Wednesday, August 8, 2012

Shila Amzah & Syarifah Aleya Bertudung Sejak 1 Ramadhan

Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya. -mStar

Sharifah Aleya bertudung sejak 1 Ramadhan

Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.

Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

“Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

“Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik,” katanya.

Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.

Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.

“Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.

“Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.

“Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.

“Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan,” selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap. -Mstar

11 comments:
Write comments
  1. Akan ada nanti manusia yg tak senang dgn PERUBAHAN ini. Malah akan ada yg sindir. Apa lagi kalu istihar masuk PAS,haaa menyalak sakan lah nanti setengah orang. Pas nak cari publisiti lah, nak masuk syurga lah, Pas suka heboh lah dan macam2 lagi cerita.Akan ada tohmahan sbgitu. Tengok contoh yg barlaku pd Abby dan Aisyah. Mcm citer PAS dikutuk. PAS pulak yg kena padahal mereka tu yg cari PAS dan bukan PAS pi 'cari'. PA faham mereka tu public figure dan dlm negara yg segala2nya UMNO, payah nak citer. Tapi bila public figure masuk PAS, apa yg PAS nak kata selain menerima dan alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kalau sudah sedar sebagai seoarang islam.

    ReplyDelete
  3. Perubahan diri tak perlu nak kaitkan dengan politik.

    ReplyDelete
  4. perubahan yang baik dan positif harus diteruskan.

    ReplyDelete
  5. Ini baru la penghijrahan yang betul.

    ReplyDelete
  6. Baguslah lagi ramai yang mengikuti jejak mereka lagi bagus.

    ReplyDelete
  7. Sebab malu juga kadang2 yang muamalaf pula bertudung yang origional muslim tidak mengenakan tudung.

    ReplyDelete
  8. harap lebih ramai akan berhijrah.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah menjadi kewajiban kepada perempuan yang sudah baligh. Buat apa kita hendak menanggung dosa hari2 dengan tidak menutup aurat. Alhamdululillah, men dapat hidayah dari Allah.

    ReplyDelete
  10. Baguslah kerana mengekalkan pemakaian tudung seumur hidup, penyayi Shila Amzah boleh dijadikan contoh kepada anak-anak muda untuk menjaga adat. Sharifah Aleya pun nampak macam lebih manis dengan pemakaian tudung.

    ReplyDelete
  11. Makin banyak yang start pakai tudung sudah. Harap ini bukan sekadar trend.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.