Sunday, August 5, 2012

Senator BN Isytihar Keluar Parti, Sokong PR

Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.

Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.

Gambar: Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu.

Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.

Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.

“Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj,” katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.

Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu.

Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -KD

4 comments:
Write comments
  1. baru kamuorang tahu kah kehebatan bn..asyik memperlembukan kamurang.

    ReplyDelete
  2. Aku tetap undi BN yang akan laksanakan cukai GST lepas raya supaya semua barangan kena cukai, membawa orang luar bekerja dengan jabatan perseketuan Sabah hingga anak tempatan menjadi tukang sapu saja melindungi PATI kalau orang tempatan buat rumah setingga cepat saja kena roboh tapi kalau PATI semua free letrik sambung haram pun tiada tindakan! Syabas BN

    ReplyDelete
  3. kapal BN sudah pecah .
    kapal PR menanti retak .
    apa yang kita dapat naik kapal tanah melayu yang di nakhoda orang melayu ,baik buat kapal sendiri dan Sebagai ketua kapal sabahan lah yang tahu halatuju dan arah laluan terbaik untuk kapal belayar .

    ReplyDelete
  4. YDP PERKASA Pulau Pinang Letak Jawatan...Mana Tahan Dengan Puak2 Suka Mgamuk Macam Orang Gila...

    Dato Ahmad Saad umum letak jawatan sebagai YDP Perkasa Pulau Pinang serta merta hari ini akibat dasar rasis/perkauman melampau di dalam badan NGO mesra-Umno terbabit!!

    Menurut blogger Umno Penang, kemelut berpunca dari sikap rasis yg tebal (anti Cina dan anti-India) dikalangan pemimpin2 PERKASA Pulau Pinang, sehinggalah membawa kpd perletakan jawatan YDP Perkasa hari ini!...

    Nota : Dato AHmad Saad Ini dulu orang kuat UMNO la...dan jiga kawan Anwar dulu..la ni ni dah kaya ...UMNO lawan ketua Bahagian Kalah ..masuk perkasa pula...Dato rehat je lah...

    -Umno dulu ,kini..ntahle esok.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.