Dalam nada sinis Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjaga syarikat anak-anaknya dan jangan mencampuri urusan politiknya.
Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini mantan perdana menteri itu mengesa Ketua Umum PKR itu agar meninggalkan politik dengan segera.
Dr Mahathir berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.
“Dia Dr Mahathir suruh saya bersara, saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.
“Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.
“Seorang pemimpin tetapi puluh bilion kekayaan anak-anaknya,” kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di sini semalam.
Bercakap dihadapan kira-kira 3,000 hadirin, Anwar turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu ‘marah’ kepadanya.
Sebaliknya, Anwar berkata beliau tidak pernah mengacau dan sudah memaafkan bekas pemimpin nombor satu Umno itu.
“Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
“Yang kamu takut ini apa. Dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia agaknya.
“Ya lah sebab dulu dia pernah minta saya tolong anaknya, minta supaya saya bagi RM2 bilion tetapi saya tidak mahu, kemudian dia meminta duit dari petronas. Sebab itu lah punca dia marah saya,” katanya yang mengimbas perselisihan beliau dengan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. -selangorku
Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak
Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.
“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.
Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.
“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.
Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.
“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.
“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya. -KD
Monday, July 9, 2012
Anwar Bidas Mahathir Jaga Syarikat Anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ooo...asalnya Mahathir nak RM2b dr Kewangan negara tapi tak diluluskan oleh YB Menteri Kewangan ( DS Anwar waktu itu). Patutle bagai nak rak Mahathir marah sampai cari sapa2 boleh bersekongkol utk membaut fitnah kpd DS Anwar. Hoo,macam tu ye Che Det(Mahathir).
ReplyDeletePolitik di M'sia ni Mahathir VS Anwar.
ReplyDeletehairan knp Dr M x mengambil tindakan perundangan terhadap barry wain???
ReplyDeleteAnwar Ibrahim sendiri berkata akan bersara jika PKR dikalahkan lagi PRU-13.
ReplyDeleteWalaupun Dr Mahathir sudah bersara, tapi beliau tetap ada kebebasan bersuara. Jikalau Datuk Anwar tidak gembira dengan kenyataan Dr Mahathir, tidak perlulah peduli sama dia. Tapi Datuk Anwar tidak boleh menghalang Dr Mahathir daripada mengeluarkan pendapat beliau. Ini kan negara demokrasi.
ReplyDeleteAnwar dan Mahathir nak berlawan lagi mcm dulu.. huhu..
ReplyDeleteKalau PKR kalah lagi Anwar akan bersara, sama2 la kita tengok nanti..
ReplyDeleteMemang mereka akan bercakar untuk selama-lamanya.
ReplyDeleteTidak akan sehaluan mereka ni hanya kerana isu politik. jangan saja satu negara rasa akibatnya
ReplyDeleteKenapa Anwar takut masihkah dengan Dr M atas apa yang berlaku dahulu.
ReplyDeleteJika kita lihat kembali sejarah Anwar menjadi TPM kita boleh nampak yang mana Anwar telah menyalah gunakan kuasa sebagai TPM dan menteri kewangan semasa itu.
ReplyDeleteketika menjawat jawatan menteri kewangan, Anwar juga banyak memberikan projek kepada kroni2nya.. semua projek yang nilainya berbilion2 ringgit diberikan kepada syarikat2 yang ada kena mengena dengan dirinya..
ReplyDeleteyang peliknya lagi, selepas Anwar keluar dari kerajaan, bagaimana dia mampu mengupah peguam2 handalan yang jika dihitung boleh mencecah hampir rm10 juta?? dari mana datangnya duit itu?
ReplyDelete