Tuesday, March 19, 2013

PM tidak berani siasat pencerobohan Sabah?

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah kerana kepentingan politik dan kroni.

“Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan.

“Selain daripada menumpukan minat untuk menyiasat dalang disebalik pencerobohan tersebut,kerajaan juga wajar mengenalpasti kesilapan, kecuaian dan campurtangan pemimpin politik yang dipercayai telah menyumbang kepada tragedi berdarah pertama di-Kampung Tanduo dan disusuli di-Semporna ketika diperingkat Ops Sulu.

“Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh, Najib nampaknya masih lagi teragak-agak dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk membentuk RCI tersebut.

“Beliau seolah lebih mementingkan kedudukkan politik beliau dan kroni-kroni beliau sahaja, daripada mencari punca dan kecuaian, bagaimana sebegitu ramai anggota keselamatan kita khasnya dari Pasukan Polis, bukan sahaja terkorban malahan ditawan,diseksa dengan kejam sebelum dibunuh,” kata Mat Zain dalam sepucuk surat terbuka kepada Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar.

Bersandiwara

Mat Zain turut menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sebagai bersandiwara dalam usaha mengekstradisi ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie atau Abgimuddin kerana Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Filipina.

“Mereka berdua tidak menerangkan perkara sebenar kepada rakyat, bahawa proses mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie Kiram itu, bukan sahaja memerlukan kerjasama erat pihak berkuasa Filipina, malahan memerlukan kelulusan daripada Manila,” jelas Mat Zain.

Tambahan pula Mat Zain turut menyoal peranan Patail dan Hamza untuk mengelakkan Manuel Amalilio ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana menipu 15,000 rakyat Filipina dalam skim cepat kaya berjumlah RM900 juta.

“Sekiranya Hamza dan Gani Patail mempunyai peranan dan terlibat secara langsung dalam “merampas”
Manuel Amalilio daripada tangan pihak berkuasa Filipina, beberapa minit sebelum penjenayah yang sangat mereka kehendaki itu, menaiki pesawat ke Manila di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 26 Januari lalu maka apakah kerjasama yang Gani Patail dan Hamza Taib boleh harapkan dari Manila, untuk mengekstradisi Jamalul dan Azzimudie pula?

Setiausaha Dalam Negeri Filipina,Mr.Mar Roxas telah dilaporkan sebagai menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman campur tangan dalam menghalang saudara bau bacangnya, Manuel Amalilio daripada dibawa balik ke Filipina pada saat-saat akhir.

Mat Zain membuat spekulasi bahawa keengganan Malaysia untuk menghantar Manuel ialah antara sebab yang akan menyebabkan usaha ekstradisi kumpulan Sulu akan gagal.

Apa kaitan dengan Manuel Amalilio?

“Persoalannya ialah apakah kaitannya proses ekstradisi Manuel Amalilio dengan pencerobohan bersentaja pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, sehingga menyebabkan Manila membatalkan proses membawa Amalilio balik ke Filipina? Jika ia tidak ada kaitan,mengapa pula Setiausaha Jabatan Keadilan Filipina Leila de Lima berkata sedemikian?

“Perlu diingatkan bahawa Leila de Lima membuat kenyataan tersebut hanya beberapa hari sahaja selepas Gani Patail mengumumkan di Putrajaya akan meneliti proses ekstradisi keatas Jamalul Kiram.

Pada 13 Mac Leila menyatakan usaha ekstradisi Manuel dibatalkan ekoran konflik di Sabah.

Seterusnya Mat Zain turut menyifatkan kelemahan tentera Malaysia yang menjaga sempadan dan kenyataan menteri yang mengelirukan menyebabkan krisis di Lahad Datu berterusan.

Sebagai contoh beliau memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Februari dan Ketua Menteri Sabah Musa.

