Wednesday, March 7, 2012

Ku Li Dinasihat Berundur?

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah’ dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat.

Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Majlis perjumpaan yang dipenge­rusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

Kebanyakan mere­ka menyuarakan su­dah sampai masanya ba­gi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin mu­da sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.

Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemim­pin itu yang disiarkan dalam kebanya­kan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti.

Ab Wahab berkata, Tengku Ra­zaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.

Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno.

Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya.

“Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama,” katanya. -SH

15 comments:
Write comments
  1. UMNgOk x mau mana2 otak yg masih boleh BERFUNGSI sempurna!!!

    ReplyDelete
  2. UMNO hanya perlu orang-orang yang YES Man atau Yes Woman saja yang boleh mengenepikan soal akidah, maruah dan negara demi survival parti.

    ReplyDelete
  3. terpulang pada Kuli samada nak berundur ataupun tidak.

    ReplyDelete
  4. Betul itu UMNO hanya perlu orang yang pandai tayang Video Lucah macam Datuk Tiga T kan begitu Neji! iTULAH DASAR umno DAN bn YANG DIDOKONG OLEH nEJI!

    ReplyDelete
  5. Beri peluang org muda menerajui gua musang. kalau tidak serah saja pada PAS.

    ReplyDelete
  6. Tulah org UMNO....org ambik royalti hak negeri sendiri pun sokong...benawe punya org UMNO...

    ReplyDelete
  7. Harap ini demi kebaikkan semua atas apa yang perlu untuk Ku Li.

    ReplyDelete
  8. Ku Li mempunyai hak untuk menentukan hala tujunya. apapun, tetapkan pendirian. jika ingin terus berjuang dalam UMNO dan BN, buatlah pendirian dengan tegas dan jelas.

    ReplyDelete
  9. Lebih baik berundur secara terhormat daripada dipecat.

    ReplyDelete
  10. Tengku Ra­zaleigh mempunyai pandangan dan pendapatnya yang tersendiri. Beliau telah lama berada dalam parti pasti lebih banyak asam garam bersama parti. Beliau tidak bersuara ketika tidak mempunyai apa2 dalam parti tetapi masih lagi ahli Parlimen Gua Musang. Tidak seperti orang lain sudah tiada kepentingan baru la bersuara. Sebagai veteran dalam parti kata2 beliau harus dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  11. tidak payahlah buat hasutan supaya umno mengambil tindakan tidak demokratik macam PAS memecat Hassan Ali..

    ReplyDelete
  12. Ku Li cuma memberikan pendapatan beliau sendiri sahaja, ini menunjukkan bahawa UMNO membenarkan ahli mereka menyuarakan pendapat masing-masing bukan seperti PAS yang menghalang ahli mereka mengeluarkan perkataan yang mengkritik parti.

    ReplyDelete
  13. PAS memecat Hassan Ali kerana takut ada rahsia parti dibongkarkan?

    ReplyDelete
  14. engku..kami sekalian ahli umno sayangkan engku! tidak pernah terniat membuang engku pula! engku adalah golongan atasan yang berbudi bahasa dan sygkan rakyat!

    hidup umno!! hidup raja2 melayu!! perjuangkan islam semampu kita, deh! janji ditepati, buat kerja dengan niat yg suci..

    ReplyDelete
  15. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13


    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `ahh uhh aahh` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).


    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.