Wednesday, August 8, 2012

Keruh di hulu, keruhlah di hilir

Perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini amat menarik dan menjadi tumpuan ramai. Dengan perkembangan terakhir ini tidak dapat lagi dinafikan bahawa BN Sabah sedang menerima tekanan yang amat berat untuk mempertahankan mandat yang ada pada mereka (BN) apabila PRU sampai masanya untuk diadakan.

Musa Aman, pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Hj Ukin dan Wilfred Bumbering tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Kita faham bahawa kenyataan beliau (Musa) itu hanyalah satu kenyataan politik yang liar sahaja.

Isu yang menyebabkan BN Sabah khususnya UMNO tidak lagi mendapat perhatian rakyat sekarang ini terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat memahami di antara sebab atau alasan yang menyebabkan penolakan rakyat yang begitu ketara terjadi. Tetapi yang paling nyata sekali ialah isu peribadi Musa Aman sendiri yang tidak lagi sanggup diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin utama mereka. DAN pemimpin ini jugalah yang dipertahankan bermati-matian oleh Najib.

Tetapi kalau UMNO itu UMNO juga. Parti itu sememangnya terlalu leka dengan mempertahankan pimpinan yang diragui rakyat sejak tiga dekad yang lalu. UMNO tidak dapat menerima bahawa politik ini adalah peperangan mental dan jika Musa yang sudah dipersepsikan sebagai liabiliti kepada BN sepatutnya mengundurkan diri atau dipaksa oleh pimpinan tertinggi UMNO untuk berundur.

Tetapi biasalah, dalam UMNO, untuk memberhentikan seseorang itu terlalu susah kerana terlalu banyak pertimbangan sampingan yang kebanyakannnya adalah pertimbangan peribadi semata-mata. Pucuk pimpinan lebih cenderung untuk mendengar nasihat ‘warlords’ yang di sekeliling mereka daripada mendengar pandangan ramai. Tidak kita ketahui apa yang menyebabkan Najib khususnya terlalu terikat dengan Musa sehinggakan beliau (Najib) tidak berdaya untuk memberhentikan seseorang yang telah begitu parah persepsinya di mata rakyat itu. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Najib masih mempertahankan Musa sehinggakan rakyat Sabah merasakan bahawa UMNO hanya mementingkan keuntungan dan pertimbangan peribadi daripada memberikan pertimbangan terhadap keselamatan parti itu di mata rakyat. Isu ‘money laundering’ yang dikaitkan dengan peribadi Musa itu adalah isu yang amat serius dan tidak boleh lagi berada di dalam sebuah parti pemerintah jika kita pertimbangkan dari sudut etika sesebuah negara yang merdeka yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kerana Musa segala-galanya pecah dan punah-ranah, dan itu belum lagi dilihat dari isu-isu besar yang lain. UMNO tidak mempertahankan etika serta moral sebagai sebuah parti pemerintah. Sejak tiga dekad yang lalu UMNO terlalu lalai dengan etika kepimpinan sehinggakan mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin dijadikan pemimpin oleh parti itu. Itulah sebabnya seseorang yang ingin menjadi pemimpin mesti seorang yang berintergriti, bukannya seorang yang pandai berpolitik tanpa moral dengan melaksanakan politik pecah perintah sejak zaman Dr Mahathir dahulu.

Akhirnya parti itu secara tidak disedari sudah dikuasai oleh mereka yang tidak beretika dan secara beransur-ansur juga rakyat memandang rendah terhadap kewibawaan parti itu seperti yang kita lihat sekarang ini. Apabila sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diperbaiki lagi ini, barulah pucuk pimpinan hendak membetulkan keadaan tetapi sekarang usaha itu sudah terlambat.

Pucuk pimpinan yang sedang berusaha untuk memperbetulkan keadaan itu sendiri adalah dari kumpulan yang terbentuk dengan budaya buruk yang saya sebutkan tadi. Justeru kita lihat apa jua tindakan untuk memperbaiki keadaan yang dilakukan oleh Najib sekarang adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’ sahaja.

Rakyat termasuk rakyat Sabah sendiri mempunyai had kesabaran mereka. UMNO terlalu leka dengan kerja peribadi sehinggakan lupa bahawa yang mereka pimpin ini adalah sebuah negara bukannya persatuan murid tua sekolah kebangsaan Kuala Tahan. Segala teguran dan kritikan terhadap pucuk pimpinan dianggap sebagai penentangan dan tidak langsung diambil peduli.

