Monday, August 6, 2012

Shah Rukh didenda hisap rokok RM5.59

MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) didenda sebanyak 100 rupee (RM5.59) selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Jaipur pada Rabu lalu kerana menghisap rokok di tempat awam semasa satu perlawanan kriket, menurut portal berita Business Of Cinema kelmarin.

Denda itu lebih rendah daripada harga sekotak rokok miliknya.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), Majistret SC Godara membenarkan Shah Rukh membayar denda berkenaan menerusi peguamnya.

Shah Rukh merupakan pemilik bersama kelab kriket Kolkata Knight Riders

Dia menghisap rokok pada 8 April lalu semasa satu perlawanan antara kelabnya dengan Rajasthan Royals di Stadium Sawi Man Singh.

Pengendali Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh mengemukakan aduan mahkamah terhadap Shah Rukh pada 9 April lalu berdasarkan gambar yang disiarkan beberapa akhbar.

Gambar itu menunjukkan Shah Rukh menghisap rokok semasa perlawanan berlangsung.

Anand memohon tindakan dilakukan terhadap bintang filem itu di bawah Akta Larangan Merokok Rajasthan tahun 2000 yang melarang rokok dihisap di tempat awam. - Agensi

2 comments:
Write comments
  1. Kita nih bukan tempat awam,dlm pejabat (kerajaan) yg dah brhawa dingin pun brkepul2 asapnya. Undang2 yg ada tu buat gelak dek 'kutu' jer.Penguatkuasa pulak setakat dlantik jer( klau ada ler) tapi tak tau sapa nak kuatkuasakan dan silap2 peg atasan mereka pun tak der 'telor' utk mnta undang2 kecil dkuatkuasa dan jika anggota dcabar pulak, peg atasan mereka mungkin pasang 'langkah seribu'. Bukan nak bela anggota. Kes dah brlaku d KL pun sebelum nih, dmana penguatkuasa DBKL tangkap couple yg dok beromen depan org ramai tapi bila kena challenge,mencanak peg2 mereka lari dr t/jawab utk cover anggota.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  2. Ni yg kata Datuk Shah Rukh Khan tu? Negeri mana bagi gelaran tu? HARAMjadah punya negeri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.