Tuesday, March 19, 2013

Dr Mahathir Punca Krisis Lahad Datu?

Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15.

-By : JAMILAH KAMARUDIN (sabahkini_)

107 comments:
Write comments
  1. Sabah harus keluar dalam gagasan Malaysia sebabnya pihak Malaya mengkianati sepenuhnya perjanjian yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara 20 1963.Jangan salahkan rakyat Sabah Malayalah yang bertanggong jawab sebab kenapa begitu jahat dan rakus kerana kuasa!Nethijanya Bangas Malaysia yang ada pada hari ini teramat tertipu dan rugi kerana pendatang asing yang tidak dikawan mengikut undang undang?dalam perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Mahathir Bodoh, Orang inilah jelmaan melayu moden bodoh... janganlah orang malaysia mengiktiraf gelar 'Bapa pemodenan' tetapi panggilan baginya ialah 'BAPA PENIPU MALAYSIA'.... Wahai rakyat Sabah mari Tolak parti yang menipu ini....

    ReplyDelete
  3. iya betul tu,, saya setuju jangan Kali-kali undi parti shyaitan yg anda kenal......


    BAYUMURNI.......

    ReplyDelete
  4. Kalau kat Thailand,lama dah Mahathir kena penjara. Serious cakkap ,bah.

    ReplyDelete
  5. Dari maklumat 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

    PKR mendesak agar Najib tampil memberi menjelaskan berapa ramai di kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia.

    "Kita juga ingin tahu dari kalangan penceroboh bersenjata berapa ramaikan mereka merupakan ahli Umno.

    "Kenapa Najib tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru," sambung Rafizi lagi.

    Rafizi yang turut menegaskan penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini jelas mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan projek IC yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

    ReplyDelete
  6. Kita berdiri teguh dibelakang Pasukan Keselamatan yang menggempur penceroboh. Kita sangat menyokong ops daulat...tapi bila peristiwa di Lahad Datu dijadikan fitnah poltik puak berkuasa dan sekarang disebarkan berita palsu kononnya pihak pembangkanglah yang punya angkara maka ini adalah satu perbuatan politil jijik yang tidak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  7. MAHADIR BANYAK BERKEMPEN DARI PAK LAH DAN NAJIB.
    SIAPA PM SEKARANG?

    ReplyDelete
  8. samua hak Allah. apa mahu rebut2. kita cuma diamanahkan. yg kekal di akhirat sana. baik kita rebut2 pi sana. jgn sampai di sana kita jd merempat. di sana ndak ada sdh pandang kad pengenalan... semua kita akan di hitung dgn seadil-adilnya ndak tak kira dah pangkat, kaum, warganegara ka, pendatang ka. yg penting yg bernama manusia iaitu cucu nabi adam.

    ReplyDelete
  9. bah kalau bagitu kita ni bukan lagi warga sabah la, kita sudah jadi warga akhirat yg sebenar nya, bukan kah bagitu anonymous?

    kita jangan sekali membiarkan diri kita Di zalimi oleh pemimpin kejam sebaliknya kita bangun dan berjihat menentang kebatilan
    di muka bumi ini..

    BAYUMURNI.....

    ReplyDelete
  10. 1. parti pemberi ic palsu ialah parti pengkhianat dan penjual negara. Parti ini wajib ditendang keluar dari tanah air kita

    2. jika bayumurni nak keluar dari sabah (malaysia), dipersilakan dan dijemput ke tawi tawi

    ReplyDelete
  11. Nampaknya "tangan ghaib" yang buat ARAHAN makin terserlah wajahnya... tak mungkn PM Malaysia akan berani istihar PERANG jika tiada dorongan & nasihat seseorang. Nah sekarang kita jadi lagi teruk drpd penjajah-penjajah zaman silam Perang Gerila sesama Islam... baguslah.

    ReplyDelete
  12. Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.

    ReplyDelete
  13. Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

    ReplyDelete
  14. Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu.

    ReplyDelete
  15. NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.

    ReplyDelete
  17. Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US).

    ReplyDelete
  18. US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

    ReplyDelete
  19. Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus.

    ReplyDelete
  21. Dalam pada itu satu upacara simbolik membakar patung bergambar Naib Presiden PKR Tian Chua diadakan selepas forum itu selesai berikutan dakwaan beliau terhadap insiden di Lahad Datu sebagai sandiwara politik UMNO.

    ReplyDelete
  22. Siapa yang tak kenal dengan Anwar - Raja Saman, pantang orang petik atau ada sebut nama dia sikit, dia akan saman... haa.. apa lagi, kenapa Anwar tak berani nak saman laman-laman portal antarabangsa yang telah mendedahkan Anwar sebagai dalang penceronohan di Lahad Datu?