Sekarang bagi BN, untuk mempertahankan kedudukan mereka, ia amat mahal harganya. Berbillion ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk memberi ‘gula-gula’ kepada rakyat dan wang itu adalah wang rakyat sendiri. Saya teringat semasa kecil dahulu, askar-askar Australia dan New Zealand yang masih berada di negara ini selepas merdeka selalu melemparkan gula-gula kepada kanak-kanak sekolah semasa konvoi mereka melalui kawasan sekolah.

Murid-murid yang sedang menunggu bas untuk balik ke rumah berebut-rebut untuk mendapatkan gula-gula yang dilemparkan oleh askar-askar orang putih itu dari trak dan land rover yang dinaiki oleh mereka. Maka kita masih lagi dilakukan seperti itu oleh Najib untuk mempertahankan kedudukan mereka itu.

Zaman dan waktu ‘menggula-gulakan’ rakyat sudah berakhir termasuk bagi rakyat Sabah. Najib akan ke Sabah dengarnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BN Sabah. Bagi saya sikap BN, baik dari Pusat dan di Sabah sendiri, tindakan ini ibarat ‘sudah hendak berak baru menggali lubang’. Segala rintihan rakyat selama ini tidak dihiraukan: asyik dengan mempertahankan mereka yang dalam barisan kroni mereka tanpa memerhatikan etika dan kewajaran untuk mempertahankan mereka, termasuk pemimpin seperti Musa Aman.

BN jelas sudah menjadi pak pandir. Sibuk hendak mengambil alih Selangor tetapi terlepas pula Sabah dan negeri-negeri lain. Tutup lubang sana terbentuk pula lubang di sini. Yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran.

Walaupun Najib akan ke Sabah tetapi dalam masa beliau ke Sabah itu ramai lagi ahli legislatif dari Sabah berhasrat untuk meninggalkan BN yang mereka tidak yakini itu dalam masa yang terdekat ini. Najib sudah mundar-mandir sampaikan beliau tidak ada masa untuk menguruskan negara.

Dalam pada Najib sibuk ke hulu dan ke hilir, ke darat dan ke baruh, untuk mengejar masa mempertahankan kuasa, sempat juga isterinya yang merupakan seorang ‘social climber’ yang terhebat di dunia ini, bergegas-gegas terbang ke London. Tujuannya (Rosmah) ialah untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton di acara Olimpik yang akhirnya kita kalah di tangan jaguh China, Lin Dan semalam.

Pingat emas tidak juga kita perolehi walaupun pemain bermain di hadapan seorang wanita yang tersohor di seluruh dunia kini, yang datang untuk memberikan semangat. Begitulah yang akan dihadapi oleh BN serta Najib; bergegas ke sana dan ke sini tidak tentu siang dan malam, tetapi BN berkemungkinan besar akan kalah juga akhirnya.

Pendeknya jika kita sudah sampai ke penghujung nyawa kita, tidak ada sesuatu pun boleh menyambung nyawa dan kehidupan kita. Begitu jugalah BN; apabila sudah sampai waktunya untuk dikalahkan tidak ada apa kuasa yang ada di tangan makhluk seperti kita ini mengelakkannya.

BN sepatutnya bersyukur dengan sokongan rakyat sebelum ini yang menjangkau 55 tahun itu. BN patut bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi selama ini dan jangan marah kepada apa yang mereka (BN) tidak perolehi lagi sekarang ini.

Kelalaiann UMNO selama inilah yang menyebabkan parti itu merudum. Dulu-dulunya semuanya 'taken for granted'. Akhirnya membawa bencana. Bak kata perpatah 'kalau keruh di hulu, keruhlah di hilir'. Sekarang ini kekeruhan yang dialami oleh UMNO itu adalah hasil daripada kekeruhan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sejak tiga dekad dahulu.

Oleh Aspan Alias

29 comments:
Write comments
  1. Musa Aman dan anifah aman tu ker? Dua beradik yg sapu hasil mahsul negeri. Pelik kenapa kes Pengubahan Wang Haram yg telah 'dikejar' oleh Agen Pencegahan rasuah Hong Kong dan memang trlibat dgn kes2 besar, sanggup UMNO Pusat tolong 'cover'. DSabah, nama Micheal Chia juga gah walau asalnya cina kapuk.Rupa pun masih kapuk tapi sebab tlh capai tahap 'VVIP' persendirian Sabah, selamatcina tu. Kalau satu2 kerajaan itu bersih dan bukan KERAjaan Haramjadah,sepatutnya mana2 individu spt dua ekor nih,kena nyah dr jawatan ke,gelaran ke atau apa2 yg libatkan negara.Malah patut ditangkap pun. Tapi untong juga mereka2 ni sebab org Msia nih bongok2. Menteri2 yg rata2 brmasalah dan tak layak jadi pemimimpin, inilah insan yg dikagumi. Malah MB Kelantan yg sememang dikenali dgn ilmu agama,zuhud kpd dunia, dkenali dunia luar dn mcm2 lagi contoh tauladan yg baik,inilah insan yg org2 umporno hina dan cerca. Untung Bn dpt kaut harta negara kerana meLAYU telah trkulai LAYU dgn KEBEBALANnya.

