Monday, September 17, 2012

18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat


Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'. -HD



69 comments:
Write comments
  1. Apa ? 18 tahun dah BN perintah Sabah.Tapi kenapa infrastrukturnya cam hampeh jer. Air dan elektrik kerap trputus bekalan. Sebab tu pelabur nak masuk pun fikir 2 kali. Kalau trputus sejam dua mngkin ok tapi kalu sehari dua dlm seminggu atau dlm sebulan. Perkakasan elektrik spt komputer bukan bole 'improper shut down'. Tpi kalu current selalu balck out,mcm improper shut down le tu. Hotel, kalau elektrik juga selalu putus atau air selalu 'trsumbat' dan tak mengalir, memang susah le bisnes. Klau hotel murah memang tiada stok air standby. Lantak pi le pelnggan nak mandi air kencing sndiri pon. Jln raya, apa jadi dgn jln Telupid-Beluran tu. Takde KERAjaan ker? Kinabatangan, jln utama mcm celaka. Tawau-Kalabakan, siapa yg brtanggungjawab tu? MPT ke DS Anwar. Jgn dkira BN atau PR,infrastruktur utk rakyat harus diutamakan. Highway yg menghubung ke KK dr L/Datu harus dbina. Atau dr Semporna terus ke KK melalui Kota Belud,lagi bagus. Tiga perkara asas keperluan rakyat td spt air,elektrik dan perhubungan darat mesti diambil berat oleh mana2 pemerintah. Ini ndak,org UMNO yg tak pernah ke Kelantan atau Selnagor yg kutuk jln raya dsana dah kena gali setelah naiknya PR. Susah le pengguna jln raya. Bodoh betul . Kita brcakkap realiti dSabah yg memerlukan pembangunan jitu dr KERajaan tetapi UMNO ambil ksempatan atas kealpaan Sabahans atau Sarawakians.
    Jgn Sabah/Srwak brada 18 tahun kebelakang dr arus pmbangunan Semenanjung setelah 18 thn dbawah BN. Jika Iban dMerotai bole bralih angin kpd PAS, kenapa pribumi lain ndak brani?

    (Gurubesar dr TM)

    ReplyDelete
  2. Kau bole beralih kpd PAS dgn syarat org PAS jgn kaum kami takut. Mereka pujuk kami join Islam. Kami semua takut PAS mahu hudud kami semua.

    ReplyDelete
  3. seperti yg selalu saya katakan Sabah perlu pemimpin yg berwibawa .
    masa dalam UMNO semua cantik , bila tidak diperlukan jadi katak .

    kepentingan Sabah dalam perjuangan 20 perkara mesti lah dari orang sabah sendiri ,bukan dari parti Tanah Malaya (UMNO dan PR).

    ReplyDelete
  4. Sabah Fixed Deposit BN tetapi negeri paling miskin di Malaysia tapi kaya dengan kayu balak dan minyak. jadi mana semua hasil bumi itu Sdra Datuk Musa Aman?

    ReplyDelete
  5. di kampung aku tiap kali pilihanraya janji mau aspal sudah tu jalan tapi sudah lebih 10 tahun jangankan aspal, makin teruk lagi. mungkin sebab kampung aku memang kuat BN tidak pernah kalah majoriti pengundi BN tapi nampaknya kalau jadi penyokong kuat BN mmg dijanjikan banyak tapi satu projek pun susah mau jalan. seingat aku kg aku tak pernah ada bendera lain selain umno tetapi kali ini nampak mcm ada 2 3 buah rumah pasang bendera PR. nampaknya dacing BN dah mula senget kat kg. rasanya BN di sabah benar2 ada masalah kali ini.

    apapun dari pengamatan aku, daerah2 seperti sandakan, tawau, semporna, kunak, lahad datu dan daerah2 sebelah sana serta beberapa kawasan di KK payah PR nak menang sebab kawasan2 itulah lubuk PTI yg ada my kad. apapun, PRU kali ini nampaknya sabah bukan fix deposit BN lagi. aku ramal BN tetap menang di sabah tetapi kemungkinan hilang 2/3. maknanya kalau keadaan di semananjung maintain atau PR dapat tambah kerusi, BN dijangka kalah. apapun ini hanya ramalan aku berdasarkan kepada kajian2 yg aku buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. ini UMNO kana karaja batul2 bah klau nda mau kna tolak oleh rakyat..uinaa paling miskin tu busss...

