Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.
"Saya dengan ini nak shahrizat taman desa pc resign resignation step down 110312memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat," katanya.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.
"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.
'Nantikan hasil siasatan NFC'
Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.
"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.
"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.
shahrizat jalil jatuh bangun 110312Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan.
Selain desakan pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.
Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."
-MK
Sunday, March 11, 2012
Shahrizat sah letak jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daripada dipecat, lebih baik meletak jawatan sendiri. Sekurang-kurangnya maruah masih dapat dipertahankan.
ReplyDeleteWalaupun Sharizat telah meletak jawatan dan dijangkan akan keluar bulan depan, namum masalah NFC ini tetap memerlukan penyelesaian yang sesuai. Diharpkan kerajaan boleh mencari jalan penyelesaian yang baik.
ReplyDeletePasti tindakan shahrizat adalah yang terbaik
ReplyDeletetindakan yang dibuat adalah wajar. ini yang terbaik untuk dia.
ReplyDeleteLetak jawatan tak letak jawatan tak penting tapi mengguanakan kuasa dan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga, apa pula hukuman terhadap beliau oleh UMNO
ReplyDeleteOo bulan 4 ini habis sudah tempoh. Namun tidak bermakna Datuk Sharizat akan berundur begitu saja. Beliau tetap akan terus berjuang untuk UMNO.
ReplyDeleteBulan April tempoh senator awak habis lah Sarijat oi maka secara automatik jawatan awak sebagai menteri tamat. Kalau nak tipu rakyat carilah alasan logik sikit ini budak tadika pun tau bila tempoh senator awak habis jawatan kau sebagai menteri pun tamat. Macam kad touch and go awak bila tamat tempoh tak akan kau p syarikat pengeluar kad dan kata saya nak tamatkan touch n go saya kerana memang pun kad itu tamat tempoh! Adul otak apalah dia pakai ini!
ReplyDeletePerlukah letak jawatan bila tempoh sah jawatan pun tamat? Sudah tamat, tamatlah.
ReplyDeleteLebih baik undur diri sebelum diundurkan secara sadis.
ReplyDeleteyang penting siasatan tetap diteruskan sekalipun beliau telah letak jawatan..
ReplyDeleteKebetulan tempoh perlantikannya sebagai senator akan berakhir bulan April ni.
ReplyDeletePastinya semua yang menggesa beliau berundur dan meletak jawatan sudah berpuas hati sekarang.
ReplyDelete