    ReplyDelete
  2. Rakyat tulen sabah tahu benar perkembangan politik bn sabah, bumburing dan lajim keluar dari bn menyebabkan bnumno di sabah semakin parah, kerana mengikut perhintungan bnumno akan terus memerintah disebabkan simpanan tetap bnumno sebelum 2 pemimpin ini bertindak keluar bn. Tetapi sekarang bnumno semakin kritikal, PR semakin mendapat apa yang diinginkannya, dan sudah terbukti, pilihanraya sarawak lebih 10 kerusi adun dimenangi oleh PR. Di sabah pula 2 parlimen bn menyokong PR. Kekuatan PR di sabah dan sarawak semakin bertambah.

    ReplyDelete
  3. Undi BN adalah undi untuk PATI. UNDI Bn adalah UNDI membawa pekerja dari luar Sabah berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan di Sabah. UNDI BN undi untuk menjadikan budak Sabah jadi tukang sapu sampah!

    ReplyDelete
  4. senang cerita lah tuan/puan/kakak/adik/....ini cerita bagus punya cuba lah kira dab kalau ngam ambil taruhannya.

    1) Pemerintahan Perikatan sabah..USNO+SCA+UPKO dari tahun 1963 hingga 1976...13 tahun
    2) Pemerintahan Parti Berjaya...dari tahun 1976 hingga 1985..10 tahun
    3) Pemerintahan Parti Bersatu Sabah..Dari Tahun 1985 hingga 1994... 10 tahun
    4) Pemerintahan BN....dari Tahun 1994 hingga 2013...sepatut nya berkubur pada tahun 2008 tapi diselamatkan oleh kemasukan PBS...15 tahun tapi rakyaat sabah kasi 5 tahun nyawa sebab PBS...tapi tahun depan tetap berakhir punya bah pemimpin BN dalam masa 6 bukan ini balun lah apa yang boleh sebab selepas PRU 13 kamu semua terpaksa jadi pembangkang....sebab masa kejatuhan kerajaan di sabah mesti ada tandanya..dulu masa berjaya tanda nya ada jerung berkeliaran di pantai tanjung aru dan masa kejatuhan PBS banyak ada ikan YU terdampar di laut inanam dan sekarang ada YU mati di pantai Kuala Penyu.....bah ingat-ingat lah kamu jangan tidak percaya kuasa yang maha kuasa....

    ReplyDelete
  5. PATI merupakan isu utama d Sabah byk sangat rakyat tempatan sdh lalui akibat dari kebanjiran pendatang asing ini terutamanya penempatan dan sumber cari makan, mengatasi masalah ini perlu disiplin yang kuat serta komitmen yang jitu, sedar atau tdk maslah ini sdh menjadi rumit itu sebab desakan yang kuat telah berlaku di Sabah agar ditubuhkan RCI ini, keadaan ini bukan berunsur politik jika dilihat dari kacamata politik tetapi sebenarnya ada isu yng lebih mendalam perlu menjadi ikhtibar kepada kita semua rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  6. siapa yang kamu sayang MUSA AMAN DAN PEMIMPIN BN yg ada atau negeri Sabah? kalau kamu sayang Sabah ! Tukarlahh... pemimpin yang ada...! kerana makin kamu sokong banyak yang 'TIDAK NGAM ' daripada 'NGAM' inda perlu dinyatakan tengok sendirilah.....!

    ReplyDelete
  7. aspan alias ni melayu DAP yg lompat masuk DAP lpas nda terpilih utk dicalonkan oleh BN..mmg dasar pengkhianat jgk!!! jd komunis la ko lpas ni aa aspan mcm spandex

    ReplyDelete
  8. Yang melucukan Lajim cuba menafikan selama ini mengenai perkara ini sedangkan sudah dari awal lagi perkara ini dapat dikesan. Ini kerana kita dapat lihat haluan Lajim tidak sama dengan BN.

