Kementerian Pelajaran Malaysia dirayu agar dapat mempercepat pelantikan semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) memandangkan keperluan yang mendesak terutama penduduk di luar bandar.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Baintin Adun @Abdul Halim, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 Mac lalu di Tongod, Sandakan yang berkata nasib GSTT di Sabah terbela.
Bagimanapun, katanya lantikan semula untuk GSTT itu sehingga kini belum dilaksanakan lagi oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Katanya, sebagai pemimpin barisan hadapan di peringkat bahagian beliau menerima banyak aduan mengenai hal itu baik daripada ibu bapa mahupun GSTT itu sendiri yang memohon supaya perkara itu dapat diketengahkan demi masa depan mereka.
Baintin yang juga Presiden Persatuan Kimaragang Sabah berkata difahamkan terdapat seramai 574 orang GSTT belum menerima pelantikan semula dari kementerian.
“Mereka (GSTT) sedikit sebanyak sudah memiliki ilmu pengetahuan sejak mereka menjawat jawatan itu dan jika tenaga mereka terus digunakan sehingga mereka dilatih sekurang-kurangnya kadar kekurangan tenaga guru di negeri ini dapat diatasi dan dengan cara yang demikian juga negeri ini kurang mengimport guru dari luar negeri sementara bajet bagi maksud itu dapat dijimatkan,” tegasnya.
Menurut sumber dari Kementerian Pelajaran yang menyatakan hanya GSTT yang mempunyai opsyen subjek sahaja yang bakal dilantik semula, Baintin berkata kementerian harus kemudiankan soal opsyen subjek sebaliknya melantik dahulu GSTT ini kerana mereka bukan keluaran universiti yang diberi prasyarat berkenaan.
Beliau merayu kepada Kementerian Pelajaran melaksanakan apa yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran dengan tidak membuat pelbagai alasan. -NST
Monday, June 13, 2011
Jabatan Pelajaran dirayu percepat pelantikan GSTT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I just wanna thank you for sharing your information and Stumblerz your site or blog this is simple but nice article I've ever
ReplyDeleteseen i like it i learn something today.