Monday, August 6, 2012

SYABAS akui tiada krisis air di S'gor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

NONEAbdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.

“Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.

SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal.

Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.

NONEAbdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air.

“Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya.

Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan.

Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik.

"Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.

-MK

23 comments:
Write comments
  1. SYABAS kata Selangor tiada masalah air? Habis yg macam2 barua umngok dok kutuk MB Selangor gagal urus air tu,apa. Eh eh eh umno nih,sanggup dia tipu rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Sabah yang masalah airnya lebih teruk terutama diluar bandar UMNO sembunyikan bawah tikar. Nak selesaikan masalah air di Keningau pun bagi pinjaman inilah yang Musa banggakan dengan royalti minyak 5%

    ReplyDelete
  3. masalah..masalah kita ABU aje

    ReplyDelete
  4. Kenapa Chairman dan CEO SYABAS gagal hadir taklimat dgn MB Selangor selaku ketua kerajaan negeri? nampak kan yg mereka tu keras kepala dek UMngok. mcm Najib yg pergi kelantan langsung tak beri 'salam' kpd ketua kerajaan negeri malah dgn sultan pun. siapa yg ajar siapa utk kurang ajar dgn sultan atau mana2 ketua kerajaan? dinegara kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. SEBAB ITULAH SESIAPA MASIH INGAT MAHATHIR MELANTIK BELIAU SEBAGAI CEO PNB YANG PERTAMA, KERANA MAHATHIR MEMPERCAYAI MANUSIA YANG BERNAMA KHALID IBRAHIM MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK MENERAJUI PNB KETIKA ITU DAN SESIAPA MASA INGAT BAYARAN DIVIDEN DAN BONUS KETIKA ITU DIBERIKAN KEPADA PELABUR-PELABUR DIDALAM ASB KETIKA ITU, SEHINGGA KINI TIADA MEMANA CEO DI PNB SELEPAS ERA TAN SERI DATUK KHALID IBRAHIM MEMBERI/MEMBAYAR DIVIDEN MAUPUN BONUS SETINGGI TAN SERI DATUK HAJI KHALID IBRAHIM DIKALA BELIAU SEBAGAI CEO.SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT TIDAK SEKELUMIT KATA MAUPUN AYAT DARI MAHATHIR MENIDAKKAN KEUPAYAAN TAN SERI DATUK HAJI KAHLID IBRAHIM SEBAGAI ORANG YANG MENERAJUI NEGERI SELANGOR, KERANA BELIAU ADALAH SEORANG YANG BIJAK MENGURUSKAN SESUATU ORGANISASI YANG DIPEGANG ITU..SYABAS TAN SERI DATUK HAJI KAHLID IBRAHIM, KAMI SEBAGAI ANAK SELANGOR AMAT MEMPERCAYAI KEWIBAWAAN KEMPIMPINAN TAN SERI DATUK HAJI KHALID MENGURUS SELIA KERAJAAN NEGERI SELANGOR..."

    ReplyDelete
  6. kecoh betul pasal air kat selangor...saya yg duk kat selangor ni takde masalah air pun.....kat Pahang tu kampung saya di FELDA daerah BERA...dah bertahun2 boleh dikatakan berzaman la masalah takde air...bukan sejam 2 takde air, kadang2 sampai satu hari...nak pulak time raya...nak raya ni pun saya dah risau pasal air kat Pahang...setiap tahun hadapi masalah yg sama..apasal diorg tak kecoh pasal ni yek....kadang2 geram jugak ngan diorg ni....sibuk dgn negeri PKR tapi negeri2 bawah BN lagi teruk ada masalah air...

    ReplyDelete
  7. Cuma PKR saja yang cuba mereka cerita untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. Mana2 pun sebenarnya ada masalah air cuma yang bezanya sekejap ka lama mereka hadapi masalah air.

    ReplyDelete
  9. sering sangat krisis air ni diperkatakan dan sekarang pula dikatakan tiada krisis air.mana satu yang betul??

    ReplyDelete
  10. Betulkah? Atau saja mahu tutup isu tu. Agar rakyat tetap akan undi PKR di S'gor

    ReplyDelete
  11. Lamanya isu masalah ait tu digembar gembur di Selangor tapi penafian hanya dibuat sekarang..pelik2.

    ReplyDelete
  12. Haaa and this is going to happen in Sabah:

    Five million ringgit has been allocated to resolve the water problem here.Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said the water supply interruptions which often happened during the rainy season would be overcome by February next year.

    So, are they better than us? they are not even better than Sabah. They still having the same problem same as in Sabah....But at least the water woes in several area are going to end soon... Thanks to God!

    ReplyDelete
  13. Yg kata takde masalah air tu SYABAS sendiri, bukan kerajaan Selangor. kalau dah bebal BN tu bebal jugak lah. SYABAS yg declare tak der masalah, MB PKR yg kena bantai. bagus nya tolong bantai sama NFC yg jelas songlap duit RM250 juta. Bebal punya otak,patut le umno bole hidup dMalaysia.

