Wednesday, March 7, 2012

Fathul Bari : Kenyataan Dr Mahathir Boleh Bawa Kekufuran

Kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Hukum Hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas di beberapa negeri yang pernah ditadbirnya dianggap sebagai kenyataan dari seorang yang jahil tentang agama. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Ustaz Fathul Bari dalam satu ceramah yang dimuatnaik di laman sosial you tube baru-baru ini berkata sekiranya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut merupakan orang yang mempunyai ilmu, maka ia boleh mengakibatkan kekufuran.

“Kenyataan saya sangat jelas, di mana kalau ia keluar daripada lisan orang-orang yang mengetahui, yang ada ilmu, ia boleh membawa kepada kekufuran.

“Ini adalah kenyataan yang bahaya sebab ia bukan ciptaan ahli fiqah, ia adalah ciptaan Allah,” menurut Fathul Bari.

Kata Fathul Bari, Hudud dalam Al-Quran banyak kali disebut secara umum dan perkataan Hudud itu adalah satu terminilogi bagi hukum Allah.

“Perkataan Hudud ini adalah satu terminilogi yang diguna pakai oleh ulama-ulama fiqh dalam memberikan takrifan, nak berikan perkataan sebab nak bagi mudah.

“Hakikatnya sama saja, hukum zina, hukum atas pencuri dan lain-lain, ianya adalah hudud.

“Mungkin benda-benda ni berlaku, satu, dari sudut kejahilan atau kedua berlaku disebabkan tekanan-tekanan politik yang berlaku,” kata beliau lagi.

Beliau turut menegur pihak yang bertanyakan soalan berkenaan Hudud kepada pihak yang dianggap tidak mengetahui pengetahuan mendalam dalam isu yang disoal.

“Satu lagi, kalau kita nak tanya tanyalah pada orang yang tahu.

“Kalau kita nak tanya orang yang pakar ugama, yang alim ulamak tentang enjin motor, ‘jammedlah’ dia.

“Jangan tanya ustaz dalam carburator motor tu ada berapa skru? Mampuslah dia nak jawab,” beritahunya lagi.

Video Kenyataan Fathul Bari ini boleh di bawah:

10 comments:
Write comments
  1. hairan? anak c melayu mudah lupa ini pun memiliki send me girl maa...

    ReplyDelete
  2. USTAZ penipu, pembohong, pembelot dan perompak. . ini terlalu ramai mengakui USTAZ tetapi ramai juga terbukti USTAZ PENZINA, PENGACAU ISTERI orang dan anak dara orang . . . SIAPA makan lada dia akan terasa pedasnya....

    ReplyDelete
  3. katakan yang benar walaupun dibuang kerja oleh kerajaan yang zalim

    ReplyDelete
  4. Serahkanlah isu agama kepada mereka yang pakar dan tahu.

    ReplyDelete
  5. kena berhati-hati semasa membincangkan isu agama.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula dengan mereka yang menyokong Isreal?? Tidak ada pula fathul bari cuba memberikan kenyataan beliau??

    ReplyDelete
  7. hal2 agama ni serahkan saja pada yang pakar. Tapi jangan pula sendiri rasa pedas selepas makan cili.

    ReplyDelete
  8. laksanakan sajalah hukum hudud di negeri2 Pakatan.. tidak perlu merajuk hanya kerana idea PAS tidak mendapat sokongan Tun M..

    ReplyDelete
  9. syabas U.F Bari kerana berani memberi komen tentang statement mantan PM dgn hujah2 yg terang tanpa mengaibkan mantan dan masih bersangka baik terhadap beliau. Ini yg dikata kan berani kerani benar dan ustaz beginilah yg layak memberi teguran2 kpd pemimpin2 Islam kita. tahniah!!!

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...
    May 3, 2012 11:46 AM

    kalau ketua dia sendiri dia tidak akan tegur.. malah kalau ada salah silap dilakukan, dia akan halalkan ja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.