Apabila membicarkan isu melindungi agama Islam, NGO Jalur Tiga (JATI) yang berusia belum setahun jagung, percaya bahawa cara paling berkesan adalah memastikan Pakatan Rakyat tidak berkuasa.
Pada ceramah JATI di kerusi di Gombak Setia, malam semalam yang dipegang oleh pengerusinya, Datuk Hasan Ali, mereka berkempen menentang DAP dan PKR yang diistilahkan beliau sebagai "unsur-unsur parasit" dalam PAS.
Sambil mengapi-api emosi hadirin yang berjumlah 500 orang itu, penceramah Shamsuddin Munir (kanan) menuduh pemimpin bukan Islam DAP dan PKR sebagai "pelampau dan cauvinis" dan melabelkan mereka sebagai "kafir harbi".
Shamsuddin, seorang pegawai kanan dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata ini adalah kerana masyarakat bukan Islam berterusan memurtadkan umat Islam.
"Mereka adalah kafir harbi dan adalah wajib melancarkan perang ke atas mereka. Dalam erti kata moden, ini bermakna tidak memberikan satu pun kerusi kepada DAP atau PKR pada pilihan raya umum ini," katanya.
Membawa tema yang sama adalah bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Hassan Basri Mohamad (bawah, kiri) yang mendakwa parti itu telah dihina sedemikian rupa kerana unsur-unsur parasit itu kini mahu pemimpin bukan Islam.
"Mereka mahu Ustazah Ambiga (Sreenevasan) sebagai timbalan presiden. Adakah mereka begitu kebulur pada undi bukan Islam? ... Mereka akan memeluk Ambiga seolah-olah dia adalah seorang pejuang Islam, " hasut penceramah itu.
Bagi menambah kehangatan ceramah pada malam itu, yang hadirinnya, kebanyakan mereka dalam pertengahan umur, penceramah utama - Hasan Ali - memberi amaran terdapat tanda-tanda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang melindungi kepentingan orang Melayu akan dihapuskan.
"Tanda-tanda itu jelas dalam tindakan, kata-kata dan tulisan-tulisan mereka... jika Pakatan menang besar, mereka akan menggugurkan Artikel 153 dan menggantikannya dengan meritokrasi. Itulah sebabnya kita perlu institusi diraja yang boleh menghalang ini," katanya.
Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja. -MK
Wednesday, March 7, 2012
JATI cipta fitnah kuburkan Pakatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hey kayu; ambiga x terlibat dgn politik pun!!!
ReplyDeleteberjuang utk Islam? Menentang anak-anak ikan yg terlibat dgn "arak", tp jerung-jerung dibiarkan berleluasa.
ReplyDeleteBerjuang utk Islam? Murtad ,,? Tetapi melaung laungkan perkauman dan mengapi-apikan rakyat.
Begini ke pejuang?
Bosan dengan JATI...
Bosanlah dgn Hassan JATI ni, cakap tak serupa bikin.. cakap seorang penipu.. PETIKAN:- Hasan yang dipecat oleh PAS dan kemudiannya digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor, kemudiannya mendakwa beliau "melepaskan" jawatannya di mana beliau mampu memperolehi sehingga RM60,000 sebulan semata-mata untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Diraja. KAN BODOH DAN MEROYANG NAMANAYA NI.. SAMALAH DGN PUAK2 YG MENYOKONG DIA. MANA DAPAT GAJI RM60,000 SEBULAN? SIAPA YG BAYAR? UMNO KAH? DARI DUIT RAKYAT YG DISELEWENG OLEH PUAK UMNO KAH? jangan Jual Agama Tipu Islam (JATI) Buat memalukan Islam jer hassan.. BN buat kumungkaran tak nak ditegurnya. memang pelesit Hasan Jati dan puak2 dia ni.
ReplyDeletePakatan mmg tidak boleh dipercayai.
ReplyDeletePuak UMNO..kalau boleh raja pun nak dibuangnya.....
ReplyDeletePR mungkin masih belum begitu sesuai untuk memerintah Negara kita.
ReplyDeletesangat tidak bersetuju agama dicampuradukkan dengan politik.
ReplyDeleteBaru hari ni dengar NGO Jalur Tiga. Hasan Ali pun sudah masuk persatuan ni??
ReplyDeleteBerpolitik pun mahu campur adukkan dengan agama.
ReplyDeleteAhli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi...
ReplyDeleteDakwaan daripada Hassan Ali perlulah disiasat untuk mengesahkan kesahihannya.
ReplyDeletebaru kome sedor dengan kemampuan dt dr hasan ali, ye? kerana dia BN kalah di Selangor.. belum tentu PR akan kukuh di Selangor dlm PRU 13 nti! sekarang ceramahnya berpuluh2 ribu orang mendengornya!
ReplyDeletehasan ali adalah satu fenomena! siapa kamu org2 yg berpendidikan universiti nak berhujah BM / BI / B.A dengan dia? dia ada banyak strategi & kepimpinan PAS dah buang dia sebab bimbang dengan kemampuannya menyoal mcm2 terhadap kepimpinan PAS yang kian terpesong?
dia hanya seorang & prinsip & latar keluarganya tak memungkinkan dia masuk UMNO! tapi tindakannya menyebabkan PAS dah x senang duduk! ingat, PAS hanya pengikut dalam PR! dengan PAS skrg.. arak, judi, rumah urut pun mereka bersubahat atas arahan total HADI & N.AJIS!
HUDUD/ YAHUDI/ LGBT adalah permainan Hadi & N.ajis. padahal hanya cakap2 untuk redha pengundi, bukan redha ilahi!! muslimah PAS tetap akan undi walau Ambiga yg bertanding demi kesetiaan pada PAS yg didakwa pemimpin membawa ke syurga!!
PAS mmg menate sial! kronisma, syubhah, lembab, negatif, x pandai urus air!!! menyusahkan ramai rakyat &......... x boleh ditegur!