    ReplyDelete
  7. entahlah samada umno karaja atau tidak, mcm penolakan rakyat berlaku secara semulajadi mungkin bosan dgn corak pemerintahan BN yg sudah terlalu lama stail mcm dulu2 juga paling sia benci bila BN bilang hanya umno saja yg boleh membela rakyat malaysia. ayaa..ini mcm syirik la mcm umno saja yg pandai padahal bangsa lain lebih bijak tengoklah cina, india kedai2 mereka tumbuh mcm cendawan tetapi melayu tahu merempit dan hisap dadah saja. kalau yg ada kuasa tu tidak lari dari makan rasuah. sepatutnya org melayu mengaku mereka hanya bangsa kelas ketiga dlm negara. ekonomi malaysia dipegang oleh cina atau india.

    apa yg rakyat banggakan sangat dgn org melayu? malaysia sudah 55 tahun merdeka tetapi bangsa lain pula yg semakin maju. melayu dan pribumi sabah pi mana? ini kali laa

    ReplyDelete
  8. di sabah, hany PTI saja yg maju sbb mereka sudah dapat IC haram. PTI ni kuat bisness juga. di pasar2 malam, jual rokok kaki lima, jual2 ikan di pasar semua dorg yg kontrol. ini adalah hakikat di sabah. dulu2 PTI ni tanam sayur di kebun2 tidak keluar sampai berbulan bulan cuma taukeh yg beli barang utk PTI ini. tetapi sekarang, mereka sudah ada pick up, anak2 sudah sekolah bahkan ada anak2 mereka di asrama sekolah sedangkan anak2 org tempatan menagis meminta minta masuk asrama tapi tak dapat.

    ingatlah PTI ni pernah berkata mereka tidak perlu berperang untuk menduduki sabah tetapi mereka hanya beranak seramai yg boleh dan akhirnya mereka jangka 30 hingga 50 tahun akan datang, sabah akan jatuh ketangan mereka.

    ReplyDelete
  9. 18 tahun memang tidak ada apa-apa untuk rakyat Sabah, khususnya Tenom. Apa yang ada dalam tempoh ialah Datuk Rubin Balang makin kaya, ubahsuai rumah pun boleh cacah juta-juta, Jamawi Japar baru setahun jagung menjadi KP pun sudah kaya raya. Tapi rakyat sabah tetap ditakuk lama. Dari zaman PBS, kampung kami masih bergantung kepada air sungai melalui air paip graviti. Bila kemarau, sungai Pegalanlah tempat kami mandi, bila banjir, air hujanlah yang menjadi air bersih, jalan raya di kampung-kampung khususnya jalan ke kebun-kebun masih juga macam dulu-dulu. Apa yang saya lihat dalam tempoh 18 tahun itu ialah PATI makin banyak, PATI makin dapat pembelaan, PATI makin kaya. Jadi apa lagi...kita tukar UMNU dan BN kali ini. UBAHHHHH

    ReplyDelete
  10. Nampaknya kerajaan perlu berusaha lebih jika benar-benar ingin terus menjadi kerajaan pada akan datang.

    ReplyDelete
  11. Jangan mementingkan diri sendiri untuk mengejar kekayaan. Kerana rakyat tahu akan menilai sendiri mengenai perkara ini. Jika tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik maka ini akan menyebabkan rakyat akan mula mencari yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. Lajim jangan lantang bercakap saja. tindakan tu yang rakyat mahu lihat.

    ReplyDelete
  13. Kenapa tidak join parti2 yang sedia ada saja, kenapa perlu tubuhkan parti baru lagi??

    ReplyDelete
  14. Anon September 18, 2012 11:12 AM Ai bukankah Mahathir sudah bikin itu highway dari Tenom Lama ke Beaufort melalui sungai Padas lama sudah bikin pecah tanah itu lebih sepuluh tahun sudah? Kalau belum bikin PENIPULAH UMNO itu kata JANJI DITEPATI sebaliknya JANJI DIMUNGKIRI!
    Macam mana itu sdra Saya orang Sabah bah!!

