Monday, July 2, 2012

1.5 juta siswa dapat kad diskaun 1Malaysia

http://mstar.com.my/archives/homepage/2012/7/2/kaddiskaun.jpgKira-kira 1.5 juta mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara akan mendapat manfaat daripada Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang melancarkan kad tersebut berkata ia diberikan secara percuma kepada mahasiswa di seluruh negara bagi mengurangkan kos sara hidup sepanjang pengajian mereka.

Majlis pelancaran kad tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang ini.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemberian kad diskaun tersebut bertitik tolak daripada cadangan mahasiswa sewaktu Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November lalu.

"Cadangan tersebut diberi perhatian dan tindakan yang sesuai dilaksanakan selaras dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya.

Muhyiddin berkata cadangan tersebut dipertimbangkan selepas tempoh enam bulan ia dibentangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikannya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sebelum itu, Ismail Sabri yang juga ahli Parlimen Bera, dalam ucapannya menjelaskan beberapa ciri kad diskaun tersebut.

Antaranya ialah tempoh masa kad tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh pengajian, ia bukan kad mata ganjaran, pelajar tidak perlu memohon sebaliknya maklumat pelajar akan diberikan oleh IPT kepada kementeriannya dan pihaknya mengutamakan pelajar tahun akhir terlebih dahulu.

Katanya, kerajaan tidak menanggung sebarang kos, sebaliknya ia merupakan pendekatan 'tanggungjawab sosial korporat' oleh Bank Rakyat yang membiayai kos pengeluaran kad, 51 syarikat dan 30 koperasi yang terlibat memberi potongan harga kepada mahasiswa.

Mahasiswa mendapat faedah potongan lima hingga 60 peratus antaranya seperti penginapan di hotel tertentu, buku, membeli makanan dan membeli barangan tertentu premis perniagaan.

-MK

6 comments:
Write comments
  1. sebenarnya nak terima pemansuhan PTPTN yg diasak oleh rakyat kebanyakan cuma BN malu nak akui dan timbullah macam2 program utk rakyat samada pemandu teksi,pelajar,pekerja atau seumpamanya. SYABAS PR dan 'terimakasih' le BN.

    ReplyDelete
  2. pelajar IPT dapat kad diskaun, rakyat jelata yang lain mcmaner? Kenapa x ambil inisiatif menurunkan harga barangan yang boleh memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat yang tinggal di MALAYSIA ini.

    ReplyDelete
  3. nk PROMOTE BN 1 MALAYSIA sekali la tu , KAD tu mesti ade 1 Malaysia Janji Ditepati , DITEPATILAH SANGAT.. nk PRU baru nk bg .... 1.5 juta tu takut2 ramai anak2 KRONI/orang2 kaya .. yang susah tak dapat

    ReplyDelete
  4. Satu langkah yg bagus. Cuma yg agak ganjilnya, knape keluar sgala mcm bantuan skrg? Knape x sblom ini? Org mesti mempertikaikan motif disebaliknya. Klau kita ikhlas buat sesuatu, x kira bermusim. Tapi yg berlaku lately, dekat2 PRU13 lah berbagai bantuan/insentif mula keluar, dlm erti kata yg lebih tepat musim pilihanraya. Apakah ini bertepatan dgn slogan, 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', atau lebih tepat dgn slogan, 'rakyat didahulukan bila kami perlu sokongan krn pencapaian utama kami diutamakan'??...

    ReplyDelete
  5. mana duit kami yg disonglap oleh lembu2 NFC tu sebanyak RM250 juta? Dah senyap ni. Mana puak Perkasam ke barua2 umno ke nak tolong kami nih?

    ReplyDelete
  6. moooyeeeding; majoriti student belum 21 laaa, klu sudah layak mengundi pun bukan kau x tau trend pengundi muda. tq la aa, sy x rasa 'terhutang budi' sikit pun!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.