Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. (Bernama)
Tuesday, March 19, 2013
Tinggal 50 Pengganas Di Tanjung Batu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku dengar statement Panglima ni atau KPN,memanjang oprasi akan selesai dlm dua tigahari lagi. Masalahnya..mnggu lepas pun dua tiga hari jugak. Dah le takde style sbg seorg panglima tentera utk buat kenyataan akhbar, statement pun mcm budak2. Sepanjang 4 mnggu kita dihidangkn dgn Press Conference spt yg mereka berdua,kalau kat USA nun, dah lama kena terminate oleh Kongress. Comdr NATO mereka pun dibuangnya alasan berlembut dgn pnduduk residensi/lokaliti.
ReplyDeleteTinggal 50 jer. 50 org ke 50 ekor?? Pandai nak buat statement corner baring. Leh percaya ke 50 org.
ReplyDeletestetmen tu leh percaya. 50 tu kat tanjung batu je. tempat lain mungkin ada sbb mungkin pengganas tu dah lari betempiaran tempat lain. sikit hari lagi yg 50 tu 'jalan' laa.
ReplyDeleteEight Filipinos, who are facing the death penalty and life imprisonment upon conviction, were charged at the High Court here with waging war on the Yang di-Pertuan Agong and being members of a terrorist group.
ReplyDeleteYesterday, the eight foreigners were charged at the Magistrate’s Court, which held a special session at the Lahad Datu District Police Headquarters. The case was later ordered to be transferred to the Tawau High Court today.
ReplyDeleteNo plea was recorded before judge P. Ravinthran.
ReplyDeleteThe eight were placed under tight security throughout the proceedings and seven of them had to wear the straightjackets.
ReplyDeleteAll of them, aged between 17 and 66, were charged with waging war on the Yang di-Pertuan Agong under Section 121 of the Penal Code.
ReplyDeleteOn the second count of being members of a terrorist group, they were charged under Section 130KA of the same code, which carries life imprisonment and a fine upon conviction.
ReplyDeleteThe original charge in the Malay language was also translated into Bajau and Suluk.
ReplyDeleteAttorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail led the prosecution team, assisted by the Head of the Trial and Appeal Division, Datuk Nordin Hassan and Deputy Public Prosecutor Mohd Dusuki Mokhtar, both from the Attorney-General’s Chambers, Putrajaya.
ReplyDeleteThe court set April 12 for mention to find out the developments on the Attorney-General’s discussion to appoint counsels for the accused.
ReplyDeleteWhether they would be appointed by the Bar Council, the Philippine government or the accused themselves has yet to be decided.
ReplyDeleteRamai anggota kumpulan pengganas Kiram yang sedang
ReplyDeletemenyembunyikan diri daripada diburu pasukan keselamatan, bersedia
menyerah diri setelah berputus asa untuk meneruskan perjuangan mereka
dan mengalami kebuluran.
Sumber berkata, pengganas yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan
ReplyDeletekecil dikesan sudah hilang arah dan berada dalam keadaan tertekan akibat
trauma dengan insiden yang berlaku.
Beliau berkata, ini kerana sebelum datang ke Lahad Datu, Sabah untuk
ReplyDeletemenuntut negeri itu, mereka telah dijanjikan bayaran RM80,000 setiap
seorang dan diberikan pangkat dalam pasukan polis atau tentera jika misi
mereka berjaya.
Malah, katanya, anggota yang sedia untuk taat setia menyumbangkan bakti
ReplyDeletesebagai 'polis' dan 'tentera' dalam misi pencerobohan itu dijamin bahawa
tiada pertumpahan darah akan berlaku menyebabkan mereka tidak ragu-ragu
menyertai kumpulan pengganas Kiram.
HARAP INI BETUL2 TERJADI ....
ReplyDeletePengganas Kiram Azumudie Dibunuh Pengikut Sendiri
Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.
Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.
Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.
Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri.
Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.
Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.
Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.
Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.
-apple-biru.blogspot.com
Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun assured the people that Sabah is safe and to prove his point he will be visiting Tawau and Semporna today (Thursday).
ReplyDelete"To show how safe Sabah is, the Federal Tourism Minister Datuk Dr Ng Yen Yen and I will be going to Tawau and Semporna tomorrow to let you know everything is safe, so please stop listening to rumours and put your trust in our security forces personnel," he said.
ReplyDelete"We want to demonstrate in no uncertain terms that the place is safe for tourists to visit and I am sure Ministers would not want to risk their lives if really there is danger in Semporna or even any place.
ReplyDelete"The fact that we are going there is a confidence in us and that life has gone back to normal," he said.
ReplyDeleteMasidi again reminded the people not to listen to rumours because a lot of the problems are caused by rumours which influence their work, citing panic buying of rice and food essentials recently.
ReplyDelete"The worst thing that can happen is when people start believing in rumours which could perhaps be part of the intruders' strategy to make us fearful and then nobody would want to do their job," he said, adding that if that happens, then it's just a matter of time before the whole system, economy and political system collapse.
ReplyDeleteJangan berlengah lagi.
ReplyDeletePengganas ini harus dihapuskan segera.
ReplyDeleteBut I believe in our Malaysian forces. They are strong enough.
ReplyDeleteThey are warriors, forever and ever.
ReplyDeleteMereka telah bertungkus lumus untuk menjaga tanduo.
ReplyDeleteOps Daulat telah menolong ramai orang di situ.
ReplyDeleteAnd I am confident that they will never know what is going on until they are there.
ReplyDeleteWe should put our trust in them.
ReplyDeleteUndi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
ReplyDeleteUndi DAP Bawa Penindasan BangsaUndi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
ReplyDelete