Wednesday, March 7, 2012

NFC Cuba Merasuah Polis, Shamsubaharin Serah Bukti Kepada SPRM

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Shamsubahrin, yang sebelum ini, didakwa menipu pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 12:15 tengahari dengan diiringi oleh empat peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.

"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera," katanya.

Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.

Shamsubahrin, yang juga merupakan penasihat dan perunding korporat NFC, menambah bahawa bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Dalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu.

Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan. -mk

9 comments:
Write comments
  1. Pihak polis wajar menyiasat kandungan dalam mesej SMS tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. SPRM sepatutnya menyiasat segala aktiviti yang mencurigakan tanpa berat sebelah.

    ReplyDelete
  3. jgnlah terlibat dalam rasuah ni.

    ReplyDelete
  4. Kita tengok saja bukti itu benar atau tidak.

    ReplyDelete
  5. KAT MALAYSIA PUN TAK CUKUP DAGING LAGI DAH NAK SIBUK UNTUK KE LUAR NEGARA LAK...
    NAK CERITA 2015, TAHUN NI GAN 2013 UNTUK MALAYSIA DAH OK KE?
    TAK LEH JAWAB JANGAN BERANGAN LA NFC...
    DUIT RAKYAT TU UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT... KEUTAMAAN PERLU UNTUK RAKYAT MALAYSIA DULU DAH SELESAI ATAU ADA LEBIH BARU CERITA LUAR NEGARA...
    KALU NAK FOKUS LUAR NEGARA GUNA DUIT SENDIRI LAAA...
    JANGAN JADI LEMBU BERTOPENGKAN MANUSIA NFC...

    ReplyDelete
  6. UMNO/BN rasa yg mereka PRU13 nanti tewas....so mereka carilah tempat berteduh d luar liputan...akhirnya rakyat biasa jga yg derita....RM500 tak sampai sejam pun dah habis....nak makan sup ekorr pun tak cukup..

    ReplyDelete
  7. Tak kisahlah apa jua motif cadangan pihak Polis. Yang nyata, pihak Polis mendapati kesalahan sudah dilakukan. Sama ada penyelewengan sudah dilakukan oleh pihak yang tertuduh atau tidak, terpulanglah pada pihak mahkamah untuk menentukannya. Polis hanya menjalankan tugasnya, bukan menjatuhkan hukuman.

    ReplyDelete
  8. Siasat saja semua tu, yang penting keadilan terpelihara.

    ReplyDelete
  9. Menjadi pertanyaan saya kenapa Shamsubahrin baru hendak buat pendedahan itu? Kenapa tidak sebelum beliau ditangkap dan disiasat polis?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.