Wednesday, August 8, 2012

'Tanda Putera' Benarkah Hanya Gimik?

Tanda Putera sebuah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menceritakan kisah persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr.Ismail sepanjang era pentaadbiran mereka dan juga semasa krisis rusuhan kaum 13 Mei. Cerita ini bertujuan untuk mengimbas kembali kejadian hitam pada waktu itu.

Tetapi benarkah cerita ini hanyalah sekadar pringatan kepada peristiwa itu atau peringatan kepada jasa Umno dan Barisan Nasional.Sama seperti Hati Malaya 1957 cerita yang mengisarkan bagaimana Umno memperjuangkan kemerdekaan di keluarkan pada October 2007 sebelum pilihanraya 2008, Tanda Putera juga dilihat suatu alat Umno dan akan dikeluarkan sebelum pilihanraya.

Tujuannya adalah untuk meracuni dan mengaburi fikiran rakyat dengan menyuntik idea atau gambaran yang umno dan barisan nasional adalah penyelamat kepada negara malaysia dan mereka perlu kekalkan kuasa mereka.Ini adalah suatu taktik yang amat bijak dengan menggunakan hiburan sebagai alat dan medium untuk meracun rakyat, berjaya atau tidak sama sama kita saksikan Tanda Putera.

17 comments:
Write comments
  1. Yg penting KMERDEKAAN negara bukan kerja UMNO tetapi usaha pelbagai pihak yg mnntang pndudukan British dTanah Melayu. Gerakan itu dlancarkan oleh Kump Hizbul Muslimin,Gunung Semanggol ,Perak melalui ustaz Bakar, prof Burhanuddin, Gerakan Bawah tanah even PKM pun. Gagasan ini yg dgeruni oelh British,bukan umngok tu. Kerja PERIKATAN (bukan atas nama UMNO) hanya pi London amik 'watikah' peristiharan kemerdekaan. Sebab apo Tun Rahman pi,sebab dio PM kot masa tuh. Alih2 Umno Baru cuba nak pusing fakta tentang kemerdekaan negara. Tipu beruk mat yeh boleh lah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  2. Dan jangan lupa kemerdekaan sabah dan sarawak, kemerdekaan sabah dan sarawak disebabkan 20 perkara.

    ReplyDelete
  3. Membawa pekerja dari Luar Sabah menjadi ketua Jabatan di Sabah juga tidak ada dalam 20 perkara!

    ReplyDelete
  4. rujuk perkara 8 dan perkara 9.

    ReplyDelete
  5. Membawa pekerja luar Sabah utk jadi Ketua Jabatan mungkin langkah kerajaan nak memajukan dan menambahbaik pentadbiran juga. Cuma kaedah itu tak dapat dsedari oleh Sabahan. Sebagai langkah intergrasi, Sabahan juga dhantar ke Semenanjung utk bekerja. Tapi kerana minda masih mahu berada di negeri sendiri, jadi hasrat intergrasi menemui sedikit kegagalan. Malah melalui mana2 proses temuduga, Sabahan didapati tidak memenuhi sedikit kriteria yg diharapkan berbanding Sarawakian.
    Itu pandangan ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Apa pun yang penting cerita ini tidak lari daripada fakta yang ada.

    ReplyDelete
  7. Ikuti saja cerita ni. penilaian biar masing2 yang buat di akhir cerita.

    ReplyDelete
  8. Lain kali mungkin boleh buat cerita macam ni untuk mengimbas tentang sejarah Sabah.

    ReplyDelete
  9. ni adalah salah satu filem sejarah pasti menarik ni

    ReplyDelete
  10. dah sejarah tulis macam tue ape pula meracun fikiran rakyat

    ReplyDelete
  11. Kalau cerita ini benar, bagus untuk kita pelajari unsur2 positif tetapi jika tidak maka hal ini harus mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  12. Jadikan sejarah sebagai pengajran keapda kita semua, ambil setiap nilai positif dan jauhkan diri dari perkara negatif.

    ReplyDelete
  13. Filem ini adalah satu contoh bagaimana jengkelnya agent UMNO utk menyemarakkan kecurigaan antara kaum diMalaysia.. sudah beratus tahun, rakyat pelbagai kaum berasimilasi diMalaysia tapi cukup menyedihkan tidak wujud keazaman utk menegakkan identiti sebagai bangsa Malaysia..ini kerana UMNO berterusan mengunakan sensitiviti kaum sebagai senjata utk meraih sokongan

    ReplyDelete
  14. lihat dulu cerita ini, baru buat penilaian.

    ReplyDelete
  15. Aku cakap betul...kalu Malaysia ada sepuluh insan spt arwah Tun Dr Ismail, UMNO bersama BN tidak akan 'luntur' dtelan zaman. Keperibadian beliau adalah tunggak segala kekuatan UMNO pd waktu itu. Dan tidak keterlaluan jika dikatakan..jika Malaysia mempunyai barisan menteri spt Tun Dr Ismail, Prof Zulkifli Muhamaad,Prof Burhanuddin Helmi MANAKALA barisan kehakiman spt Tun Suffian Hashim, Datuk Aidit, TS Sulaiman Pwn Chek, Tun Sallah Abas SERTA barisan kepimpinan tentera spt Tun Sany, Tun Ibrahim Ismail DAN paling utama,jika raja melayu mempunyai semangat patriotik spt yg dimiliki oleh arwah Dato'Undang Luak Rembau....nama Malaysia tidak akan merudum dari masa ke semasa spt yg berlaku pada era UMNO dzaman Tun M mebawa kpd Pak Lah dan 'akhir'nya dzaman Tok Jib. Hanya seorang shj yg ada pd masa kini iaitu DSAnwar Ibrahim...yg menghabiskan masa tua dgn nmenghadapi fitnah celaka ciptaan UMNporno.

    **Yassir arafat

    ReplyDelete
  16. Diharapkan rakyat sendiri akan membuat penilaian secara bijak setelah melihat filem Tanda Putera ini.

    ReplyDelete
  17. Harap semua jalan cerita dalam filem tersebut adalah berasaskan sejarah dan kebenaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.