Hishammuddin dilaporkan berkata: “Kesemua ahli kumpulan bersenjata dari Filipina yang telah mendarat di Lahad Datu,Sabah, akan dihantar pulang ke negara asal mereka seberapa cepat yang mungkin. Berdasarkan daripada sumber inteligen, mereka bukan terdiri daripada kumpulan militen atau pengganas. Mereka merupakan penyokong Kesultanan Sulu dan beliau berharap dan berdoa mereka dapat diusir keluar segera”.

Musa pula dilaporkan berkata: “Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh)dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal.”

Menurut Mat Zain kenyataan sebegini telah mengelirukan tahap kewaspadaan pihak keselamatan dan menyebabkan Sabah dibolosi pengganas.

Setelah melebehi 70 orang dilaporkan terkorban bagi kedua-dua pihak pasukan keselamatan dan penceroboh sejak mereka menceroboh Sabah 12 Februari lalu. -FMT

114 comments:
Write comments
  1. ini la kesan dari projek ic... masa rundingan tu menteri cakap bukan penganas???

    ReplyDelete
  2. itu mahatir dan BN kasi buang saja sana laut sulu.

    ReplyDelete
  3. Wujud sandiwara dlm insiden Lahad Datu ni.hanya rakyat tak nampak sebab melibatkan nyawa angg keselamatan kita dan sebenarnya kita jgn tertipu dgn sandiwara UMNO. Tragedi Memali di Kedah melibatkn nyawa. Nyawa tok guru agama lagi bukan ketua pngedar dadah. Lepas tu berlaku Ops Lalang utk mmberi kebenaran khas pd polis utk kutip semua pemimpin rakyat. Di Perak, tragedi Bt Jenalik,sauk. Berlaku kematian juga disebelah polis dan awam yg mana kump yg dituduh AlMaunah tu..mereka pun tak tau kump tu almaunah. Hanya P---M-- yg mnta akhbar setan mereka tulis nama kump tu. Ad ke lojik senjata senang2 dicuri dr gedong senjata kem dlm asa 15 minit. Prmainan UMNO kita kena kira semua tu. Trkini pencerobohn Lahad Datu.ada kematian jugak. Walahasil,perjudian UMNO adalah dgn mngorbankn nyawa rakyat nya agar permainan politik mereka tidak diketahui. Selepas tragdei Memali,ramai pmimpin rakyat dibunoh dan ditangkap, selepas tragedi AlMaunah..nama parti Islam nak dihapuskn dr sebarang pertubohan dan dlm insiden LDatu,ni nasib baik DS Anwar pandai 'bersilat' sekali. kalau ndak,confirm akan ditangkap oleh UMNO atas alasan mmanggil penceroobh dtg ke sabah.

    ReplyDelete
  4. ..berpolitiklah dengan cara yang sihat...usah putar belit..rakyat dah bijak sekarang...maklumat dihujung jari....

    ReplyDelete
  5. Penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu penting untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

    ReplyDelete
  6. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu perlu dijalankan untuk mengenal pasti siapa yang terbabit.

    ReplyDelete
  7. "Ini perkara yang amat penting. Keselamatan negara kita tidak boleh diambil ringan. Jangan hari ini berlaku, esok lagi berlaku.

    ReplyDelete
  8. Kalau kita tak hentikan dalang-dalang seumpama ini, yang akan merana ialah semua rakyat.

    ReplyDelete
  9. siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan kerana tempias insiden pencerobohan akan turut dirasai bukan sahaja penduduk kampung, malah peniaga.

    ReplyDelete
  10. RCI atau membuka kertas putih penting bagi menyiasat dakwaan bahawa terdapat pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan.

