PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee memberi jaminan kepada ahli dan penyokong bahawa parti itu layak bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 meskipun telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar saman malu RM1 juta kepada Tan Sri Harris Salleh.
Beliau berkata, arahan Mahkamah Tinggi berkenaan tidak menjejaskan kelayakan parti itu untuk bertanding dalam pilihanraya umum nanti.
“Arahan untuk membayar RM1 juta kepada Tan Sri Harris Salleh itu bukanlah satu kesalahan. Dalam aspek undang-undang ia hanyalah berbentuk hutang, maka calon-calon SAPP layak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.
Harris yang juga mantan Ketua Menteri telah memfailkan saman terhadap Yong dan SAPP berhubung kenyataan mereka mengenai pesawat Nomad milik Sabah Air yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun 1976.
Tragedi yang lebih dikenali sebagai ‘Double Six’ itu menyebabkan Ketua Menteri yang baru dilantik, Tun Fuad Stephens serta tiga menteri kabinetnya – Datuk Salleh sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Chong Thien Vun dan tujuh orang yang lain terbunuh.
Dalam pada itu, Yong berkata beliau memutuskan untuk menjelaskan kepada para penyokong parti mengenai arahan mahkamah berkenaan kerana bimbang mereka akan berfikir yang calon-calon SAPP tidak akan dibenarkan bertanding dalam PRU-13.
Turut hadir di Tamu Jalan Gaya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Adun Likas, Datuk Liew Teck Chan; Timbalan Presiden, Amde Sidik; Bendahari Agung, Dullie Marie; Setiausaha Agung, Datuk Richard Yong; Adun Luyang merangkap Ketua Wanita, Melanie Chia; Ketua Pemuda, Edward Dagul; dan Ketua Penerangan, Chong Pit Fah. (Utusan Borneo)
Wednesday, March 7, 2012
SAPP Layak Bertanding Dalam PRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Layak memang layak, tapi soalnya masihkan mereka mampu mendapat sokongan daripada rakyat?
ReplyDeleteSaya tengok si Yong Teck Lee macam yakin bahawa mereka mampu bertanding 1/3 kerusi di Sabah, tetapi jika melihat tahap sokongan daripada rakyat Batu Sapi sebelum ini, bukan juga bagus keputusannya.
ReplyDeletemain cakap saja bah tu...YTL tahu bahawa SAPP tiada peluang untuk menang tapi mahu cuba nasib saja...takut kena cakap sudah tidak relevan..
ReplyDeletekalau SAPP layak pun, tetap akan kalah punya..mungkin hilang deposit...sebab mungkin akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru nanti..
ReplyDeletedi mana SAPP mahu dapat wang untuk bayar hutang rm1 juta kepada harris?
ReplyDeleteSAPP walaupun layak, belum tentu boleh menang.
ReplyDeletemungkin SAPP akan berdiri sendiri pada pru13 nanti tanpa bantuan atau kerjasama dari pembangkang sabah lain...dan ini akan menyebabkan kekalahan SAPP..pecahan undi akan berlaku dan BN sabah akan menang.
ReplyDeletealex
ReplyDeleteSAPP byk duit tu, rm1 juta sikit ja bagi SAPP.
apa pun ianya terpulang kepada undi rakyat...undilah dengan bijak pada pru13 nanti.
ReplyDeleteKesian SAPP kena bayar hukuman.
ReplyDeleteSAPP memang layak untuk kalah dalam PRU nanti...
ReplyDeleteSAPP memang layak, tapi boleh menang tak pastilah.
ReplyDeleteStrategi satu lawan satu di sabah adalah formula terbaik untuk tumbangkan BN. Tanpa kerjasama dari parti2x pembangkang, mereka tidak mungkin akan menang.
ReplyDeleteOleh itu, SAPP kenalah bersatu dengan parti pembangkang yang lain.
ReplyDeleteSiapa2 juga layak bertanding tapi menang atau kalah, susah nak cakap.
ReplyDeleteWell, let's see what Pakatan has to say about that.
ReplyDeleteApapun, SAPP ni nak dapatkan publisiti lebih supaya nama YTL dapat diselamatkan.
ReplyDeleteThey are all qualified, the question is whether or not they successfully to win the people heart.
ReplyDeleteSAPP have great competition especially new party like STAR appear in Sabah thats look aggresive too.
ReplyDeleteLet the people do their job to choose what they want.
ReplyDeleteSAPP harus bekerjasama dengan parti lain supaya berkembang besar dan menyakinkan lebih banyak rakyat.
ReplyDeleteRakyat hbarus pandai menilai parti mana yang lebih sesuai.
ReplyDeleteGood luck to SAPP. Its not about the seats but about how to serve and resolve people matter.
ReplyDeleteHope SAPP can carry out their duty if they really win the seats.
ReplyDeleteSAPP indeed qualify in PRU just the question is whether they can win.
ReplyDeleteIf SAPP able to work together with other opposition, I am sure its bring positive outcome and giving BN a great competition too.
ReplyDeleteThe people not trusting YTL, indeed a great challenge to SAPP itself.
ReplyDeleteKita tengok saja nanti apa yang SAPP mampu lakukan pada PRU akan datang nanti.
ReplyDeleteSAPP boleh! Sabah untuk orang Sabah!
ReplyDeleteSememangnya layak tetap layak bertanding cuma masalahnya SAPP pasti kalah teruk, di bandar mungkin dapatlah juga undi dengan bunyi ribu, itupun jika tidak disapu oleh DAP. Selamat jalan SAPP lepas PRU-13 bolehlah YTL umumkan untuk tutup kedai SAPP.Hidup BN.
ReplyDeleteMemang layak bertanding, tengok saja la nasib SAPP nanti macam mna. Tapi saya rasa BN masih lagi boleh menang.
ReplyDeleteI will not vote for them anymore. Their Ybs never think of us that vote them to win and hold a cabinet post..but resign instead for their own good to fight for more benefit from Bn for YTL.
ReplyDeleteSebagai Presiden SAPP patut Yong Teck Lee menang di kerusi parlimen batu sapi, nyata beliau kalah malah undi yang beliau kutip lebih rendah daripada Ansari, KDM masih ingat tindakan SAPP terhadap PBS dahulu, jangan SAPP impikan menang kerusi di daerah-daerah luar daripada Likas, tetap kalah teruk punya. Majoriti rakyat Sabah masih mahu memenangkan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteAsalkan Bukan UMNO/BN (Anything But UMNO/BN), ABU!!!
ReplyDeleteselagi ada $$$ untuk membiayai pilihanraya termasuk kempen2 SAPP, selagi itu SAPP layak bertanding.. YTL banyak duit ba.. apa mau risau..
ReplyDeletekalau tidak silap Harris mahu failkan saman lagi kepada YTL kerana mempertikaikan keputusan mahkamah atau lebih tepat tidak menghormati keputusan mahkamah..
ReplyDelete