Tuesday, March 13, 2012

WASPADA : Lolipop Berpendafluor Mengandungi Racun

Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Gambar: S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.

"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak. -kosmo

7 comments:
Write comments
  1. Harap semua kedai yang menjual gula-gula ini akan menarik balik semua stok gula-gula ini. Pembeli juga perlulah berwaspada.

    ReplyDelete
  2. Harus ban gula2 tu, risau anak2 akan membeli dan termakan racun.

    ReplyDelete
  3. How come if there is any consumerism issues of late always crop up in Penang? Good job job for the Consumers Association in Penang.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the distribution of these product will cease for the common goog

    ReplyDelete
  5. jika ia beracun, lebih baik ia diharamkan, ini demi kesihatan orang ramai.

    ReplyDelete
  6. Macam mana lollypop ini dapat dibawa masuk ke dalam negara??

    ReplyDelete
  7. setiap barang makanan yang dibawa masuk ke negara ini patut melalui pemeriksaan sebelum boleh diedarkan atau diluluskan untuk pasaran negara ini..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.