    ReplyDelete
  11. pasti insiden di Lahad Datu itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    ReplyDelete
  12. "Serahkan kepada pihak polis dan pasukan tentera. Saya pasti ia (insiden Lahad Datu) akan diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  13. amat penting untuk meyakinkan rakyat mengenai insiden pencerobohan itu agar mereka tidak dipergunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  14. kerajaan pusat akan mempertimbang untuk memberi bantuan kepada nelayan dan usahawan yang terjejas berikutan insiden di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  15. perkara ini telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu masyarakat yang berdepan masalah di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

    ReplyDelete
  16. Umno Pulau Pinang menyokong penuh saranan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan kertas putih bagi menyiasat kejadian pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  17. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata perkara itu harus disegerakan bagi membendung kejadian daripada berulang.

    ReplyDelete
  18. Perkara ini serius dan ia melibatkan keselamatan negara, jangan kita biarkan sahaja (tidak siasat) dan saya bimbang ia berulang dan menghancurkan negara.

    ReplyDelete
  19. bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menubuhkan RCI dan membuka kertas putih bagi menyiasat kejadian itu.

    ReplyDelete
  20. Mengulas lanjut, Musa berkata sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang dikatakan dalang dalam kejadian itu.

    ReplyDelete
  21. Seret pengkhianat itu ke mahkamah dan adilinya dengan undang-undang negara, kita ada undang-undang jangan hanya memberi amaran.

    ReplyDelete
  22. Ini perlu supaya tindakan yang dikenakan itu akan memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulanginya.

    ReplyDelete
  23. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyisat insiden pencerobohan Lahad Datu akan menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan.

    ReplyDelete
  24. penubuhan RCI akan menjawab persoalan orang ramai termasuk dirinya yang ingin mengetahui dalang pencerobohan tersebut dan sumber kewangan yang diperoleh dari kumpulan tersebut.

    "Kerajaan sekarang sangat terbuka, jika rakyat ingin tahu, maka kita boleh tubuhkan suruhanjaya itu.

    ReplyDelete
  25. masyarakat kini mempersoal sumber kewangan Jamalul Kiram III untuk membiayai kumpulan pencerobohan yang mendakwa pengikut kepada Kesultanan Sulu.

    "Saya tidak rasa dia (Jamalul Kiram) orang kaya, kerajaan Filipina turut mengesahkan yang mereka dari kumpulan yang miskin."

    ReplyDelete
  26. Operasi yang dilakukan itu memerlukan sumber kewangan yang besar, jadi bagaimana mereka memperolehinya, semua orang ingin tahu.

    ReplyDelete
  27. sementara itu menegaskan bahawa Sabah telah diiktiraf diperingkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia.

    ReplyDelete
  28. Sabah tetap milik Malaysia, ada rakyat Sabah berketurunan Sulu dan ramai juga pemimpin negara serta masyarakat yang berketurunan Sulu, tetapi mereka setia.

    ReplyDelete
  29. Media antarabangsa Reuters pada tarikh 14 Febuari 2013 melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah.

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraham dalam pada itu menafikan pembabitan beliau dalam kejadian insiden tersebut.

    ReplyDelete
  30. Pemimpin-pemimpin pembangkang disaran jangan sekadar hanya ghairah untuk mengkritik berhubung pencerobohan di Lahad Datu sebaliknya berani untuk turun padang melihat sendiri situasi sebenar yang berlaku.

    ReplyDelete
  31. Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata pelbagai tohmahan dan kenyataan daripada pemimpin pembangkang sebelum ini cukup melukakan hati masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  32. Menurut beliau sepatutnya dalam soal-soal sedemikian, soal politik perlulah diketepikan dan berganding bahu bersama kerajaan khususnya pasukan keselamatan insiden berkenaan dapat ditangani secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  33. “Ini lain pula yang saya nampak…ada yang kata begitu…ada yang kata begini…ada pula yang mengkritik keterlaluan dan macam-macam lagi. Saya percaya perkara ini cukup melukakan hati bukan sahaja anggota keselamatan kita, malah rakyat Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  34. “Alangkah manis sekiranya mereka turun meninjau dengan lebih dekat apa yang berlaku…Kesimpulannya bersama-sama lihat dengan lebih dekat dan jangan hanya sekadar ghairah bercakap yang akhirnya memperlihatkan kebodohan sendiri,” katanya

    ReplyDelete
  35. Beliau seterusnya menambah pemimpin pembangkang tidak merasai suasana sebenar apa yang dialami oleh penduduk yang terlibat dengan insiden berkenaan.

