Monday, September 17, 2012

Tepati Janji , Bebaskan Tahanan ISA Segera!"

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut.

Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya.

"Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu.

"Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka di Kamunting," katanya dalam forum"Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam.

Forum berkenaan merupakan sebahagian daripada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Najib membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA semasa perutusan khas sempena Hari Malaysia, tahun lalu.

Rafizi turut mencabar Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, yang turut menjadi panelis forum tersebut, supaya mengingatkan Najib berhubung akta yang dijanjikan beliau untuk dimansuhkan sejak tahun lalu.
Rafizi berkata, Puad sebelum ini memuji keberanian Najib yang juga presiden Umno untuk menghapuskan akta kontroversi itu sekalipun ada pemimpin Umno yang didakwanya mempertikaikan keputusan itu.

Puad yang juga ketua Umno bahagian Batu Pahat sebelum ini berkata, Najib menghapuskan akta tersebut selepas yakin rakyat menerima proses transformasi yang dibuat oleh kerajaan.

Rafizi turut mengulas usaha kerajaan BN dalam isu kebajikan dengan membandingkan langkah penswastaan universiti dan juga tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau menentang penswastaan universiti kerana ia menyebabkan berlakunya "kepincangan dan herotan" yang menurutnya menzalimi rakyat berpendapatan rendah di luar bandar.

"Dalam tempoh (hampir) 20 tahun ia dizahirkan kerosakannya kepada rakyat... Sistem ini menyusahkan rakyat tanpa memberi keupayaan (mereka) untuk berkembang.

"Apabila universiti diswastakan, dikronikan tetapi ia dibiayai dan ditanggung oleh rakyat dan akhirnya generasi anak muda sehingga mati, masih lagi berhutang," katanya.

Sementara itu, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno pula mempersoalkan dokumen negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS dalam muktamar parti itu sebelum ini.

Beliau menganggap dokumen tersebut sebagai satu "eskapisme" PAS kerana tidak lagi menggunakan istilah-istilah yang dipakai oleh parti itu sebelum ini seperti negara Islam dan perlembagaan Islam.

"(Atau) sama ada ia (dibuat) kerana mengalah kepada DAP atau mungkin lebih realistik sebagai satu referendum (kepada rakyat) untuk melakukannya," katanya.

Seorang lagi panelis, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun mempertahankan manifesto berkenaan yang disifatkannya "mendahului gerakan Islam yang lain di dunia".

Katanya, dokumen tersebut mendahulukan tatakelola pentadbiran yang baik untuk berdepan dengan "kebejatan politik, sosial, ekonomi jurang kekayaan serta hutang kerajaan pusat."

"Ia juga membela daripada pencabulan hak asasi manusia, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak... Ia mengangkat satu penyelesaian secara syumul untuk menggantikan dasar 55 tahun daripada kerajaan yang telah lama memerintah.

"Ia respon kepada model jalan penyelesaian BN... Ini bukan retorik," katanya sambil menambah dokumen tersebut cuba mengangkat pemerintahan yang berpijakkan kepada keadilan bagi menangani ketidakadilan ekonomi, politik dan sosial serta alam sekitar.

Selain itu, forum itu turut dipanaskan dengan dengan ulasan panelis berhubung isu air di Kelantan, isu pembinaan loji rawatan Langat 2 dan air percuma di Selangor dan kempen penurunan harga kereta. -mk

16 comments:
Write comments
  1. Kalau dah dlepaskan tahanan ISA tu,susah le. Sebab title dictatorship akan trbatal dan UMNO tak mahu title tu hilang dr pegangan mereka.

    ReplyDelete
  2. Pasti ada sebab kenapa tahanan ISA ni tidak dibebaskan sekaligus.

    ReplyDelete
  3. Mungkin tahanan yang masih ditahan itu memerlukan masa untuk dilepaskan.

    ReplyDelete
  4. Apa pun kita harap Datuk Najib akan mengotakan janji yang telah diberikan kepada rakyat.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. kalau tangkap bapak penjenayah negara atau perompak negara atau penjual kedaulatan negara kpd bangsa asing ( spt beri ic palsu/warga segera ) tak pe jugak masuk ISa dan biar mampus dlm ISA. Tapi masalahnya tangkap ustaz2 yg kononnya ustaz tu org PAS. "Beruntong nya" rakyat Malaysia tu yg kena ISA ye. Anak2 bini katkg teruskankehidupan sedangsuami dlm ISA tahanan tanpa bicara. Dtahan bertahun2 lamanya.

    ReplyDelete
  6. PKR mahu tarik perhatian rakyat dengan isu ISA

    ReplyDelete
  7. Rafizi belum tentu menang dalam PRU13

    ReplyDelete
  8. ISA tu zalim. Sepatutnya BN yg haramkannya,baru nampak keadilan kerajaan. jadi bila PAS/PKR yg tentang bukan nak cari pengaruh. Itu soal rakyat yg dzalimi kerana dtahan tnpa ada prtudohan. Tak kesianke pd ketua keluarga yg kena thn tu. dah le miskin,ayah mereka pula melingkop dlm ISA. Cuba bayangkan kalau ayah kita dtahan tanpa bicara dan tidak brslah pun cuma pakai serban besar dan mengajar agama yg hanya pro PAS. Apa ancaman kpd negara yg wujud? hanya ancaman pd UMNO je pon. Betul lah PR menentang kezaliman kerajaan BN trhadap rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  9. masih ada tawanan ISA belum dibebaskan.

    ReplyDelete
  10. sebaiknya mereka dibebaskan.

    ReplyDelete
  11. Kalau rakyat tu cerdik akalnya, penggunaan ISA oleh BN keatas rakyat jelata yg TAK BERSALAH sebenar bole melingkupkan BN pon. Salah sasaran penahanan pesalah dmana PENJENAYAH NEGARA bebas mengganggu keharmonian rakyat tetapi sang ustaz yg kena tahan.

    ReplyDelete
  12. Lebih tidak adil bila penjenayah sebenar masih bebas tetapi yang tidak bersalah pula di brainwash.

    ReplyDelete
  13. minta la yb abdullah sani `lepaskan ` faizah ariffin! *nampak salah orang aje PR nih! najis di jubur sendiri dibiarkan & tak dibasuh elok2! hahaha

    ReplyDelete
  14. I.S.A iaitu Ikut Suka Aku. Maknanya sapa2 yg dr pembangkang jika BN tak tangkap,ikut suka dia lah.

    ReplyDelete
  15. Singapura aman damai sebab ada ISA.. kalau pembangkang mahu bantah, sepatutnya mereka juga buat bantahan sekali untuk singapura atau untuk seluruh dunia..

    ReplyDelete
  16. pembangkang memang suka jika ISA dimansuhkan supaya mereka boleh melakukan provokasi, mengancam keselamatan negara dan melakukan huru hara dalam negara..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.