    ReplyDelete
  9. Cerita di Sabah sekarang ini semakin hangat. Sehinggakan PM dan TPM telah kerap datang ke Sabah untuk menyelesaikan masalah yang ada. Namun yang pasti masalah dalaman ini sememangnya perlulah ditangani sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. Yang penting janji harus ditepati. perjuangkan hak2 dan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Datuk Musa Aman telah membuktikan beliau mampu memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU yang lalu, tidak mustahil PRU13 BN akan menang lagi.

    ReplyDelete
  12. Tidak perlulah mahu gentar, belum bertanding sudah buat bermacam-macam spekulasi.

    ReplyDelete
  13. Rakyat patut undi BN

    ReplyDelete
  14. Rakyat patut undi BN kerana BN akan melaksanakan cukai GST lepas PRU13 dengan itu harga barang akan naik akibat cukai, BN akan menyerahkan lebih banyak tanah adat kepada orang asing, BN mengenepikan penduduk Sabah dalam pekerjaan di jabatan perseketuan sebaliknya membawa pekerja dari luar mengisi kekosongan jawatan di jabatan perseketuan.

    ReplyDelete
  15. Kalau lajim tidak bertindak demikian politik Sabah tidak akan mendapat perhatian.

    ReplyDelete
  16. Kalau ada lagi yang percaya dengan BN teruskan mengundi BN tetapi jika tidak, pandai2 lah.

    ReplyDelete
  17. Tun Mahathir kata Sabah tak perlu RCI. UMNO takut le tu sebab dia yg jadi hardcore atau ketua sindiket ic palsu dulu utk mengekalkan kuasa BN. Itu sifir mudah dlm POLITIK KOTOR UMPORNO.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  18. BN tidak tergugat walaupun ada MP yang keluar.

    ReplyDelete
  19. kita tgk samada Bn akan tetap kukuh atau tidak.

    ReplyDelete
  20. Tidak dinafikan senario politik di Sabah tersangatlah terasa kehangatannya. Ada saja yang berlaku.

    ReplyDelete
  21. Bagaimanapun, saya tetap merasakan BN tetap akan dapat sokongan kuat rakyat nanti.

    ReplyDelete
  22. Entah apa yang akan berlaku next GE nanti. Rasa tak sabar pula mahu tahu siapa yang bakal bertanding dan jadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  23. Sama-samalah kita buat pilihan yang tepat nanti.

    ReplyDelete
  24. Harap rakyat membuat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  25. Najib dah umum calon2nya utk jadi anggota RCI. Nama hebat pd orangnya tapi hasil tak tau ler. Ye lah,kan tu suruhanjaya jer bukan mahkamah. Tak der hukuman pun cuma mencari penemuan jer. nanti kalu dia lapor takder KES...amacam?

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  26. Pendatang duri dalam daging bagi kita. Masa depan anak cucu kita gelap. UMNO/BN dah 14 tahun memerintah tak buat apa2. Rakyat makin marah. Yang bagi IC dan surat beranak serta pengundi sama diaorang itu siapa kalu bukan kakitangan kerajaan. Kakitangahn ini siapa dan dari mana? Dan pendatang ini siapa dan akan undi siapa? ***Fikirlah***

    ReplyDelete
  27. Musa Aman, pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Hj Ukin dan Wilfred Bumbering tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Memang betul dua orang pemimpin ini tidak akan membawa impak kepada parti BN untuk menghadapi PRU-13. BN tidak perlu risau kerana BN tetap kukuh setelah musuh dalam selimut ini dah keluar parti!

    Tunggulah PRU-13 untuk melihat.

    ReplyDelete
  28. Isu ‘money laundering’ yang dikaitkan dengan peribadi Musa itu sudah ditutup oleh pihak ICAC Hong Kong. ICAC sudahpun bekerjasama dengan MACC untuk menyiasat isu ini dan didapati Musa Aman tidak bersalah. Tapi ada pihak yang masih tidak berpuas hati selalu membangkitkan maklumat kitar semula yang tidak jelas puncanya.

    Datuk Musa Aman juga sudah berkata beliau tidak takut disiasat oleh pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama jika perlu. Rakyat sendiri perlulah pandai membuat penilaian.

    ReplyDelete
  29. Tiada sebab Datuk Najib tidak mempertahankan Datuk Musa Aman kerana selagi MACC tiada bukti yang kukuh menunjukkan Datuk Musa Aman terlibat dalam isu money laundering itu, Datuk Najib Razak tidak boleh mengambil tindakan menggugurkan Datuk Musa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.