    ReplyDelete
  36. “Sekurang-kurangnya sama-samalah merasai bagaimana perasaan mereka itu. Janganlah cuba nak tunjuk pandai tapi sedangkan mereka sendiri bukan saja tak merasai malah tak pernah jejakkan kaki pun di kawasan serangan tersebut.

    ReplyDelete
  37. “Apa pun jika nak turun padang sekarang dah terlambat….biarlah mereka dengan hujah mereka untuk mengulas dan sebagainya. Kita Pemuda UMNO tetap utuh dan berada di belakang pasukan keselamtan negara dalam usaha mempertahankan maruah negara kita,” katanya.

    ReplyDelete
  38. Do you have evidence for your statement?

    ReplyDelete
  39. Perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ialah satu eksperimen paling berani kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  40. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial hari ini.

    ReplyDelete
  41. Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu.

    ReplyDelete
  42. "Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    ReplyDelete
  43. Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya.

    ReplyDelete
  44. Perdana Menteri berkata inisiatif GTP dan ETP, yang masing-masing diperkenalkan pada tahun 2010 dan 2011, turut membuktikan iltizam kerajaan untuk membangunkan negara, seterusnya memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  45. "Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.

    ReplyDelete
  46. kejayaan yang dicapai adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam.

    ReplyDelete
  47. Najib berkata kecemerlangan prestasi negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita negara sebanyak 4,000 peratus, daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) pada 2012.

    ReplyDelete
  48. Ia diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012, meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.

    ReplyDelete
  49. kadar kemiskinan negara dikurangkan daripada 60 peratus pada tempoh awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012, inisiatif yang diperkenalkan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan.

    ReplyDelete
  50. ini membuktikan setiap yang diperkenalkan kerajaan memberi manfaat kepada rakyat dan selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  51. Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mendapat maklum balas positif di kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  52. Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR telah menetapkan untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada PRU13.

    ReplyDelete
  53. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Datuk Seri Najib Tun Razak, arkitek pelbagai program transformasi kerajaan dan konsep 1Malaysia, adalah pilihan rakyat Sabah untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, sambil mengulangi bahawa "tidak akan berlaku tsunami politik yang akan melanda Sabah dalam pilihan raya umum ke-13".

    ReplyDelete
  54. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Beliau berkata ini terbukti daripada sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan kehadiran sejumlah besar yang hadir bagi menyambut Najib semasa lawatannya ke Sabah baru-baru ini bagi menarik sokongan menjelang pilihan raya umum yang digelar "ibu segala pertempuran".

    Salleh berkata ia adalah konsisten dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre baru-baru ini dengan meletakkan pemeringkatan populariti Najib pada tahap yang selesa iaitu lebih daripada 70 peratus.

    ReplyDelete
  55. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    "Dengan sentuhan ajaib konsep 1Malaysia oleh Najib dalam mentransformasikan negara untuk masa depan yang lebih baik, saya percaya pengundi akan memilih BN untuk terus memerintah Sabah dengan majoriti selesa dalam pilihan raya umum ke-13.

    "Dengan menyatakan demikian, saya tidak fikir tsunami pilihan raya akan melanda Sabah," katanya dalam syarahannya bertajuk "Malaysian 2013 General Election: Will Polls Tsunami Hit Sabah?, di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, hari ini. Teks penuh syarahannya dikeluarkan kepada Bernama Sabah.

