkang dr OMNo,bukan jatuh pd Sultan Sulu. Bebal maksima UMNO brsama UMngok nih

    ReplyDelete
  34. Betul kata lufta tu. Saya ada pengalaman, seorang kawan bila ditanya, jawapannya sentiasa tidak tahu, sebenarnya dia tahu mengenai tugas, akhirnya dia benar-benar tidak tahu bidang yang sudah pernah dia buat berpuluh tahun, jadi jangan pura-pura tidak tahu maksud Sabah nak hilang.

    ReplyDelete
  35. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempertingkat kawalan di perairan Lahad Datu, Sabah dengan kerjasama agensi keselamatan negara termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menghadapi perkembangan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina.

    ReplyDelete
  36. Ketua pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, tiga kapal maritim dan enam bot kini berkawal di perairan.

    ReplyDelete
  37. Di Lahad Datu, (sebelum ini) kita mempunyai tiga buah kapal yang beroperasi pada setiap masa, iaitu dua akan berada di laut, manakala sebuah lagi untuk siap siaga.

    ReplyDelete
  38. Namun bagi kes pencerobohan yang berlaku kita telah mengarahkan enam bot APMM yang berpangkalan di Sandakan, Sabah bagi meningkatkan kawalan di perairan itu,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia, yang kini dikenali sebagai Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Gebeng, di sini, hari ini.


    ReplyDelete
  39. Beliau berkata, di kawasan Lahad Datu sahaja, panjang pesisir pantai di kawasan berkenaan lebih 100km dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam mengawal perairan itu, malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu, jarak sempadan perairan dengan Filipina hanyalah “10 minit” menerusi perjalanan bot.

    ReplyDelete
  40. JEFF AMBUYAT INI KALI LAH.KO DAH MAKAN AMBUYATKAH

    ReplyDelete
  41. TAK NAMPAK KAH PENGORBANAN PDRM DAN ANGKTAN TENTERA KITA.APA MAKSUD DI RAJA.LAIN KALI BACA SEJARAH TANAH AIR KITA.SEJARAH BUKIT KEPUNG,DAN SEJARAN PENDUDUKAN JEPUN BUKAN KAH PERWIRA KITA DI BARISAN HADAPAN.MASA ITU APMM DAH UJUDKAH.SEPATUT NYA KITA BERBANGA DENGAN PWRWIRA NEGARA KITA SANGUP MEPERJUDIKAN NYAWA DEMI NEGARA KITA.APAKAH PENGORBANAN KITA PULA PADA NEGARA

    ReplyDelete
  42. sekadar cadangan bagui kalau JEFF AMBUYAT bertanding lwn datuk seri ANWAR di mana mana juga kawasan pasal dia tahu kelemahan datuk seri anwar.boleh menangkah hehehehehehehehehehehehehehhehehehehehehehehhahahahahahahaahahahah

    ReplyDelete
  43. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan membentangkan manifesto yang akan menyedarkan rakyat bahawa bila BN buat sesuatu, ia yakin bahawa ia janji yang ditepati.

    ReplyDelete
  44. “Manifesto BN ialah apa yang akan BN lakukan lima tahun akan datang dan apa yang telah dilakukan dalam masa empat tahun ini,” kata perdana menteri kepada pemberita semalam ketika diminta mengulas pembentangan manifesto pembangkang baru-baru ini yang dilihat tidak realistik oleh banyak pihak.

    ReplyDelete
  45. Pengerusi BN itu berkata manifesto BN tidak langsung akan berpandukan manifesto pakatan pembangkang yang tidak ubah seperti “silap mata politik semata-mata mahu menyedapkan rakyat yang mendengar”.

    ReplyDelete
  46. Kerajaan akan memperjelas kepada rakyat tidak lama lagi bahawa manifesto pembangkang merupakan suatu yang tidak boleh ditunaikan.

    ReplyDelete
  47. “Kita kena lihat secara menyeluruh manifesto pembangkang itu, sebab ada perkara yang disebut tidak diberi angka yang tepat,” katanya selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar Kuala Pahang.

    ReplyDelete
  48. “Contohnya (pembangkang) hendak kurangkan harga elektrik, harga minyak, bekalan air, hapuskan tol, pendidikan percuma dan jika ada kuasa, akhir penggal lima tahun pemerintahannya pendapatan setiap isi keluarga mencecah RM4,000 sebulan.

    ReplyDelete
  49. “Tetapi dia tidak menyatakan bagaimana hendak melakukan dan apakah peruntukan dan dana yang perlu dikeluarkan untuk mereka sampai ke tahap itu, bila harga minyak dikurangkan, tidak sebut banyak mana,” katanya.

    ReplyDelete
  50. Oleh itu, kata perdana menteri, jelas ada silap mata politik dalam hal ini.

    “Untuk bagi sedap orang mendengarnya dan bila turun padang lihat kelompok yang dia (pembangkang) akan beri ucapan, (berdasarkan) kalau kelompok suka sesuatu isu, dia akan sebut perkara itu dan bila di tempat lain (dia akan) sebut isu lain, tidak sebut keseluruhan (manifesto),” katanya.

    ReplyDelete
  51. Najib berkata BN akan bertindak balas dalam masa terdekat ini dengan memperjelas setiap janji pilihan raya pembangkang yang ternyata tidak boleh, dan tidak mungkin ditunaikan, sebab jika dicuba juga, pasti akan membawa kepada keruntuhan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  52. DS Najib kata manifesto BN tidak langsung akan berpandukan manifesto pakatan pembangkang, harap cakap ini ditepati. Selepas PRU12, Kerajaan Pulau Pinang beri wang RM100, seorang kepada warga emas yang disabotaj kononnya hasil duit judi. Kemudian DS Najib beri BRIM RM500 kepada yang layak. Tambahan cuti bersalin untuk wanita bersalin dibuat oleh Kerajaan Kelantan dahulu kemudian diikut oleh BN. Ini berlaku baaru dalam masa 5 tahun ini, macam ada ciri-ciri mengikut, tidak apa baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  53. dh2 la tu...klu nk gaduh smpi bila pun x abis..yg masalah polis marin ngn apmm tu xda kena mengena pn...x abis2 nk salah kn org lain...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.