Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.
"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya. -MK
Tuesday, June 14, 2011
RM1.8 juta... untuk laman Facebook?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu pembaziran..sepatutnya tak perlu belanjakan wang sebanyak itu untuk buat laman facebook.
ReplyDeleteHope that the tourism ministry will explain where the money was used in.
ReplyDeletepenjelasan perlu diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeleteKaji balik...jumlah itu terlalu besar....
ReplyDeletejika jumlah pelancong yang datang melawat selepas ini masih tidak meningkat, baik pihak yang mencadangkan perbelanjaan ini mengganti semula perbelanjaan itu untuk disalurkan kepada rakyat.
ReplyDeletenilai itu tak berbaloi, kenapa perlu membazir, wang tersebut lebih baik digunakan untuk rakyat.
ReplyDeleteDi mana signifikan pendekatan ini? Tiadakah cara yang lebih menjimatkan tetapi berkesan?
ReplyDeleteIsu ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dan sudah tentu ramai yang tidak akan berpuas hati mengenainya.
ReplyDeleteSejak bila lagi kena bayar untuk membuka ac di FB? RM 18 pun terlalu mahal ini pula 1.8 juta!!!
ReplyDeleteSemua pihak termasuk yang dari BN pun tidak senang hati dengan tindakan kementerian perlancongan. Terlampau.
ReplyDeleteSiasat latar belakang Impact Creations Sdn Bhd dan lihat siapa pemiliknya.
ReplyDeleteTengok, Khairy pun cakap ini satu pembaziran. Lebih baik MACC masuk siasat.
ReplyDeleteAnak sya pun pandai buka akaun di FB, tak pernah minta satu sen pun dari bapak dia untuk buka akaun FB.
ReplyDeleteSiapakah yang meluluskan projek ini? Dia sengaja tidak ambil tau akan kesusahan rakyat?
ReplyDeleteDia kena suap?
Kita masih tidak pasti dengan jumlah yang ditawarkan untuk laman web ini. Benarkah atau tidak jumlah yang dikatakan itu.
ReplyDeleteHabis duit rakyat...dapat pemimpin macam nie
ReplyDelete