    ReplyDelete
  56. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Salleh berkata pilihan raya umum ke-13 adalah pilihan raya yang penting bagi BN kerana ia "dianggap satu ujian kepada populariti Najib memandangkan beliau memerlukan mandat yang kuat untuk terus memerintah Malaysia".

    Bekas ketua menteri itu melahirkan keyakinan bahawa walaupun parti-parti komponen BN negeri -- PBS (Parti Bersatu Sabah), LDP (Parti Demokratik Liberal, UPKO (Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) MCA dan Gerakan berkemungkinan berdepan cabaran sengit dengan pembangkang di sesetengah kawasan, BN akan memenangi pilihan raya negeri Sabah, dengan "UMNO dijangka mengekalkan kesemua 32 kerusi yang disandangnya".

    ReplyDelete
  57. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Menurut Salleh, seorang saintis politik yang terkenal, keyakinannya berdasarkan beberapa faktor termasuk kegagalan pembangkang di Sabah membentuk pakatan yang kuat dan ketiadaan seorang pemimpin Cina yang kuat dalam pembangkang.

    Salleh mendapati bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga kekurangan pemimpin Kadazandusun yang berwibawa dan "tiada pemimpin Bumiputera-Islam berwibawa bagi menguatkan sokongan orang Islam dalam PKR".

    ReplyDelete
  58. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Selain Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP), terdapat dua parti pembangkang iaitu SAPP (Parti Maju Sabah) yang berpangkalan di Sabah dan Parti Reformasi Negeri Sabah yang berpangkalan di Sarawak (Star), dan buat masa ini, ia kelihatan Pakatan Rakyat dan SAPP atau Star akan berbalah antara satu sama lain daripada satu lawan satu ke atas parti gabungan yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

    Katanya pada masa ini 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertaruhkan di Sabah, daripada 25 kerusi Parlimen itu 20 daripadanya disandang BN dengan lima lagi oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  59. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Salleh berkata daripada 25 kerusi Parlimen itu, 11 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, lapan kerusi Kadazandusun Murut (KDM), masing-masing dua Cina dan empat kerusi bercampur manakala daripada 60 kerusi DUN itu, 31 daripadanya adalah majoriti Bumiputera-Islam, 17 majoriti KDM, lapan majoriti Cina dan empat kerusi bercampur.

    Semasa pilihan raya umum 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih dengan memenangi 59 daripada 60 DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Bagaimanapun, SAPP meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008.

    ReplyDelete
  60. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin, yang amat dinanti-nantikan itu, yang diterima baik pemimpin politik dan orang ramai di Sabah, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah di landasan yang betul yang melambangkan betapa seriusnya kerajaan Persekutuan menangani masalah yang tidak berkesudahan itu.

    Sambil melahirkan rasa optimis berhubung peluang BN pada pilihan raya umum, Salleh berkata pembangkang di Sabah nampaknya akan menjadi "organisasi dengan struktur yang lemah" seperti yang dibuktikan daripada kegagalan mereka membentuk satu pasukan yang bersatu padu untuk mengalahkan jentera gergasi BN.

    ReplyDelete
  61. RAKYAT SABAH MAHU NAJIB KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI: SALLEH SAID KERUAK

    “Agenda Semenanjung” menentang “Agenda Borneo” telah menambah permusuhan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Borneo Bersatu (UBF)," katanya.


    Salleh menegaskan bahawa sokongan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) dengan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berkarisma kekal utuh dengan begitu ramai orang menjauhi pengerusi Star cawangan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang melaung-laungkan perjuangan “Sabah untuk Rakyat Sabah”.

    "Sikap perpaduan yang ditunjukkan Pairin, Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Bernard Dompok (UPKO) baru-baru ini adalah simbol isyarat bahawa semua pemimpin Kadazandusun bersedia untuk mengetepikan perbezaan masing-masing bagi memastikan kemenangan besar buat BN," katanya sambil menambah bahawa pembangkang gagal untuk menunjukkan bahawa ia adalah sebuah parti alternatif kepada BN di Sabah

    ReplyDelete
  62. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerja keras merangka tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semua pihak yang terlibat di Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), untuk diselaraskan.

