Jika sebelum ini Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) menyatakan Kelantan tiada hak terima royalti, tetapi hari ini beliau orang pertama mengutip kredit dengan membariskan pelajar sekolah membawa banner untuk mengucapkan terima kasih ke atas dirinya kerana telah berjaya memujuk Najib kononnya mempersetujui cadangannya.
Jangan politikkan panel khas isu royalti
Kerajaan Pusat telah mengadakan pelbagai peringkat perbincangan sejak enam bulan lalu sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti semalam, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Muhamad.
Mustapa yang juga Pengerusi Umno Kelantan memberitahu, dalam perbincangan itu beliau sendiri mengemukakan pandangan dan ada darinya dipersetujui Perdana Menteri.
"Alhamdulillah, ia menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat Kelantan, saya harap perkara ini tidak dipolitikkan," kata beliau berucap pada majlis Makan Colek di sini, semalam.
Dalam pada itu, laporan Bernama hari ini memetik Mustapa berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Pengerusi BN Kelantan berkata, adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri
berkenaan.
"Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mustapa mengulas pengumuman Najib mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.
Najib berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.
Mustapa berkata, jawatankuasa itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut.
"Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan Perdana Menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus," katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata, lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok.
Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk. -SH
Monday, August 6, 2012
Royalti: Tok Pa Pulak Yang Klaim Jadi Hero!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tapi dlm kes Tok Pa dgn isu royalti minyak ni bukan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA tapi lebih sesuai LEMBU PUNYA SUSU,BABI DPT NAMA.
ReplyDeleteTak lama lagi ketua menteri sabah pun seperti tok pa, rakyat sabah dan pemimpin pembangkang memperjuangkan hak royalti minyak yang lebih, sekiranya najip akan menaikan royalti sabah, pasti ketua menteri sabah mendapat nama, sedangkan sehinggah sekarang ketua menteri sabah mempertahankan 5% minyak diberi pada sabah, sedangkan hasi minyak diambil dari sabah.
ReplyDeleteSiapa pun yang selesaikan isu itu tidak penting, apa yang penting isu itu selesai.
ReplyDeleteSemoga isu yang akan timbul di masa akan datang dapat diselesaikan dengan lebih cekap lag.
ReplyDeleteKM Sabah tak mau lebih,dia hanya mau 5% jer royalti. bangang pun manusia. Dah org nak kasi..kebas jer laaa.
ReplyDeleteRoyalti minyak haraplah dapat dinaikkan. biarlah 4 negeri pengeluar minyak berusaha untuk menuntutnya.
ReplyDeletemenyamakan Royalti dengan wang ehsan tu bukan rasional , tu akal barisan nasional nak kelentong rakyat, wang ehsan akan di gunakan sebagai umpan undi jer ,sedangkan royalti untuk belanjawan kerajaan negeri kalau dapat bukan setakat masaalah air untuk wuduk untuk mandi junub pun boleh selesai ,maka takutlah mereka dengan sangat sangat,
ReplyDeleteINI LAH TIPU HELAH BN UMNO WAKTU PRU TERDEKAT MAHU TUNJUK ADIL TETAPI SAMPAI SEKARANG BERPULUH TAHUN KERAJAAN PAS MEMERINTAH TAK SEKALI PUN MAHU BERI KEMBALI WANG ROYALTI MINYAK INI. TAK CAYA LAH.... KALAU IKLAS DA LAMA BERI DAH DAN TERUS BAYAR KEPADA KERAJAAN TANPA TIPU HELAH BENTUK WANG ESHAN KE, WANG INI KE WANG ITU KE. TAK JUJUR PUN. TERUS BAYAR SAHAJA. BERPULUH TAHUH WANG ROYALTI MINYAK YANG TAK DI BAYAR YANG ADALAH HAK ASASI SEGALA RAKYAT KELANTAN. DAH LAMA RAKYAT KELANTAN MAJU DAN JAYA KALAU KERAJAAN DAN BUAT ADAIl DAN BAYAR. BAYAR JANGAN MAIN POLITIK LAGI. KALAU TIDAK AUBKAN DI PRU 13 NANTI. TAK IKLAS DAN TAK CAYA TIPU HELAH MENGAUT SIMPATI DAN UNDI INI.
ReplyDeleteTidak betul kata Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Kelantan tidak layak menerima Royalti Minyak. Diharapkan hak Kelantan dikembalikan.
ReplyDeleteDiharapkan Sabah juga boleh mendapat royalti minyak yang sewajarnya supaya hak minyak kita diperlindungi.
ReplyDeletePM akan berbincang dengan Nik Aziz pasal isu royalti minyak ini tidak lama lagi.
ReplyDeleteLucu juga ni. Diheboh-hebohkan tapi perkara lain cerita.
ReplyDeleteOk la tu kerajaan mahu kaji pasal royalti di Kelantan. Ada juga kebaikannya.
ReplyDeleteTolonglah jangan hipokrit sangat.
ReplyDeleteKalau Kelantan layak menerima royalti itu, ianya hak mereka..kenapa perlu sekat?
ReplyDeletebiarlah isu ini diperbincangkan.
ReplyDeleteroyalti minyak di kelantan bukan sama seperti tuntutan royalti sabah! tapi, orang2 tidung x pernah kisah pasal royalti. kami anggap itu sedekah pada orang2 miskin! apa yg kami mau adalah siapa yg perintah hormat sabahan. kami benci pada yg belot, lupa diri, panipu!
ReplyDeletejadi,kami orang2 tidung sentiasa berharap agar PATI tidak mengambil hak2 peribumi seperti yg ada dalam kontrak sosial sabah negeri perkasa ini ke dlm persekutuan!
benci bila ramai PATI yg ada ic biru diterima jadi cikgu & guru besar!!!!
kami nda kisah siapa yg perintah sabah. asalkan anak jati sabah! jika boleh pairin pun bagus! international dan memahami. royalti bukan satu masalah jika nda mampu bayar! tapi hormati hak hak kami sebagai sabahan! bukan bugis yg kuat berpura pura
ReplyDelete**tidung sandakan.pbs