    ReplyDelete
  23. Samanlah RM100 Juta... nak nafikan apa lagi... nak tunggu apa lagi? kata lawan tetap lawan! Sebenarnya Anwar takut nak saman sebab bimbang lagi banyak rahsianya akan didedahkan... Itu lah dia kalau dah dasar pembohong tu, pembohong lah jugak....

    ReplyDelete
  24. Anwar Ibrahim menafikan pakatan pembangkang sebagai dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

    ReplyDelete
  25. Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan terbaru pihak perisikan Filipina yang secara terbuka mengaitkan nama beliau dalam kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua anggota komando polis terkorban dan tiga cedera dari pasukan VAT69. Anwar walau bagaimanapun menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu. Justeru Anwar menolak sebarang fitnah yang dilontarkan kepada pembangkang sehingga menjejaskan imej parti itu.

    ReplyDelete
  26. Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

    ReplyDelete
  27. Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

    ReplyDelete
  28. "Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

    ReplyDelete
  29. Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini. Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat Umno.

    ReplyDelete
  30. Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak

    ReplyDelete
  31. Namun pasukan keselamatan negara terpaksa bertindak mempertahankan kedaulatan negara selepas penceroboh yang diketuai oleh adik bongsu Sultan Jamalul Kiram III enggan memberi kerjasama, mahupun menyerah diri.

    ReplyDelete
  32. PKR has urged the government to reveal if the Sulu militants who invaded Sabah last month were given blue identity cards (ICs) under Project IC.

    ReplyDelete
  33. The Sulu sultanate said yesterday that Agbimuddin Kiram — the brother of self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III — was never issued a blue IC, but admitted that he had worked as an assistant district officer in Kudat on Sabah’s north.

    ReplyDelete
  34. “The confirmation (by the Sulu sultanate) raises worries among many quarters whether the armed group in Lahad Datu involves Malaysians originating from the Philippines who hold blue identity cards,”

    ReplyDelete
  35. “This matter raises the possibility of threats to national security, as a result from certain parties allegedly linked to (former Prime Minister) Tun Dr Mahathir Mohamad who allegedly gave citizenship without due process,” he added.

    ReplyDelete
  36. Dr Mahathir, Malaysia’s longest-serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenship was allegedly given to immigrants for their votes.

    ReplyDelete
  37. PKR said yesterday that Agbimuddin was appointed in the civil service in 1974, based on a 1975 Sabah government payroll dug up from the state’s archives.

    ReplyDelete
  38. The Sulu sultanate’s spokesman, Abraham Idjirani, reportedly said yesterday that Agbimuddin was still alive after fresh clashes against Malaysian security forces that killed two Sulu militants yesterday.

    ReplyDelete
  39. The Sulu sultanate’s “raja muda” or crown prince had led a 200-strong band of gunmen into Lahad Datu last February 9 and turned the Sabah east coast into a violent battleground in their bid to retake the state.

    ReplyDelete
  40. Rafizi also urged the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah to continue its proceedings to expose the illegal issuance of ICs in the Borneo state.

    The RCI is due to resume on April 15, according to RCI secretary Datuk Saripuddin Kasim.

    ReplyDelete
  41. The RCI, which was formed on August 11 last year, has an additional six months to complete its probe after receiving the Yang di-Pertuan Agong’s consent.

    Former Sabah National Registration Department (NRD) officers have testified at the RCI that blue ICs were sold to Filipino, Indonesian and Pakistani immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  42. Anwar lupa, kebanyakan saksi masih hidup dan boleh terangkan bagaimana pejabat Timbalan Perdana Menteri tahun 1991 MONITOR isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan.



    Anwar silap lagi. Silap memilih strategi isu kerakyatan Sabah untuk menganyang Barisan Nasional.

    Anwar kembali melompat dan risau isu Suruhanjaya Diraja (RCI) ini lebih banyak menuding jari ke arahnya. Bukan ke arah Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  43. Tangan Anwar tidak bersih sebenarnya daripada isu RCI dan kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    Golongan muda barangkali tidak tahu satu unit khas yang ditubuhkan di bawah pejabat Ketua Menteri Sabah ditubuh tahun 1991 untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah.

    Apakah satu kebetulan apabila Anwar menang besar pemilihan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993? Dan kebanyakan majoriti undi kemenangan datangnya dari Sabah.

    Apakah tidak ada kaitan antara kebanjiran pendatang haram dengan pencalonan terbanyak Anwar sewaktu bertanding Timbalan Presiden?

    ReplyDelete
  44. Anwar panik ... Anwar mahu cuci tangan secepat mungkin.

    Tapi Anwar lupa, kebanyakan saksi masih hidup dan boleh terangkan bagaimana pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu MONITOR isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan.

    ReplyDelete
  45. asanya, susah untuk Anwar nak spin isu ini.

    Satu-satunya jalan keluar Anwar adalah menyalahkan Tun Dr Mahathir ...

