Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.
Modus operandi sulit tersebut berjaya dikesan pada 28 Mei lalu apabila ramai guru Kafa dilihat berada di perkarangan Wisma Persekutuan bagi menukar alamat kad pengenalan.
Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.
Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.
“Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.
“Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong,” katanya di sini.
Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang pertukaran alamat kad pengenalan kepada guru Kafa.
Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit.
Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.
Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.
Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.
Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.
Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.
Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu. -HD
Monday, June 13, 2011
Strategi PRU 13 : guru Kafa tukar alamat IC?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bolehkah tukar alamat IC begitu sahaja?
ReplyDeleteGunakan cara yang berhemah.
ReplyDeleteJika hak ini benar seperti yang dilaporkan, ia merupakan satu tindakan yang akan mencemarkan imej dan kredibiliti parti.
ReplyDeleteWaaaa sampai begitu sekali? Tidak kah UMNO sedar bahawa perbuatan itu salah? Serahkan bukti untuk menyokong hujah anda.
ReplyDeletePelik juga saya, kenapa guru2 itu tidak membantah secara terang2an jika diperlakukan demikian. Terima habuan lagi yang terang-terangan itu adalah Rasuah... Jika mereka bersuara hal sebegini tidak akan menjalar sehingga ke hari ini.
ReplyDeletemacam-macam strategi digunakan..nasib pihak JPN tak benarkan. jangan pula termakan rasuah jika mereka mendesak
ReplyDeletebenarkah ini?? apa pun mana-mana pihak perlu bersaing dengan sihat..
ReplyDeleteIni kes terpencil. Lapor kepada SPRM & biar mereka yg terlibat disiasat. Habis cerita!
ReplyDeletesiapa lelaki yang bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat itu? kenapa tidak buat laporan atau menangkap lelaki itu untuk dijadikan bukti bahawa umno melakukan kesalahan ini untuk merampas Kelantan?
ReplyDeletebukan satu kesalahan menukar alamt dalam kad pengenalan. tapi dakwaan bahawa mereka diberi habuan untuk menukar alamat ini perlu disiasat dan disertakan bukti yg kukuh.
ReplyDeletePastikah?? Mari kita tunggu saja apa kebenaran pada PRU13 ini.
ReplyDelete