    ReplyDelete
  15. aku punya jalan kampung pun sudah lebih 10 tahun kena janji mau aspal tapi sampai sekarang habuk pun tiada. baru2 ini ada org BN dtg di kg maklumlah kg aku majoriti penyokong BN dia cakap jalan kg akan di aspal lepas PRU. nahh..mau menipu lagi. ini betul2 berlaku di daerah ranau dlm DUN keranaan.

    ReplyDelete
  16. Lajim sudah mulai mengutuk, memang lidah bercabang.

    ReplyDelete
  17. Lajim tu mahu bertanding lagi sebab tu tengah buat prmosi diri

    ReplyDelete
  18. Apabila UMNO mengantikan USNO.. lebih kurang 22 tahun yg lepas.. bermulalah episod duka rakyat Sabah..pemmpin saling berganti.. tapi jalanraya dan infra struktur tidak berganti.. mereka sibuk bercerita mengenai kemajuan tapi kemajuan sesama mereka.. berapa juta dlm Swiss bank. .atau berapa property yg dimiliki.. sedangkan rakyat Sabah masih ditakuk lama.. seperti 22 tahun yg lepas...adakah mereka GAGAL..?? Jawapannya YA.. gagal.. dan apa perlunya rakyat Sabah mengundi puak yg gagal...? tidak perlu... ubah pada PR.. beri peluang pada idea dan pendekatan mesra rakyat yg diterajui oleh PR..tidak rugi.. yg rugi hanya mereka yg 'merugikan' Sabah..

    ReplyDelete
  19. banyak bah...PPRT ada, jalan ada, air ada, dan banyak lagi...takkan lajim dalam UMNO sejak 1994 tidak tahu? atau memang si lajim ni yang tidak buat kerja?

    ReplyDelete
  20. kasihanlah kalau lajim tidak tahu selama 18 tahun ini apa rakyat dapat...ini membuktikan bahawa lajim hanya mementingkan karier politik dan diri beliau...bukan kebajikan rakyat..sebab apa? SEBAB DIA TIDAK TAHU APA YANG RAKYAT SABAH DAPAT SEPANJANG 18 TAHUN BN MEMERINTAH DI SABAH..

    ReplyDelete
  21. ingat2 saya lah, dulu masa lajim lompat dari PBS ke UMNO, dia juga cakap benda yang sama...sekarang pakai lagi untuk promosi diri sendiri...saya tidak percayalah sudah sama si lajim ni...main tikam belakang...

    ReplyDelete
  22. memang si lajim mahu jadi calon pru13 nanti..memang dia mahu bertanding...sudah terang2 dia cakap bah...cuma sekarang dia masih tergantung sebab PKR pun was2 dan ragu2 sama si lajim ni sebab lajim sekarang tunggu lampu hijau ROS untuk kasi lulus parti baru lajim..

    ReplyDelete
  23. lajim, selama 18 tahun kau dalam UMNO apa yang kau buat untuk rakyat? apa yang rakyat dapat? nah, kan sudah jawab kau punya persoalan...jadi jangan pura2 tidak tahu...

    ReplyDelete
  24. "Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.


    lajim, PKR pernah cakap kalau PR jadi kerajaan pada pru13 nanti, status penduduk tetap akan diberikan kepada pendatang asing..apa pendirian kau? kau sokong atau tidak? kalau tidak atau ya, apa tindakan kau?

    ReplyDelete
  25. memang ada krisis kepimpinan umeno sabah........dah berada ditahap parah.......masing masing mengutamakan kroni dan mengkayakan diri sendiri...kekayaan negeri dibalun semahunya oleh kepimpinan TERSEBUT...padah nya penderitaan ...rakyat yang tanggung...INILAH MASA RAKYAT SABAH MENGHUKUM KEPIMPINAN tersebut....TUKAR KERAJAAN DI PRU13 NANTI....PERCAYALAH HAK KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN TERBELA OLEH KEPIMPINAN PR NANTI.....

