Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.
Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.
Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.
Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.
"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.
"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.
Semalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.
NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.
Medan terbaik
Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.
Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.
"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.
Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).
Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.
Menjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.
Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.
"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.
Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan. -mk
Tuesday, March 13, 2012
NFC Ke Mahkamah Untuk Elak Isu Dibahas Di Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Noh nak tutup bangkai gajah!
ReplyDeleteBiarlah NFC ini dinilai semasa di mahkamah, hakim pasti akan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai isu ini.
ReplyDeleteTunggulah perkembangan yang selanjutnya mengenai kes NFC ini, kebenaran hampir didedahkan.
ReplyDeleteTunggu saja keputusan mahkamah.
ReplyDeleteOoooo, rupanya inilah muslihat kenapa kes lembu dibawa ke mahkamah semalam...
ReplyDeleteuntuk mengelakkan isu ini dari dibahas dalam sidang parlimen atas alasan subjudis..
bijak kau Noh, bijak, bijak, bijak. walau apapun, rakyat tetap akan tolak Umngok Be End pada Pru 13 n
Noh Dah Panas, dulu hero sgt...pas ni ada lg menteri2 umno yg salah guna kuasa akan timbul. Depa akan jatuhkan satu dantara lain....pasal apa? perjuangan dah tersasar jauh dan rakyat dah nampak. skrg tgh musim beri gula2 pada rakyat haha
ReplyDeletesuami kak jat kena charge dibawa akta sykt dan pecah amanah, bukan kes kelulusan NFC, yg kita nak tanya noh, siapa yg terlibat meluluskan 250j kepada syk yg tidak amanah hingga bolih pecah amanah, kenapa projek dilulus kpd sykt yg hanya tahu melabur dalam hartanah, cuti2, umrah2, dan kerita mewah untuk buat projek lembu.ini bukan kes subjudis , ini sudah kes sub berapa bahagian dapat dari meluluskan dana rakyat di faraid.
ReplyDeletekeas NFC biarlah ia dibawa ke Mahkamah, kita tgk ja keputusannya.
ReplyDeletespt dlm kes C4, mahkamah kangaroo di malaysia akan melarang soalan2 yg relevan yg bertujuan utk melindungi pihak2 yg terlibat utk meluluskan projek ini.
ReplyDeleteSudah masuk kes mahkamah, apa boleh buatlah.
ReplyDeleteajak penyokong2 berkumpul depan mahkamah dan jangan lupa bawa sepanduk serta melaungkan 'bebaskan pengerusi NFC'.. jika Anwar boleh guna cara ini, takkan orang lain tidak boleh..
ReplyDelete