Monday, August 6, 2012

Isu Rumah Mewah: Saya Diperalatkan Zamil Ibrahim

H’ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Gambar: Kamal Nasser dan Sau Ping menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mereka.

Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.

“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.

Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah, tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.

“Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.

“Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.

“Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga,”
katanya selepas membuat laporan polis semalam.

Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang ‘sahabat’ namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.

Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk ‘Rumah Mewah Milik Siapa’ yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu.

“Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. -SH

17 comments:
Write comments
  1. Ohh,sdra Zamil yg kena tendang keluar dr parti KITA tu ker? tak perasan lak. nak cari makan ler tu dan mungkin cara nak pikat UMNO pulak. Nak buat isu 'besar' utk bodek umno gamaknya tapi tak menjadi.

    ReplyDelete
  2. Tak pelik ler tu. UMNO banyak benda2 nak kena 'tutop'. Kes semua besar2 spt NFC, Naluri,Altantuya,Saham MAS dimakan oleh AAsia, FGHV dan kes2 dulu yg diminta 'tutop' spt PERWAJA dan bangkrapnya Bank Bumiputra. So, kena banyakkan citer ler supaya 1Malaysia lupa dan buat 'blitzkrig' atau 'encounter' atau 'vandetta' keatas PR. Itu tactic UMNO ler samada secara 'CounterInsergensi' atau 'Convensional' dlm kaedah serangan keatas pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Rakyat perlu berhati2 supaya tidak diperalatkan pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka.

    ReplyDelete
  4. Mustahillah kalau tiada sebarang imbuhan atau langsung tiada ugutan. kena siasat kedua2 belah pihak ni.

    ReplyDelete
  5. Rumah mewah pasti kaya orang yang memiliknya itu.

    ReplyDelete
  6. Sebelum bertindak fikir2kan la dulu.

    ReplyDelete
  7. Buat pengakuan macam tu takde orang ugut? upah?

    ReplyDelete
  8. Kalau sudah salah kenapa masih juga ingin lakukan perkara itu? masih ada banyak cara untuk mendapatkan wang bukan dengan cara menganiaya orang.

    ReplyDelete
  9. Malakukan perkara jahat pun dalam bulan puasa, langsung tidak memberikan contoh yang baik kepada generasi muda.

    ReplyDelete
  10. Kenapa Zamil tak folow-up rumah Khir Toyo yg hrga RM24 juta tuh? Zamil tu dah kena terajang dr parti yg baru wujud tu atas alasan buat mesyuarat tanpa pengetahuan parti. Bila dah kena tenddang, bodek umno le pulak kalau dpt 'saham'nya dekat nak election nih.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan kebenaran akan didedahkan mengenai isu ini, mereka yang terbabit perlulah dikenakan tindakan sewajarnya.

    ReplyDelete
  12. Mungkin kita patut dengar penjelasan Zamil Ibrahim, kenalah lihat dua belah sebelum membuat penilaian.

    ReplyDelete
  13. Tunggulah dan lihat, kebenaran pasti akan terbongkar pada satu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. kita kena bijak menilai akan hal ini.

    ReplyDelete
  15. mafia2 DAP dah mulakan tugas mereka pada keluarga H’ng Sau Ping!! aku penah belajar di penang & tau pengaruh kongsi2 dgn parti2 cina.

    berani buat, berani lah tanggung H’ng Sau Ping!!

    ReplyDelete
  16. Hati2 bila keluarkan kenyataan chai..

    ReplyDelete
  17. Jangan alang2 mahu bongkar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.