    ReplyDelete
  63. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penyelarasan tiga komponen utama iaitu orang awam, tentera dan polis adalah penting bagi menjamin keamanan dan keselamatan di kawasan kira-kira 1,400km pesisir pantai timur Sabah itu.

    ReplyDelete
  64. Beliau berkata orang ramai merupakan komponen amat penting dalam membina keyakinan masyarakat setempat, bahawa keadaan dalam negeri adalah selamat serta terkawal, dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin pihak tertentu.

    ReplyDelete
  65. “Barisan pertama pertahanan mestilah komuniti, sebab itu kita ada RELA, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam), ketua kampung, pertubuhan JKKK, dan sebagainya semua digerakkan bersama, supaya orang ramai boleh menjadi mata dan telinga dalam usaha menjaga keselamatan ini,” katanya.

    ReplyDelete
  66. Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat KDN di sini bagi membincangkan aspek berkaitan penyelarasan tugas dan tanggungjawab pihak berkaitan ESSCOM.

    ReplyDelete
  67. Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah.

    ReplyDelete
  68. Sementara itu Hishammuddin berkata operasi pembersihan bagi memburu saki-baki pengganas di Sabah diteruskan di sekitar Kampung Batu dan Kampung Tanjung Labian, apabila antara 20 dan 50 orang dipercayai masih bersembunyi.

    ReplyDelete
  69. Beliau berkata sehingga semalam 350 orang ditahan atas pelbagai kesalahan, 107 daripadanya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

    Katanya banyak lagi akta boleh digunakan bagi mendakwa mereka yang ditahan itu di mahkamah, seperti Akta Imigresen dan Akta Bahan Letupan.

    ReplyDelete
  70. Pasukan tentera dan polis masih ditempatkan Kampung Tandou dan Sungai Nyamuk yang diisytihar bersih daripada pengganas sebelum ini, sebagai langkah berwaspada dalam memastikan pengganas tidak kembali ke kawasan itu, katanya.

    ReplyDelete
  71. soal kedaulatan negara tidak patut dipolitikkan oleh mana-mana pihak

    ReplyDelete
  72. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam isu-isu tertentu yang melibatkan kebajikan rakyat..

    ReplyDelete
  73. diharap RCI yang ditubuhkan untuk menangani masalah PATI, kesongsangan kerakyatan,projek IC dll berjaya mencapai matlamatnya...

    ReplyDelete
  74. “Kuasa ada di tangan Perdana Menteri dan beliau sepatutnya boleh mengisytiharkan pembentukan RCI itu serta merta, jika kerajaan yakin yang tidak ada isu yang ingin disembunyikan atau dipolitikkan." ----> kemungkinannya,PM mempunyai alasan tertentu untuk meneliti dan mengkaji penubuhan RCI ini

    ReplyDelete
  75. semoga, kes Manuel Amalilio dapat diselesaikan secara adil dan aman antara kerajaan Malaysia dengan Filipina

    ReplyDelete
  76. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Tatkala pihak pembangkang mencari salah pihak kerajaan,kementerian,agensi dan jabatan atas ketegangan yang berlaku di Lahad Datu..Rakyat Palestin yang pernah merasai saat diserang negara luar sudah tentu mereka pun pelik dengan keadaan dan sikap pembangkang negara yang tidak sudah2 mencari ruang untuk memburukkan kerajaan kita...

    ReplyDelete
  77. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Inilah sikap pembangkang yang sangat kejam dan zalim...sepatutnya bila diserang negara luar.kita bersatu untuk selesaikan..ini tidak..ada saja nak salahkan kerajaan..