    Anwar dengan rela hati menawarkan diri untuk MONITOR kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tanpa pengetahuan Tun Dr Mahathir, Anwar ada agenda sendiri.

    Ramai juga kalangan pimpinan PKR yang risau – RCI ini akan check-mate Anwar, bukannya Tun Dr Mahathir.

    Khabarnya juga Tun Dr Mahathir belum dipanggil sebagai saksi bagi RCI.

    ReplyDelete
  46. Membongkar Strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim MENJELANG PRU 13!


    Berlabuhnya Persidangan PKR (Parti Koyak Rabak) beberapa hari yang lalu merupakan perancangan dan persediaan Tuan Haji Anwar Ibrahim bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

    Jentera PKR sudah mula mengatur strategi terakhir jika sekiranya Tuan Haji Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat dan dihumbankan ke Prison Resort Sungai Buloh.

    ReplyDelete
  47. Membongkar Strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim MENJELANG PRU 13!


    dua senario yang berkemungkinan berlaku dalam Tuan Haji Anwar Ibrahim menghadapi situasi menjelang PRU ke-13.

    ReplyDelete
  48. Membongkar Strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim MENJELANG PRU 13!


    SENARIO PERTAMA
    Jika pilihanraya diadakan sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara, maka Tuan Haji Anwar Ibrahim masih kekal bertanding sebagai calon.

    Khabar dari sahabat seberang sana (informer) statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya PKR, PKR tidak mampu memenangi semua kawasan parlimen yang dimenangi pada tahun 2008.

    Banyak kerusi parlimen yang dikenalpasti kini berstatus HITAM. Dan menurut sumber GWM (informer) beberapa kawasan seperti Wangsa Maju dan Kulim, calon PKR bakal kalah teruk.

    Kajian yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut, turut mengakui penggunaan maksimum isu video seks Tuan Haji Anwar Ibrahim telah merosakan kredibiliti dan kewibawaan beliau. Malah, DAP turut mengakui bahawa video seks Tuan Haji Anwar Ibrahim akan mempunyai 'domino effect' kepada undi mereka.

    PKR dijangka hanya mampu memenangi maksimum 16 kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  49. Membongkar Strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim MENJELANG PRU 13!


    SENARIO KEDUA

    Jika pilihanraya diadakan setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara, maka Tuan Haji Anwar Ibrahim tidak lagi berpeluang bertanding sebagai calon.

    Tuan Haji Anwar Ibrahim begitu yakin akan berlaku 'Tsunami Undi Simpati' kepada PKR jika situasi ini berlaku (beliau dihumban kedalam penjara). Pertaruhan Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah penambahan kerusi Parlimen di Sarawak. Mungkin hanya 1 atau 2 kerusi parlimen.

    Jawatankuasa Strategik Pilihanraya PKR telah membuat penyusunan semula kawasan parlimen bagi calon yang akan bertanding.

    Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, Azmin Ali berpindah ke Lembah Pantai dan Nurul Nuha (adik Nurul Izzah) akan bertanding di Setiawangsa. Anwar yakin perubahan itu akan berlaku penambahan kerusi.

    PKR dijangka memenangi maksimum 20 kerusi Parlimen.

    Walaubagaimnapun, imej dan kredibiliti Tuan Haji Anwar Ibrahim akan menjadi punca utama kegagalan PKR di samping banyak isu-isu di negeri-negeri bawah jajahan takluknya yang gagal diselesaikan sebelum menjelang pilihanraya umum nanti.

    Sumber dalaman GWM mengakui rakyat sudah semakin muak dengan politik retorik yang dimainkan oleh PKR beserta DAPigs dan PAShit!

    ReplyDelete
  50. Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan penglibatan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu penting untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa yang terlibat.

    “Ini perkara yang amat penting. Keselamatan negara kita tidak boleh diambil ringan. Jangan hari ini berlaku, esok lagi berlaku. Kalau kita tak hentikan dalang-dalang seumpama ini, yang akan merana ialah semua rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  51. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jeti nelayan Sungai Udang yang bernilai RM1.5 juta dan menyampaikan elaun sara hidup kepada 748 nelayan, di sini Jumaat.

    Mohd Shafie berkata siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan kerana tempias insiden pencerobohan akan turut dirasai bukan sahaja penduduk kampung, malah para peniaga.

    Katanya RCI atau membuka kertas putih penting bagi menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan.

    ReplyDelete
  52. Mohd Shafie berkata beliau pasti insiden di Lahad Datu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    “Serahkan kepada pihak polis dan pasukan tentera. Saya pasti ia (insiden Lahad Datu) akan diselesaikan segera,” katanya.

