Sunday, March 4, 2012

Sultan Brunei Rasmi Festival Sandakan

FESTIVAL Sandakan Edisi Ke-12 pada tahun ini mencatatkan sejarah apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat merasmikan acara itu di Padang Bandaran Sandakan, Sabtu malam.

Penghormatan tersebut diberikan sempena lawatan kerja dua hari oleh baginda ke daerah ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis itu berkata keberangkatan baginda ke majlis itu mencatatkan satu peristiwa yang penuh bersejarah bagi masyarakat di daerah Sandakan.

Beliau berkata lawatan baginda ke negeri itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia erat serta mengeratkan lagi silaturahim dan semangat persaudaraan di antara rakyat kedua-dua negara.

Mengenai Festival Sandakan itu, Musa berkata ia mula diperkenalkan pada 2000 dan telah berjaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan daerah Sandakan dan negeri Sabah.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Sandakan, kelmarin, untuk lawatan kerja selama dua hari ke daerah ini.

Ketibaan baginda bersama 17 anggota rombongan di Lapangan Terbang Sandakan dengan pesawat khas pada pukul 9.25 pagi disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri kabinet serta pembantu menteri.

Kelmarin, baginda melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok dan pada sebelah petang berangkat menyertai perlawanan persahabatan badminton di Dewan Masyarakat Sandakan.

Pada sebelah malam, baginda berangkat ke majlis santapan bersama masyarakat Sandakan di Dewan Serbaguna Libaran, sebelum berangkat melancarkan Festival Sandakan di Padang Bandaran. Baginda dijadual berangkat pulang ke Brunei pagi ini. (BERNAMA)

14 comments:
Write comments
  1. Satu titik bersejarah yang amat penting dan unik.

    ReplyDelete
  2. Eratkan hubungan dua negara adalah sangat penting. Semoga lepas ini prjek kerja-sama antara dua negara lebih banyak.

    ReplyDelete
  3. Pasti festival Sandakan bertambah meriah dengan kehadiran Sultan Brunei.

    ReplyDelete
  4. Lets see what the best they can do between the Sabah hero and Brunei Hero. Im sure such visit can bring many projects across the border.

    ReplyDelete
  5. Im sure they are many more such kind of visit in the near future. Goodluck!

    ReplyDelete
  6. Sabah dan Brunei mmg mempunyai hubungan sejarah yang amat kuat.

    ReplyDelete
  7. Pati akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Brunei dan Sabah.

    ReplyDelete
  8. bagus untuk ekonomi sabah. Pasti lebih ramai akan datang ke sandakan jika di buat setiap tahun.

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha mengekalkan hubungan antara Sabah dan Brunei.

    ReplyDelete
  10. Hubungan baik harus dikekalkan projek harap2 masuk.

    ReplyDelete
  11. Mudah2an sultan Brunei berpuas hati dengan lawatan beliau ke Sabah.

    ReplyDelete
  12. Sabah dan Brunei sepatutnya boleh bekerjasama dalam banyak perkara terutamanya dari segi ekonomi memandangkan kedua2 negara hanya duduk berjiran dan mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dari segi bentuk muka bumi, malah komposisi masyarakat..

    ReplyDelete
  13. Semoga hubungan Sabah dan Brunei akan menjadi lebih erat selepas ini.

    ReplyDelete
  14. Sebelum ini KM kita Datuk Musa Aman melawat ke Brunei sekarang pula Sultan Bolkiah datang merasmikan festival di Sandakan, ini menunjukkan hubungan yang baik antara dua negara kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.