    ReplyDelete
  26. selama 18 tahun bn memerintah.apa rakyat dapat....
    jawapannya
    1. lajim dapat timbalan menteri pengangkutan dan perumahan persekutuan.
    2.Azizah Dun dapat menteri
    3.terlalu banyak utk diperkatakan kemudahan dan pembangunan yg telah disediakan.hanya org beaufort sahaja yg nampak dan merasainya kecualilah yg buta mata dan buta hati.
    4.yang paling paling penting bumiputera telah bersatu dlm bn tapi malangnya ada pula manusia yg gila kuasa dan tak pandai bersyukur utk memecahbelahkan perpaduan tersebut.

    ReplyDelete
  27. byk jg perubahan sejak 18 tahun lalu

    ReplyDelete
  28. Lajim keluar UMNO kerana tau tk dicalonkan, jadi keluar join pembangkang

    ReplyDelete
  29. dan jg kerana dpt tawaran baik dari pambangkang.

    ReplyDelete
  30. Kalau cakap langsung tiada perubahan positif di Sabah, memang orang tu tidak dapat terima kenyataan.

    ReplyDelete
  31. dulu Lajim juga yang dipuji BN sekarang dia sibuk puji PR.

    ReplyDelete
  32. dulu PR banyak kutuk si Lajim ni sekarang dorang berkawan pula...politik katakan.

    ReplyDelete
  33. banyak perubahan yang berlaku di Sabah sekarang ini dari segi ekonomi dan pembangunan.

    ReplyDelete
  34. rakyat pasti dapat lihat sendiri perubahan yang berlaku di Sabah selama ini.

    ReplyDelete
  35. dengar-dengar tompoh hari Lajim mahu tubuh parti baru.

    ReplyDelete
  36. kami berpegang teguh pada perjanjian dgn dacing! bukan soal highway yg perlu dibayar, bukan soal pemimpin samananjung yg menguasai sabah, bukan soal mudah i.c yg kami sendiri yg jaga..tapi demi masa depan isteri & anak2 kami juga bah.

    pada aku semuanya berjalan seperti dipersetujui bersama! gd luck pada lajim. tapi jangan lah mengata2 kami yg setia, fikirkan keberuntungan bersama & hormatkan org lain ini sebagai bodoh

    ReplyDelete
  37. bn memerintah, minta dgn kl,
    pr memerintah, nanti minta dgn kl juga.
    persoalannya antara najib dan anuar siapa yg nampak jujur dan tidak pandai bermuka2?

    ReplyDelete
  38. Lajim sudah berpuluh tahun dalam Kerajaanpun tidak dapat buat apa-apa... lepas ni nanti banyak perubahankah, atau semuanya gimik politik saja....???????????????????

    ReplyDelete
  39. Susah mau kasi tumbang Lajim di Beaufort. Cubalah kalau berani!

    ReplyDelete
  40. Mungkin katak lebih baik dari anjing. Kerana itulah dia lompat.

    ReplyDelete
  41. @ orland,

    Baca baik2, PKR akan memastikan semua PTI memohon untuk mendapat dokumen. Yang gagal akan dihantar. Sekarang PTI masuk teda dokumen, jadi bunuh orang pun susah mau kesan, gambar pun teda. Faham kah?

    ReplyDelete
  42. ORLAND tu petani bodoh kat Ranau. Dia apa tau prkembangan semasa. Sian dia yer.

    ReplyDelete
  43. 18 tahun Be End memerintah Sabah,brapa banyak yang Datuk dapat?Gaji tu jangan ndak saja tu.Sanggupkah Datuk korbankan apa yang telah Datuk dapat selama 18 tahun untuk kepentingan rakyat Sabah..Jeng,jeng,jeng.....

    ReplyDelete
  44. yah! 18 thun datuk! wp hanya darjah 5 datuk belajar, tapi datuk dah dapat ijazah kan, datuk??!! habis selama lebih 18 tahun pengundi bfort datuk kincing! sekarang datuk mahu kincingkan isu apa plak ya?

    eloklah datuk berada dlm kumpulan buyung2.. suka main buyung & kincing2!!!

    ReplyDelete
  45. Lajim sudah tidak sehaluan dengan BN, masing-masing ada agenda untuk dicapai.

