Thursday, August 16, 2012

114A: Lagi bukti "PM terburu-buru"

Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) merupakan satu kejayaan kepada kempen yang dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), semalam.

Hasrat yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membuktikan kononnya beliau mendahulukan rakyat, sepertimana yang sering diucapkan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan.

Sebelum ini banyak juga perkara yang dumum Najib untuk dilaksanakan terburu-buru namun terpaksa menarik balik selepas mendapat bantahan banyak pihak.

Ia termasuklah dalam isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia yang akhirnya dibatalkan biarpun telah menelan kos yang besar.

Semalam, CIJ melancarkan kempen bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet, yang disifatkan akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.

-HD

15 comments:
Write comments
  1. lebih baik mempunyai kerajaan yang yang sentiasa bersedia mendengar dan menilai pandangan2 atau bantahan2 rakyat berkenaan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan.. tidak seperti PAS.. ahli sendiri yang mengemukakan pandangan pun dipecat jika pandangan ahli itu tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PAS..

    ReplyDelete
  2. tidak ada istilah terburu2 dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan jika keputusan itu boleh diubah bila2 masa melalui semangat demokrasi yang diamalkan oleh parti pemerintah negara ini..

    ReplyDelete
  3. Keputusan kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) menunjukkan kerajaan menghormati suara hati rakyat. Ini barulah negara demokrasi.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggulah dan lihat hasil daripada kaji semula akta ini setelah kerajaan melaksanakannya.

    ReplyDelete
  5. Bukan PM akan bincang semula tentang isu ini?

    ReplyDelete
  6. Akta yang dibuat biarlah adil kepada semua.

    ReplyDelete
  7. tak pernah pun dlm PAS tu ahli dpecat bila beri pendapat. Yg kena pecat tu adalah musuh2 dlm selimut.Betul le tu,ADA TIDAK MENAMBAH TIADA PUN TIDAK BRKURANG. Malah merosak ukhuwah jer. Islam pun memberi peringatan agar berwaspada dgn golongan munafikin.

    ReplyDelete
  8. Bagaimana boleh terburu-buru, untuk memindahkan akta bukan hanya keputusan PM saja.

    ReplyDelete
  9. Biar la PAS dengan masalah dalamannya.

    ReplyDelete
  10. takut jugak PM kat suara rakyat yer? Memang dah sedar nyawa UMNO dah sampai halkum. Jadi kena buat2 baikler.

    **888

    ReplyDelete
  11. Evidence Act stays, kata Rais.

    ReplyDelete
  12. kerajaan ingin mengkaji semula 114A kerana kerajaan mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  13. Mengenai akta ini rasanya mendapat tentangan dari beberapa pihak. Rasanya perlu kena lihat semula akan perkara ini.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan bukan nak kaji semula akta ini. Ianya memang tiada pun sebelum nih. Hanya YB Menteri Pembodek yg cetuskan idea tolol nih, lepas tu bila PM yg brada di OIC nun tahu...dia tak setuju sgt dgn alasan depankan kehendak rakyat. So, cacel lah idea tu. Jadi bukan nak kaji akta,ok. Kalau nak kaji,dia kena kaji yg sedia ada spt akta ISA, bila dia hapuskan akta itu demi hak2 rakyat...itu baru boleh dikatakan MENDENGAR SUARA RAKYAT. Heii,apalaa.

    **888

    ReplyDelete
  15. Kalau majoriti membantah, memang wajarlah suara rakyat didengar dan keputusan yang dibuat pun memuaskan hati rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.