Monday, August 6, 2012

Sulit: Najib Mahu Lindungi 'Perompak BN'

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.

Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Namun, beliau berkata laporan yang dilakukan sebuah NGO, Jingga 13 itu tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka.

Tambah beliau, seperti undang-undang berkaitan 'whistleblower', hanya di Malaysia sahaja yang tidak menganggap pendedahan di media sebagai maklumat, berbanding di negara luar yang menjadikannya sebagai sumber maklumat.

"Jika di negara luar, sebarang pendedahan di media, akan dikira sebagai satu maklumat. Bukan seperti di Malaysia. Di Malaysia lebih untuk melindungi pihak tertentu. Yang beri maklumat pula didakwa," tegas beliau.

Masalahnya di negara ini, tambah Rafizi apabila ada pihak yang membuat laporan di SPRM, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan perlu 'didiam'kan sahaja.

Sedangkan, kata beliau SPRM di negara ini pula dilihat agak berat-sebelah dalam menangani kes-kes tertentu.

Sehubungan itu, katanya pihak beliau tidak mempunyai pilihan lin selain mendedahkannya kepada media.

Najib, dalam kenyataannya sebelum ini berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada SPRM.

Beliau dilaporkan berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Rafizi pada Rabu lalu yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Rabu terhadap pertuduhan itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bekas kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak. -HD

19 comments:
Write comments
  1. Banyak lagi talian hayat umno tu yer? Ingatkan SPR dan POLIS jer.

    ReplyDelete
  2. tak pa kita ABU kan saja mereka pada PRU13 nanti, kami rakyat sabah juga dah muak dgn mainan politik BN/UMNO ni sejak dulu .

    ReplyDelete
  3. perompak x akan tangkap perompak!!!

    ReplyDelete
  4. Pencuri dilepaskan yang buat laporan ada pencuri ditangkap. Syabas Malaysiaku.

    ReplyDelete
  5. SPRM patut bertindak bebas dan tidak dipengaruhi mana2 pihak dalam melakukan siasatan.

    ReplyDelete
  6. Rafizi ni umpama meludah ke langit, terkena muka sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tidak hairan kalau perkara ini mula dibangkitkan ini kerana kita sedia maklum PRU sudah dekat sekarang ini.

    ReplyDelete
  8. Rafizi, mengaku salah saja la. dah la tak professional

    ReplyDelete
  9. Sendiri menyeleweng boleh tuduh pihak lain pula.

    ReplyDelete
  10. Maklumat yang diberikan mestilah rigid dan boleh dipercayai jika tidak jangan harap akan dilayan.

    ReplyDelete
  11. Sambil itu dengan adanya bukti, siasatan juga harus dijalankan. Siasatan harus ada bagi memastikan segala bukti yang dikeluarkan adalah benar.

    ReplyDelete
  12. Dlm kes NFC nih..seolah2 PENCURI dilepaskan tetapi PEMBANTERAS pula kena tangkap. Alahai..MalaySIAL ku.

    ReplyDelete
  13. Harap-harap SPRM akan membuat penyiasatan secara mendalam dalam semua isu NFC supaya kebenaran dapat didedahkan.

    ReplyDelete
  14. Tiada sesiapa yang dilindungi oleh undang-undang. Salah tetap salah dan haruslah menghadapi tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  15. Semoga mereka yang terlibat dalam isu penyelewengan NFC ini akan dikenakan hukuman yang patut.

    ReplyDelete
  16. tak ada bleh terlepas dari undang2.

    ReplyDelete
  17. Bahwasanya di Malaysia ini para pemimpin /jerung BN yang melakukan RASUAH belum adanya yang penjara..walaupun nyata sabit kesalahan RASUAH.Biasanya akan disiasat oleh SPRM/POLIS dibawa ke mahkamah, di sana kes2 dipusing2 ditunda2 makan masa bertahun2 bila rakyat lupa tiba2 didapati TIDAK BERSALAH! tapi kalau ikan bilis kalu bole ini hari tangkap esok jatuh hukum...! kalu pemimpin lompat parti kepada pembangkang dicari kesalahan rasuah yang bertahun2 lalu, kalu bole kesalahan dua ringgit pun dicari...! inilah senario di Malaysia. Yang TERANG2 melakukan rasuah dibagi jawatan dalam kerajaan atau parti..YANG KAYA tidak buat apa2 dibagi FREE berjuta2.. inilah teruk yang seteruk2nya oh malaysia

    ReplyDelete
  18. Tidak payah berselindung jika tidak bersalah.

    ReplyDelete
  19. Jangan pecah amanah. Kalau sulit, janganlah dibocorkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.