    ReplyDelete
  14. Isu air antara isu yang sering siperbincangkan tidak kira dimana kita berada pasti isu ini akan timbul.

    ReplyDelete
  15. "kerajaan negeri harus berhenti menyalahkan kerajaan persekutuan, yang menurutnya, bermaksud baik untuk rakyat dan berhasrat untuk menyelesaikan krisis tersebut"
    BAIK ADA MAKNA TUUUUU....
    "Tiris merata cerok kawasan" tak nak pergi baiki, ni nak salahkan orang plak. Ramai mana nak demonstrasi che Wan woiiii. Muka pon dah nmpk tak IKHLAS dr mula dah...
    Nak air setaraf Johor yg "MENIKMATI" FAEDAH TARIF AIR PALING TINGGI D MALAYSIA KRN KEBIJAKKAN serta KECERDIKAN UMNO BN berjual beli air mentah dgn Singapore. Jual mentah TERSANGAT MURAH dan MEMBELI KEMBALI DR SINGAPORE AIR TERAWAT BERLIPAT GANDA MAHAL..
    Jgn menang sorak, kampong tergadai seperti berlaku d Penang. Islam+Melayu menjadi minoriti krn "DIBELA OLEH UMNO".
    TAHNIAH KPD UMNO YG MENERAJUI PEMERINTAHAN MALAYSIA, DULU KINI DAN SELAMANYA MENGGADAI ISLAM DAN MELAYU KERANA TAKHTA DAN HARTA.

    ReplyDelete
  16. Betapa kuatnya tekanan dari UMNO dan balachi mereka yg menyerang Kerajaan Pilhan Rakyat Selangor, dari isu sampah, tanah dan air. Sekiranya Ikhlas sebuah NGO bermaruah, mereka mesti bersama dgn kerajaan negeri mendesak agar konsensesi SYABAS yg jelas menyusahkan rakyat Selangor dibatalkan..Hanya satu cara utk mengajar mereka..bagi pukulan K.O once and for all.. jadikan Malaysia bebas dari anasir UMNO..

    ReplyDelete
  17. x habis2 nak politikkan isu. Syabas yg memandai catu air palsu dia x nak salahkan, kerajaan negeri jugak jadi sasaran. Hari tu dia ni jugak menyalahkan Bersih krn menjejaskan peniaga disekitar jln tar, walhal peniaga2 yg buka kedai untung berlipat kali ganda. Kaki salak/pencacai dia org, dah fhm sgt2... tak habis2 nk politikkan isu air..ayuh rakyat malaysia..kita ubah kerajaan pusat skrg...nmpak bkn nk menolong rakyat malah lebih berminat menekan rakyat. ABU ABU ABU..

    ReplyDelete
  18. betul ke tiada masalah air, jika tiada, kenapa isu ini timbul?

    ReplyDelete
  19. Sekarang pula mengakuti tiada krisis air di Selangor, adakah mereka cuba menutup kelemahan kerajaan Selangor dalam menangani masalah air di situ?

    ReplyDelete
  20. Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.

    Betulkah mereka cuba mengambil alih pengurusan Syabas dengan mencipta krisis? Ataupun kerajaan Selangor sengaja menutup masalah yang dihadapi?

    ReplyDelete
  21. Kerajaan Selangor cipta isu? Isu apa? Yg kata takde air dSelangor tu barua2 umno melalui media massa mereka. MB selangor seorang yg bijak, serangan mcm tu 'kacang' jer nak atasi. Bila kena serang,betul le tu dia taji SYABAS dan kalu aku MB pun dah lama aku rampas SYABAS utk kembali kepangkuan kerajaan negeri dan uruskan air dgn berhemat serta dpt selamat kan bajet perbelnjaan mengurus yg bukan sedikit setiap bulan. Dua org jer dlm SYABAS tu dah dekat sejuta gaji..kalu berpuloh3 org,berapa? Kroni umno rupanya,patut menatang umno beria2 pertahankan SYABAS. Kerajaan Selangor beri 20 liter pertama sebg PERCUMA kpd seluruh keluarga dlm negeri Selangor. Hang tak suka ke?

    **Yassir arafat

    ReplyDelete
  22. Bukan Selangor selalu ada masalah air ka?

    ReplyDelete
  23. PENIPU BAH UMNO ini kenapa air di Selangor mereka bising. Masalah air di Ranau sorokkan bawah karpet. Rakyat di kampung Kibbas Ranau adakan tunjuk perasaan sebab tiada air kenapa TV suku tak siarkan. Kalau UMNO pembela rakyat seharusnya atasi masalah air di Ranau. Ranau diwakili pembangkangkah hingga UMNO PENIPU tak ambil berat masalah air! Inji satu lagi BUKTI JANJI TAK DITEPATI OLEH UMNO PENIPU.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.