Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.
Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.
Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.
"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.
Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.
(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)
(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)
(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)
(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)
(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)
(Logo cadangan Hafiz)
(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)
(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)
(Cadangan logo dari Shazni Hanis)
Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.
Comel semua logo,cuma slogan tu kalau boleh jgn tiru gaya umno.
ReplyDeleteCantik logo itu tak lah macam logo yang menteri bangang itu cipta.
ReplyDeleteWaaa cantik juga logo itu...pasti ada yang tertawan dengan logo itu.
ReplyDeleteMungkin boleh digunakan. Siapa2 yang berminat boleh lah menghubungi orang yang sepatutnya.
ReplyDeletecantik logo yang pertama tu..
ReplyDeletejadi logo kemerdekaan akan ditukarlah dengan salah satu dari 12 logo ni nanti?
ReplyDeleteMemang cantik logo-logo ini, tapi ini bukan pertandingan rasmi yang diadakan oleh kerajaan. Kecuali kerajaan berminat mengambil salah satu logo untuk digunakan pada Hari Kemerdekaan tahun ini.
ReplyDeleteSaya rasa Pakatan macam cuba nak tunjuk pandai saja dengan mengeluarkan logo dan slogan tersendiri.
ReplyDeleteKerajaan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menggunakan logo sepertimana yang digunakan pada tahun lepas.
ReplyDeleteaisehmen, mahu minta puji. Ba pilih2 la mana yang cantik.
ReplyDeletemacam tidak sesuai saja tu tema.
ReplyDeleteLebih cantik dan sesuai. Nampak kreativitinya.
ReplyDeleteAdakah lagu, tema dan logo yang diwar-warkan selama ini adalah muktamad?
ReplyDeletecantik2 logo tersbut. sukar nak pilih mana terbaik.
ReplyDelete