Sunday, March 11, 2012

Mazlan Aliman ditahan di Sabah

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah.

Beliau yang dihubungi memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.

"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.

"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang kini ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Beliau memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

Mazlan ditemani pegawai khas lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Bapa),Kol.(B) Nazari (Kerabat), Abd. Rahman Ramli (Bangkit).

Beliau dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah.

Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.

16 comments:
Write comments
  1. Di tahan sebab takot pengaruhnya berkembang ke sabah...
    ini semua kerja org2 yang takot dengan bayang-bayang sendiri..rakyat sabah perlukan semangat juang yg ada pada beliau...

    ReplyDelete
  2. mazlan aliman ada rekod jenayah? terrorist? knp PTI senang2 keluar masuk tanpa halangan? knp dlm tempoh bbrp hr shj, PTI boleh dpt IC? knp dlm kes ini kuasa imigresen sabah terpakai ttp x bg lain2 isu dlm 20 perkara? apa yg malaya cuba jual TEMBIRANG di sini???

    ReplyDelete
  3. Kalau PATI yang datang ke Sabah Kerajaan BN Sabah kata WELCOME TO SABAH! Tiada apa-apa dilakukan untuk menghalang yang membuat PATI tadi jual rokok seludup dan pelbagai lagi kegiatan mereka. Kalau Rakyat semananjung yang tidak sealiran fahaman politik dengan BN datang dihalau macam anjing!

    ReplyDelete
  4. Ada alasan yang baik kenapa Mazalan ditahan daripada memasuki Sabah, tunggula penjelasan daripada pihak Imigresen.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya dia mengundang bahaya memang perlu ditahan. Pengaruh budaya yang tidak sihat harus juga disekat merebak ke Sabah.

    ReplyDelete
  6. Kalau MB Pahang yang memaki hamun wartawan boleh masuk Sabah kah? Budaya memaki hamun UMNO katakan!

    ReplyDelete
  7. dia ditahan bagi memastikan dia tidak membawa masuk budaya seberang yang tidak sesuai dgn budaya Sabah.

    ReplyDelete
  8. apa boleh buat kalau tidak dibenarkan masuk sabah...

    ReplyDelete
  9. Dia datang Sabah kerana hendak menyokong perhimpunan aman tanah NCR di Likas tapi BN takut lalu halang beliau masuk Sabah. BN ini penakut bah!

    ReplyDelete
  10. BN Sabah khususnya UMNO takut dengan bayang2 sendiri....Rakyat Sabah perlu bangkit macam zaman PBS dahulu walaupun di Semenanjung tak berlaku masa itu..Kini di Semenanjung telah berlaku kenapa pulak Sabah tak ikut arus itu? Ini pelik kalau nak berubah kena ikut sama baru bagus untuk semua.....Yang penting jangan percayakan UMNO walaupun pemimpinnya orang Sabah sendiri...sebab mereka itu semuanya adalah lembu dicucuk hidung oleh UMNO Semenanjung bah......

    ReplyDelete
  11. Mungkin ada sebab kenapa beliau ditahan oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  12. Ditahan, perhimpunan pun sudah berlalu..tak dapat nak buat apa2 lagi lah..

    ReplyDelete
  13. dia datang ke Sabah semata2 mahu mengajak rakyat berhimpun dijalanraya ba tu.. sebagai salah seorang pemimpin PAS, mana la dia mahu terlepas peluang berhimpun.. daripada beliau penat2 membawa masalah rakyat ke mahkamah, baik dia anjurkan saja perhimpunan..

    ReplyDelete
  14. dia boleh panggil peguam bila dia ada masalah.. tapi jika benar dia bersungguh2 mahu menyelesaikan masalah rakyat, kenapa tidak tolong penduduk kampung ini untuk mendapatkan khidmat peguam?? kenapa mesti berhimpun??

    ReplyDelete
  15. Ini bukan kes pertama ditahan oleh pihak imigresen di lapangan terbang. Tertanya-tanya juga kenapa ditahan tanpa beri sebab.

    ReplyDelete
  16. Mungkin sebab keselamatan maka Mazlan Aliman telah ditahan. Perkara ini pasti boleh dijelaskan oleh pihak yang berkenaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.