Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.
Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.— BERNAMA
Wednesday, March 7, 2012
Pelajar terbaik STPM amal 4 petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amalan seperti Pelajar Siti Aishah wajar dicontohi oleh pelajar lain. Tahniah dan semoga maju jaya.
ReplyDeletepetua yang diamalkan harus dijadikan contoh dan ikutan.
ReplyDeleteSetiap orang ada cara mereka sendiri untuk perancangan pembelajaran.
ReplyDeleteGood deeds will be rewarded.
ReplyDeleteTips yang baik untuk dicontohi.
ReplyDeletesyabas dan kekalkan reputasi baik ini di peringkat yang lebih tinggi.. tercapai bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi..
ReplyDelete