    ReplyDelete
  78. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Bayangkan jika pembangkang di negara ini kita letakkan di Palestin sudah tentu rosak dan punah ranah jadinya Palestin..Sebabnya..Israel serang Palestin maka mereka akan cari peluang untuk salahkan kerajaan Palestin biarpun tidak diiktiraf... Sikap para pembangkang dinegara ini memang sangat ortoDOG dan jumud..

    ReplyDelete
  79. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

    ReplyDelete
  80. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah. Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

    ReplyDelete
  81. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

    ReplyDelete
  82. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

    ReplyDelete
  83. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  84. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

    ReplyDelete
  85. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

    ReplyDelete
  86. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

    ReplyDelete
  87. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

    ReplyDelete
  88. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Tindakan Anwar menyanyikan lagu “”Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.

    ReplyDelete
  89. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang. ““Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

    ReplyDelete
  90. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

    ReplyDelete
  91. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

    ReplyDelete
  92. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    “Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu. “”Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

    ReplyDelete
  93. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    “Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

    ReplyDelete
  94. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Dua pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah.

    ReplyDelete
  95. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia. Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

    ReplyDelete
  96. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

    ReplyDelete
  97. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki… satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik...

    ReplyDelete
  98. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang. Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.

    ReplyDelete
  99. NANTI BILA RCI BENAR-BENAR DITUBUHKAN, PEMBANGKANG JUGA YANG MEROYAN MAHU MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM.. KENAPA Datuk Mat Zain TAKUT MENGULAS PERANAN ANWAR DALAM INSIDEN INI???

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

    ReplyDelete
  100. Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  101. tak ada sebab PM nak takut siasat kerana PM sendiri nak tau disebalik pencerobohan.

    ReplyDelete
  102. PM pasti akan siasat punca pencerobohan di Sabah.

    ReplyDelete
  103. siasat juga siapa yang beri my kad pada pati ya jgn lupa.

    ReplyDelete
  104. By passing the hat around the classes, students and teachers of Tshung Tsin Secondary School (TTSS) raised RM7,770 and donated it to the Warriors’ Fund (Tabung Pewira) in appreciation of the contributions of the Malaysian security forces in safeguarding Sabah from the Sulu terrorists.

    ReplyDelete
  105. The donation campaign was initiated by the school and carried out by senior three students of the school, led by the captains of each of the four houses for a sports meet.Principal Hiew Hoh Shin said the school supported the government and the security forces who were maintaining the security in Lahad Datu, and the students had been encouraged to also show their support towards the security forces.

    ReplyDelete
  106. “Although the amount of the donation is not much, we hope it would encourage more people and organizations to start donating (to the fund),” he said during the presentation ceremony.

    ReplyDelete
  107. On behalf of Kota Kinabalu police chief, Sub-Inspector Wagiman Seno, the Luyang police base chief, expressed his appreciation towards the school and the students.

    “The contribution is valuable to us and we will remember it in our hearts your good deeds in our dealings with the school in the future,” he said.

    ReplyDelete
  108. Chong Yee Ling, a senior three student, said the four houses worked together and visited every class to seek donation on March 19. The largest donation received was RM200 from a student, she added. The total amount collected also included donations from parents and teachers as well.

    ReplyDelete
  109. “The contribution is to show our appreciation and gratitude to those who risked their lives for us. As this is our last year (at TTSS) we wanted to do something meaningful. We are the eldest (among the students at TTSS), so we should be role models (to the junior students),” Chong said.

    ReplyDelete
  110. Sebenarnya rakyat juga tahu siapakah yang memberi mykad kepada mereka yang tidak berkelayakan. Cuma, ada pihak menafikannya.

    ReplyDelete
  111. Kami menanti sama ada kerajaan akan menubuhkan RCI untuk membuat siasatan isu pencerobohan ini.

    ReplyDelete
  112. Kenapa pula PM takut? Adakah PM yang terlibat?

    ReplyDelete
  113. Mereka sanggup membuat apa sahaja demi mengukuhkan kuasanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.