    ReplyDelete
  46. Musa membawa perkembangan yang positif, kami menantikan sama ada kehilangan lajim dan bumbering akan memberi kesan kepada BN.

    ReplyDelete
  47. Sabah masih perlu diusahakan lagi sebab masih dalam kemiskinan.

    ReplyDelete
  48. Pentadbiran BN lebih matang jika dibandingkan. Cuma perlu membaiki lagi keburukan dan kelemahan.

    ReplyDelete
  49. Semoga perjuangan lajim masih untuk kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  50. Harap Lajim tidak mementingkan diri dan mengorbankan perjuangan untuk hak & milik penduduk.

    ReplyDelete
  51. BN semakin tidak stabil di Sabah selepas ahli keluar parti.

    ReplyDelete
  52. 18 tahun Lajim dalam BN, apa rakyat sabah dapat?? apa sumbangan dia kepada rakyat sabah?

    ReplyDelete
  53. Lajim ingat nama BN yang bekerja untuk rakyat? bukan pemimpin2 yang ada dalam BN?? dia punya janji perumahan di Batu Sapi sampai sekarang terbengkalai sedangkan peruntukkan sudah diluluskan..

    ReplyDelete
  54. Lajim hilang gaji sebagai timbalan menteri sebab semua peruntukkan2 kerajaan sudah dia songlap.. malah Anwar sudah janjikan dia jawatan yang lebih tinggi dari itu..

    ReplyDelete
  55. "Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung,"

    kenyataan Lajim ini bolehlah diibaratkan meludah ke muka sendiri.. dia kritik hasil kerja dia selama ini..

    ReplyDelete
  56. si lajim memang sejak zaman PBS lagi berniat mahu jawatan KM Sabah..

    ReplyDelete
  57. jgan pandai ckp saja klau x perubahan . buktikan lah klau kamu semua bgus .

    ReplyDelete
  58. WTH LAH! semua muka penipu .knpa PTI msuk sabah kna buat I/C . cpa yg buat I/C PTI bodoh lah

    ReplyDelete
  59. SABAH KAYA TAPI KEKAYAAN SABAH KENA AMBIL SEMANANJUNG . WTH !

    ReplyDelete
  60. "Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji."

    memang la bersebab.. sebanya Anwar offer dia jawatan KM sabah.. memang itu impian si Lajim sejak dulu lagi..

    ReplyDelete
  61. "Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional"

    Lajim memang sudah kaya.. banyak projek2 kerajaan dia telan sendiri2.. sebab itu banyak janji2nya gagal dilaksanakan.. bila kena komplen dia tuduh kerajaan.. tidakkah bangang tu..

    ReplyDelete
  62. "kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soal kroni serta melibatkan kewangan"

    macam mana pula dengan kerajaan pakatan selangor?? tidak ada kepincangan?? kan bagus kalau Lajim bergabung dengan parti tempatan..

    ReplyDelete
  63. "beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan."

    PENIPU.. tapak PPR di Batu Sapi dia rasmikan, tapi sampai sekarang tidak ada satu biji rumahpun.. mana sudah peruntukan?? habis dia lahap??

    ReplyDelete
  64. "Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung"

    kalau si Lajim jadi KM sabah, lagi la mundur ini negeri sabah.. sebab perut dia saja yang dia utamakan..

    ReplyDelete
  65. "sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan."

    termasuk dia sendiri la tu kan.. berapa tahun sudah dia dalam umno?? kenapa hanya selepas tidak dicalonkan baru dia jadi KATAK Ukin?

    ReplyDelete
  66. "Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan"

    kalau betul diutamakan, macam mana pula dengan kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS? dan bagaimana dengan janji air percuma di selangor?

    ReplyDelete
  67. 1Malaysia is not a new concept or formula. Rather, the ultimate goal of 1Malaysia, which is national unity, has been the main vision of our country’s leaders, and has been interpreted in various shapes and forms over the span of five decades of Independence.

    ReplyDelete
  68. If we truly study it, what has changed is the approach and implementation according to the ever-changing times and generations.

    ReplyDelete

  69. In other words, 1Malaysia is a concept to foster unity amongst the multi-ethnic rakyat of Malaysia, substantiated by key values that every Malaysian should observe.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.