Sunday, August 5, 2012

PKR mahu tembusi kampus

PKR hari ini melancarkan Kelab Mahasiswa PKR Malaysia, satu kelab partisan kampus bagi menarik minat pelajar universiti menyertai dunia politik secara aktif.

Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan cukai kereta dan rumah, serta peluang pekerjaan bagi graduan baru bakal menjadi agenda utama pergerakan kelab tersebut.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memansuhkan Seksyen15 Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terlibat atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Katanya, kesempatan itu akan diambil untuk masuk ke dalam kampus awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bagi berkempen dengan menawarkan manifesto PKR berkaitan isu mahasiswa.

“Ya kekuatan kita idealisme tapi kita perlu pastikan relevan dan berkaitan dengan isu mahasiswa.

“PKR akan ambil cabaran itu masuk setiap kampus tawarkan komitmen bagaimana kita boleh urus hutang PTPTN yang kita mahu mansuhkan memandangkan sistem ini tak lagi boleh diteruskan.

“Dalam masa yang sama mahu mengukur sejauh mana keikhlasan Barisan Nasional (BN) semasa pindaaan AUKU diumumkan dengan tidak menghalang usaha kami ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Mahasiswa kuasa ketiga

Izzah berkata, mahsiswa menjadi golongan sasaran kerana mereka merupakan kuasa ketiga yang mampu menjadi pencetus suara rakyat dan ditakuti kerajaan BN.

“Isu mahasiswa bergabung dengan anasir komunis bukan dakwaan baru bila mereka nampak kuasa ketiga mampu menafikan kuasa mutlak BN.

“Dakwaan itu berulang sejak tahun 1975 hingga ke hari ini, tak berubah sepanjang zaman walau transformasi dilaungkan,” katanya.

Wakil kelab Haziq Abdul Aziz berkata, kelab tersebut akan bergerak bermula dengan Universiti Malaya (UM) dan kampus sekitar lembah Klang pada September depan.

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/

13 comments:
Write comments
  1. Boleh challenge Kelab Umngok ler tu samada luar atau dlm negara.

    ReplyDelete
  2. Siapa yang berminat dengan PKR bolehlah menyambut mereka.

    ReplyDelete
  3. Kepada mereka yang bukan berpaksi kepada pembangkang, bolehlah duduk dalam bilik dan belajar.

    ReplyDelete
  4. sampai masuk kampus untuk berkempen.

    ReplyDelete
  5. golongan belia dikatakan pengundi atas pagar. inilah yang disasarkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Rasanya kebanyakan ibu-bapa tidak suka bila anak-anak mereka aktif berpolitik bila mereka patut berusaha dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  7. Bolehkah PKR memastikan pelajaran para pelajar Universtiti tidak terbengkalai jika aktif berpolitik.

    ReplyDelete
  8. Jangan la ganggu emosi pelajar dengan politik. lebih baik mereka tu fokus kepada pelajaran.

    ReplyDelete
  9. Tugas pelajar adalah belajar bukan berpolitik

    ReplyDelete
  10. Mlalui komen2 yg tertera di atas,saya teliti itulah sebenar 'syor2' yg bakal melemahkan minda pljar IPT. Dkalangan YB Menteri kita yg hebat2 masakini adalah mereka yg hebat sewaktu di kolej/universiti. Jgn sempitkan minda dgn brkata mahasiswa harus duduk dlm kelas dan belajar.Pelajar IPT bukan mcm pelajar SRK atau SMK. Duduk jer dlm kelas. Pelajar IPT harus didedahkan dgn senario semasa dan biar jiwa mereka besar sesuai dgn semangat pelajar IPT. Mereka perlu ada assignment dan mcm2 projek utk thesis masing2.So,apa salah mereka trlibat dlm politik ( sebenar tak salah pun ) cuma minda sempit melayu shj yg dungu. Peristiwa Baling dan OPs Lalang yg brlaku tahun2 70an,diketuai oleh mahasiswa IPT dan hasilnya,sekarang mereka itu telah 'mendaftarkan' nama mereka sebaris dgn pemimpin dunia. Itu yg sepatut diharapkan kpd m/siswa IPT. Mcm mana bangsa melayu nak kedepan,kalau iniloah yg ada dlm minda org melayu.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  11. Golongan muda menjadi sasaran parti politik sekarang.

    ReplyDelete
  12. Tidak salah untuk berpolitik, malah lebih baik jika kesedaran itu ada lebih awal. Namun harus tahu membahagikan masa dan tahu yang mana satu jadi priority.

    ReplyDelete
  13. tak perlu nak gunakan pelajar untk kepentingan politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.