Monday, June 13, 2011

Harga Ikan Naik 30% Ekoran Nelayan Mogok

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. -mk

13 comments:
Write comments
  1. Rasanya mogok ini hanya semenatara saja.

    ReplyDelete
  2. Harga ikan naik, pembeli menanggung beban lagi.

    ReplyDelete
  3. Segera cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

    ReplyDelete
  4. harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik secara perbincangan.

    ReplyDelete
  5. Redakan keadaan untuk mengembalikan harga ikan.

    ReplyDelete
  6. Jika tidak dapt selesaikan dengan baik biarkan kes ini dibwah ke pihak yang lagi tinggi.

    ReplyDelete
  7. Senang crita, kembalikan saja subsidi tu kepada nelayan2...

    ReplyDelete
  8. lakukanlah perbincangan dan cari penyelesaian terbaik..

    ReplyDelete
  9. tanpa subsidi para nelayan tidak boleh bekerja la ni.. atau mungkin semua rakyat Malaysia tidak boleh bekerja jika tidak ada subsidi?? tukarlah kerajaan nanti PRU13 dan kita lihat mampukah pembangkang menurunkan serta mengekalkan harga minyak ini untuk selama2nya..

    ReplyDelete
  10. mogok memberi byk kesan buruk kerana ia akan menjejaskan pengeluaran ikan. selesaikan ia dgn cara baik.

    ReplyDelete
  11. Berfikiran positif sedikit dengan apa yang kerajaan lakukan. Nasib baik kerajaan tidak mengikut harga pasaran dunia sebenar. Kerajaan cuma menarik subsidi yang ditanggung dan harga sekarang sama dengan rakyat yang lain. Perbincangan perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan penipu!!yang sengsara rakyat!Barang keperluan semua dah naik, gara-gara kerajaan GAGAL. Ngamlah para nelayan mogok....PRU13 TUKAR KERAJAAN...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kita tidak perlulah terpedaya dengan pihak yang cuba menjatuhkan imej kerajaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.