    Katanya, amat penting untuk meyakinkan rakyat mengenai insiden pencerobohan itu agar mereka tidak dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  53. Mohd Shafie berkata kerajaan pusat akan mempertimbang untuk memberi bantuan kepada para nelayan dan usahawan yang terjejas berikutan insiden di Lahad Datu.

    Katanya perkara ini telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membantu masyarakat yang berdepan masalah di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

    ReplyDelete
  54. Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

    belum ada bukti-bukti yang kukuh yang menunjukkan Tun terlibat, jadi hentikanlah spekulasi sedemikian

    ReplyDelete
  55. Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

    mana buktinya?

    ReplyDelete
  56. “Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. ---> bawa sahaja ke muka pengadilan, biar mahkamah yang menentukannya

    ReplyDelete
  57. marilah kita tunggu sahaja hasil penyiasatan yang dijalankan oleh panel-panel RCI yang terpilih

    ReplyDelete
  58. The national security should not be compromised

    ReplyDelete
  59. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Tatkala pihak pembangkang mencari salah pihak kerajaan, kementerian, agensi dan jabatan atas ketegangan yang berlaku di Lahad Datu.. Rakyat Palestin yang pernah merasai saat diserang negara luar sudah tentu mereka pun pelik dengan keadaan dan sikap pembangkang negara yang tidak sudah2 mencari ruang untuk memburukkan kerajaan kita...

    ReplyDelete
  60. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Inilah sikap pembangkang yang sangat kejam dan zalim...sepatutnya bila diserang negara luar. kita bersatu untuk selesaikan..ini tidak..ada saja nak salahkan kerajaan..

    ReplyDelete
  61. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Bayangkan jika pembangkang di negara ini kita letakkan di Palestin sudah tentu rosak dan punah ranah jadinya Palestin.. Sebabnya..Israel serang Palestin maka mereka akan cari peluang untuk salahkan kerajaan Palestin biarpun tidak diiktiraf... Sikap para pembangkang dinegara ini memang sangat ortoDOG dan jumud..

    ReplyDelete
  62. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

    ReplyDelete
  63. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

    ReplyDelete
  64. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

    ReplyDelete
  65. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

    ReplyDelete
  66. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  67. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

    ReplyDelete
  68. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

    ReplyDelete
  69. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

    ReplyDelete
  70. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

    ReplyDelete
  71. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Tindakan Anwar menyanyikan lagu “”Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

    ReplyDelete
  72. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. ““Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

    ReplyDelete
  73. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  74. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

    ReplyDelete
  75. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    “Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu. “”Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

    ReplyDelete
  76. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    “Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

    ReplyDelete
  77. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Dua pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah.

    ReplyDelete
  78. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

    ReplyDelete
  79. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

    ReplyDelete
  80. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki… satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik...

    ReplyDelete
  81. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang. Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

    ReplyDelete
  82. PEMBANGKANG TERDESAK MAHU MELINDUNGI ANWAR YANG JELAS MEMAINKAN PERANAN BESAR DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.. FIKIRLAH SIAPA YANG TUBUHKAN ISA DAN SIAPA YANG BERIYA2 MAHU ISA DIMANSUHKAN.. TUN M @ ANUGAY

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

    ReplyDelete
  83. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk
    memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang
    asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr
    Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  84. Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan
    kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu
    dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri..

    ReplyDelete
  85. Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada
    diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC.
    Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain,"

    ReplyDelete
  86. Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara
    ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini
    serta menguasai bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  87. Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab
    dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara
    ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses
    ujian," katanya.

    ReplyDelete
  88. Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security
    Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad
    Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya
    memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan
    negara.

    ReplyDelete
  89. Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh
    sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah
    pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak.

    ReplyDelete
  90. Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.

    ReplyDelete
  91. “Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

    “Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu,” katanya.

    ReplyDelete
  92. Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

    “Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku,” katanya.

    ReplyDelete
  93. Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

    ReplyDelete
  94. “Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.

    ReplyDelete
  95. “Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan,” katanya.

    Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.

    ReplyDelete
  96. Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.

    “Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.

    ReplyDelete
  97. “Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan,” katanya.

    ReplyDelete
  98. Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    “Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

    ReplyDelete
  99. “Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh,” kata Ahmad Zahid.

    Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.

    ReplyDelete
  100. Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

    ReplyDelete
  101. “Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.

    ReplyDelete
  102. “Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu),” katanya.

    ReplyDelete
  103. JIka benar punca dari Dr. M, kenapa pihak berkuasa tidak bertindak?

    ReplyDelete
  104. Inilah kerja baik yang dilakukan oleh parti BN?

    ReplyDelete
  105. Mereka tidak harus menghina negara kami.

    ReplyDelete
  106. Kerajaan mengambil langkah dengan kurang bijak dalam isu pencerobohan ini.

    ReplyDelete
  107. Isu PATI masih dalam siasatan. Kami menanti sama ada RCI berkeupayaan mencari punca masalah?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.