Monday, July 9, 2012

DAP sangkal laporan Utusan mengenai 'dominasi kerusi'

DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus membolehkannya melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

NONE"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan).

"Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu.

Akhbar Umno itu menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'propembangkang' - suarapakatanrakyat.com.

Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Memetik blog tersebut, Utusan berkata PAS akan hanya bertanding di 66 kerusi walaupun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu 80 kerusi, manakala PKR akan mengurangkan kerusinya kepada 66 berbanding 97 dalam pilihan raya umum 2008.

Ini akan membolehkan DAP mendapatkan 43 kerusi tambahan dan meletakkannya dalam kedudukan yang terbaik untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri, jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, kata laporan itu.

-MK

12 comments:
Write comments
  1. Yg saya tahu DAP kurangkan banyak kerusi2 DUN/Parlimen utk diserah kpd komponen lain dlm PR. Standard le tu...UTUSEX & BERITA HAIRAN. Klau tak putar,bukan utusan namanya.

    ReplyDelete
  2. Hanya orang bodoh saja yang percaya dengan laporan utusan meloya yang sudah kerap kali disaman dan kalah di mahkamah kerana laporan putar belitnya.

    ReplyDelete
  3. Apa yang nak dipercayakan dengan Utusan ni?

    ReplyDelete
  4. Pengagihan kerusi terpulanglah kepada ketua parti masing-masing. Tidak semestinya DAP dapat bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen walaupun mereka berhasrat membuat demikian.

    ReplyDelete
  5. Oleh itu, rakyat sendiri juga perlulah pandai membuat penilaian sendiri terhadap semua yang dibaca dalam media. Bukan semua yang dipaparkan adalah tepat, terutamanya sekali dalam internet.

    ReplyDelete
  6. nnti kita tgk berapa kerusi DAP akan bertanding.

    ReplyDelete
  7. DAP memang patut tanding kerusi paling sedikit.

    ReplyDelete
  8. Kenyataan hasil daripada perbincangan tapi susah mahu terima kenyataan.

    ReplyDelete
  9. DAP memang tamakkan kerusi.

    ReplyDelete
  10. Atau DAP risau tidak diterima oleh ahli PR lain nanti dengan dakwaan tersebtut.

    ReplyDelete
  11. Kita tunggu saja nant adakah benar utusan yang menipu atau pun DAP yang cuba memutarbelitkan fakta sebenar.

    ReplyDelete
  12. macam mana sekalipun, setiap kali pilihanraya mesti timbul kes perebutan kerusi dikalangan komponen pakatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.