Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan ‘hantu’ dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.
Gambar: CHONG kini masih dirawat di Hospital Miri.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan ‘hantu’ yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.
“Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
“Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. -kosmo
Monday, August 6, 2012
Terjun : Staf nampak hantu dalam pesawat AirAsia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
c Chong begaduh dgn teman wanita dia ni...ini buat cerita karut.
ReplyDeleteKalau dia nampak HANTURAYA yang suruh bunuh Altantuya mungkin dia terus pengsan
ReplyDeleteCina giler tu kot?
ReplyDeleteMalaysia penuh dengan hantu, pengundi hantu, hantu pocong tapi yang paling dasyat ialah HANTU JEMBELANG yang suruh bunuh Altantuya.
ReplyDeleteBoleh-boleh terjun terus nampak hantu. Nasib bukan atas udara sudah.
ReplyDeletebetul ka tidak ni?mesti hantu tu menuntut sesuatu dari mangsa:)macam cerita panggung pula..
ReplyDeletekena hati2 siapa yang naik pesawat Air Asia sebab ada hantu.hehe
ReplyDeleteAneh tapi sukar untuk dipercayai, atau mahu sabotaj AirAsia.
ReplyDeleteSaya rasa dia takut kalau pesawat itu terbang dan terhempas...mungkin itu yang dalam fikiran beliau.
ReplyDeleteSemoga tidak ada yang akan ikut jejak apa yang berlaku.
ReplyDeleteitu khayalan dia saja tu..
ReplyDeleteJanganlah bertindak terburu-buru masa kecemasan, pastikan apa yang berlaku dulu. Mungkin itu bukan hantu tapi bayangan sendiri sahaja.
ReplyDelete